Assalamualaikum
Jumaat lepas-lepas Zairi and CT ajak masak-masak
dekat rumah dorang. Lepas tu bincang nak makan menu apa dah drag 3-4 hari OMG.
Sapa punya idea entah nak makan Daging Salai Masak Lemak CIli Api. Menggagau si
Zairi cari Belimbing Buloh sampai kesudah tak jumpa. Tu pon siap remind,
belimbing buloh dengan belimbing besi macam mana kejadian dia. Tau la lelaki ni
mintak beli apa kekadang susah yang betul. Macam Sazli, suruh beli daun
ketumbar, pergi beli daun sup. Yakin pulak tu betul. Eksyen taknak tanya tukang
kedai. Daging Salai tu si CT beli dekat online 3 pack. Pastu santan beli sekilo
je. Menyirap la Ketua Tukang Masak (Siti Nohaliza) sebab santan tak cukup. Lepas
tu mintak Zairi beli santan instant tapi dia dengan Sazli beli kelapa parut.
Naseb la ada Cici (Helper CT) ada sekali tolong kalau tak memang makan pukul
10.00pm. Si CT dengan Aliah tu bising-bising dekat dapur bukan tolong pon. Tolong
menyemak ada. Si Aliah tanya ‘Maksu, ada
apapa aku nak tolong ke?’ I cakap ‘Tolong
diam and tolong blah pergi depan. Jangan buat bising dekat sini. Korang ada
sini, aku stressssssssssssssssssssssssssssss’. HAHAHAHAHA. Si Aliah
impressed la tengok kitchen CT. Segala Oven mahal dengan Induction punya dapur
ada tapi bila tanya CT pernah masak apa, dia cakap Microwave guna untuk
panaskan air buat Milo and Induction punya dapur tu, ni la first time kitorang
yang guna T______T WHY CT, WHY?? Ko tau tak ni dream kitchen kitorang. I kalau
dapat dapur macam CT ni memang hari-hari masak. Serious. Lepas tu siap berangan
buat cooking show. ‘Hi semua, harini I
nak buat Pavlova. Harini kita ada tetamu jemputan tau? Kita bawak khas dari
Pakistan. Khatig Ibrahim nama dia’. Atig je la boleh masuk TV sebab korang
lain tak pandai masak, duduk sana diam-diam. Ko tengok dia punya berangan macam
mana? Siap ada Cooking Show sendiri terus. Buat Brownies tak jadik, ayam pon
tak sudi makan. Ada hati? Hahahaha.
Lauk
punya meriah macam nak makan 10 orang. I jenis memang tak pandai nak budget
lauk. Usually masak portion memang banyak je. Harini ada Daging Salai Masak
Lemak Cili Api + Kangkung, Kangkung Garlic Oyster Sauce, Sup Ayam, Sambal
Ketuk, Ulam + Kicap Bawang and ada Telur Dadar. Kata Orang Jawa ‘Nah, di
pangan!’ Sapa paham?
Sup
Ayam for kids. OMG sedap giler I buat Sup Ayam. Letak akar ketumbar dalam dia +
dan ketumbar on top. Sup Ayam kalau nak kurang hanyir, korang lepas tumis
bawang-bawang semua tu, masuk ayam. Biar sampai air dia kering then only masuk
air. Ada orang letak air dulu baru letak ayam kan? Yang tu nanti ada bau hanyir
ayam.
Daging
Salai Masak Lemak Cili Api + Kangkung resepi boleh check out dekat sini.
Sambal
Ketuk ni la punca CT suggest Zairi suruh buat rumah sebelah rumah I. Kata dia ‘Apesal Ko tak kasik aku makan sambal ni
dari dulu?’ Hahahaha. Baru kau tau penangan sambal ketuk eh?
Kangkung
Garlic Oyster Sauce.
Ada
kisah disebalik Telur Dadar ni. Nampak sedap kan? Ni Atig yang buat. Time Atig
goreng Telur Dadar ni Aliah ada dekat dapur lepas tu dia cakap ‘Atig punya telur memang sedap’. Lepas
tu I cakap ‘Hurm, aku dah fikir lain ni
Lia. Too much info’. Lepas tu semua dok bantai gelak. Hahahaha. Bangang.
Lain kali ayat tu kasik terang eh Lia. Kita semua adult. Hahahahahahha.
Ulam
Pegaga dengan Petai Kampung. Petai Kampung sedap lah compared dengan petai
hutan yang mata dia besar-besar tu.
Kicap
+ Cili + Bawang + Limau Kasturi
Punya meriah pinggan I. Hurm sedapnya semua lauk ni. Pandainya I masak OMG (Mesti Lia baca rolling eyes ni. Aku boleh imagine)
Tachiu Atig tolong Maksu dekat dapur. You je harapan I. Hahahaha. Zairi buat air sedap la. Air Teh O Ice, Air Sirap dedua pon sedap. Manis dia ngam-ngam je.
