Assalamualaikum..
Ishk, buat entry ni tingat pulak masa makan
Portobello Burger dekat Daily Grind. Tengok gambar macam terliur and nak makan
sekarang jugak hehe. First time I rasa burger yang plant base sedap macam ni.
Bila dah siap makan then only I realized yang Portobello Mozza Stack yang I
makan tu is vegetarian menu. 100% plant base unless kalau korang ambik bacon
(halal) as an additional toppings la. Semalam I tengok ada jual Portobello
Mushroom ni dekat Isetan. RM7.00 sekeping woi mahalnya! Lagi mahal dari Burger
Ramly ko aperhal? Imagine kalau buat burger daging lepas tu bun tukar dengan
Portobello Mushroom ni sure sedap kan? Takpon buat pizza but dia punya crust
guna Portobello ni. Boleh makan 14 biji terus. Lepas tu bila dah gemok esok pagi terus
breakfast overnight oats and makan sambil air mata berjujuran. Hahahaha.
Actually ni first time I makan dekat Daily Grind. Dia sebaris dengan La Risata
and Las Carretas dekat Ampang Hilir. I suka sini. Semua sedap! Next time nak
try order Portobello Paleo Burger pulak. Masa I datang dengan Ellis haritu kebetulan
Valentine’s Day so ramai la orang area sini. Kemain memasing dengan bunga, I
perati je kan je perangai memasing. Pegang tangan la, cium-cium la depan I,
panasssssssssssss je tau? (Padahal dengki). Masa malam tu, La Risata macam full
house je and dekat Daily Grind ni pulak dia offer limited menu. Banyak yang
takde sebab dorang buat package for Valentine’s Dinner dalam RM1500.00++ 1 set.
But malam tu je la takde, next time kalau datang dah ada dah la menu-menu lain.
Oleh sebab tu, I rasa memang kena datang sini anytime soon. Lepas tu gemok,
complaint. Pffffft. Woman. *insert rolling eyes icon.
Portobello
Mozza Stack. RM28.00 harga dia but if nak additional toppings kena ambik separately.
Kitorang ambik Sauteed Mushroom RM6.00. I kasik 5 out of 5 star.
Ni
la rupa Portobello Mushroom. Memang besar! Sedap sangat rasa mushroom ni. Esok
nak beli la, try buat sambal air mata apa rasa. Hahahaha.
Yang
ni pulak Rosemary & Lemon Roasted Chicken. RM32.00
Setengah
ekor dia bagi. Hamek ko! Sedapnya... Isi dia langsung tak dry.
Yang
ni pulak Lamb Shank Stew. RM42.00
Lembut
and sedap. I suka. (apa je yang nko tak suka? Jawapan : lipat kain hahaha)
Apeni?
Soup of the day. It’s Roasted Tomato Soup. Harga takde, sebab sapa suruh takde
dalam menu?
Yang
ni Mango menda entah. Bagi I too sweet but Ellis cakap sedap. I minum tak
sampai suku. Tapau bawak balik sebab taknak membazir. Tapi sudahnya tak minum jugak.
Si
Ellis ni makan la banyak mana pon, gitu jugak je badan dia. Mana la keadilan
dalam dunia ni. Dia makan banyak + dessert and all, sama macam Dyba.
Kadang-kadang nasi 3x sehari, poooon berat tak sampai 45kg pon. WHY?
TQ
Baby for tonight. U kena sayang I Ok? Nanti pergi Melbourne I nak Pandora Ring.
Kata Shariffah, kena try dia punya dessert. Pon
sedap-sedap jugak. I nak kena try la ni. Yang most popular is dia punya waffle.
Tengok gambar macam meleleh je sedap dia, but now I tengah nak try to cut my
sugar intake. Beria sangat lately ni makan dessert macam esok dah nak mati. So
kena muhasabah sikit. Jangan jadi macam Intan. Morning beria makan overnight
oats sekali tengah hari bedal spaghetti melambak. Tapi kata dia takpe, sebab
malam dia tak makan nasik and tadi pergi Cold Storage beli Daun Ketumbar. Dia
terliur tengok Chunman orang Thai yang suka makan jeruk tu. Dia ingat sedap ke
kalau makan itu saje tak makan dengan menda lain. Rasa kumbang kot? Hahaha.
Anyways, good luck for us. Meanwhile, takde dah la I nak share makan
sedap-sedap sebab I D I E T Day 2. Setakat ni berjaya Day 2 lah but esok
InsyaAllah I jumpa Nina (Manager Nuffnang I) so lusa akan jadik Diet – Day 1
balik. At least berjaya ada sampai Day 3. Kalau macam Shanom, Diet Day 1 dia
makan tahun. Harini Day 1, esok Day 1 jugak sampai la 31 Dec. Hahahahaha.
The Daily Grind Ampang
26, Persiaran Ampang,
Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
-eNd-
No comments:
Post a Comment