Mana Shein?
Memacam hal kelakar jadik malam ni tau? Time tengah
masak tu, Si Atig suruh berenti solat maghrib dulu. I cakap biar Aliah solat
dulu sebab kang kalau sama-sama solat memang lambat siap sebab I pesen tak
boleh ada orang dekat sebelah nanti nak ketawa. Astaghfirullah. Dah 15 minutes,
I tengok Aliah tak solat-solat lagi. Dok bergelak ketawa dengan CT. Lia cakap ‘Maksu, ko tengok CT suruh aku solat kat
mana. Macam mana aku nak concentrate macam ni. Ni naseb la kiblat belah sana.
Kalau kiblat mengadap almari ni aku mana boleh solat’. HAHAHAHA. CT ni dia
letak handbag collection dia dalam almari display dengan segala Chanel, Dior,
LV dalam tu. Si Aliah memang buat Personal Shopper Handbag memang susah la dia
nak kusyu’ dah kalau segala dream handbags dia ada dalam tu. Bangang. Hahaha.
Sebelum balik kitorang baring mengadap almari tu lepas tu tangan dekat atas
kepala, kaki silang. Boleh imagine tak macam mana keadaan kitorang? Lepas tu
dorang cakap nanti kalau sleepover dekat rumah CT, kita tido ramai-ramai dekat
depan almari ni je la. Pukul 5.00am belum tentu tido. Hahahahaha. Aduh. Kaya
giler CT dengan Zairi ni. Handbag dia saja boleh boleh Condo dekat KLCC ok?????
OMGGGGGG.
Si Khatig pulak bangang. Masa Aliah tanya ‘Wei, nak balik pukul berapa ni? Esok nak
pergi Amverton dah’. Lepas tu Atig cakap ‘Kejap yang. Lepak lama sikit. I jarang ada kawan kaya macam ni. Nak
duduk lama sikit’. HAHAHAHAH. Si Cici pulak (Zairi panggil DIVA) pergi buat
lawak. Dia jalan straight je nak pergi hall, blakang langgar cermin sliding
antara dapur dengan hall. Hahahahahhahahahahhaha. Buat lawak la Cici. Bergegar
tau cermin tu? Naseb tak pecah. Lepas tu Zairi cerita ‘Wei, naseb la korang ada. Kalau tak CT takde WhatsApp Group. Ni pon
aku masukkan dia dalam group mancing sebab kesian dia takde kawan’.
HAHAHAHAHA. Dah la muka Zairi serious je time cakap tu. Lepas tu Zairi cakap kekadang CT kuat
merajuk, dah la nak kena pujuk je. I tanya kalau pujuk buat macam mana? Dia
cakap dia ikut je mana CT pergi. Depan, belakang, atas, hall, kitchen dia
ngekor je. Lepas tu kata CT ‘Ooo dulu
masa you nak kawen dengan I, you cakap you terima I seadanya. Ni you komplen I
kuat merajuk?’ Lepas tu Zairi cakap ‘Memang
la, tapi dulu you tak cakap you merajuk sehari 7 kali’. HAHAHAHHAHA
telentang Sazli ketawa sampai kelantai. Adohai dua orang ni memang match la.
Sama naik dia punya selenga. Hahahaha. Aduh sakit ketawa perut.
Dengan dorang ni memang boleh mati ketawa. Sampai
naik senak-senak perut. Kitorang cakap memang jenis kasar. Membahan semua but
no heart feelings. Nak pulak lepas kenal CT ni semua jadik macam dia. Bukan
bercakap dah tapi menjerit memasing. Semua cakap sampai takde yang nak dengar.
Masa dekat Melaka kat rumah Aliah CT cakap bye-bye punya kuat lepas tu Sazli
cakap ‘Ko CT, suara dengar sampai
Selangor’. HAHHAHAHAHAH bangang. Aduh… Memasing kan perangai? I love them
so much! Anyway, CT, bila nak beli pressure cooker? Nanti dah ada bagitau.
Kitorang datang masak Nasi Arab pulak. OK?
-eNd-
3 comments:
Adoi lah kaksu dgn kite yg baca pn skali mengekeh gelak 😂
HAHAHAHAH...gila baca blog kaksu ni..gelak sorg2..walaupun xpernah jumpa CT tp boleh imagine mcm mane selenga dia tu hahahah
maie maizah : hehehehehe.
dyba dbuh : hahahahah. one day dyba kena jumpa dia. dia ongkaya. handbag dia banyak.
Post a Comment