Assalamualaikum..
Masalah paling besar dalam dunia is ‘Nak Makan Apa, Makan Dekat Mana?’ Betul
tak? Masalah ni memang takkan selesai sampai bila-bila. Macam I ni dekat KLCC
tu dah taktau dah nak makan apa padahal melambak kedai makan each floor ada end
up makan foods dekat Isetan je yang packed tu. Tu kalau hari bekerja, kalau
dengan family pon sama jugak time coti. Haritu takde buat apapa petang CT cakap
jom la keluar lepak makan kuih-kuih (lepas dah taktau nak pergi mana/buat
apa/makan apa) we end up lepak makan kuih dekat De Palma Hotel je. Kata Khatig ‘Orang kaya makan kuih pon dekat hotel’.
I jawab ‘Of coz!’ I memang macam ni
je wei sekarang. Orang puji apapa sekarang I mengaku je. HAHAHAHA. Macam dalam
IG ‘Kaksu, rajinnya masak’. I jawab ‘Ha a, rajin kan?’ ‘Kaksuuuuu, cantiknya’ I jawab ‘Of
coz!’ ‘Kaksu nampak sedap je Kaksu masak’ ‘Ko giler tak sedap?’ HAHAHAHAHA.
Untuk yang paham I macam mana, memang terima dah I punya confident and gurauan
I but mana yang baru-baru nak kenal tu sure cakap I perasan. I tau dah. Dulu
kaaaaaaaaaaaan ada la mutual friend brother I ni, dia cakap I perasan cantik
and perasan bagus. Kah kah kah. Lepas tu berbulu dengan I tapi hari-hari stalk
blog I amagad. Jangan la too personal sangat kalau I poyo apapa tu. Chill
sudah. I dulu ada la rasa macam ‘Eh, tak
boleh cakap macam tu nanti orang cakap apa’ But then, rasa macam kena set
rules sampai tak jadik diri sendiri. Hidup nak fikir apa orang cakap memang
mereput la ko kat situ. Tu baru I tu, korang taktau Atig punya belagak macam
mana lagi. Mau berdarah hidung. ‘Tig,
lawa tu spek nko. Spek mahal ni’. ‘Yerla.
Orang kaya maa?’ HAHAHAHAHAHHA. Tu satu manusia yang jenis belagak la macam
mana, sikit tak rasa annoying sebab sebenarnya, orang yang play belagak dengan
truly belagak ni lain. Contoh : ‘Sorry
lambat, kereta I rosak tadi’. Lepas tu sambung balik lepas 3 saat ‘You tau la Porsche selalu buat hal’.
TAK TANYA DETAIL DAH EXPLAIN MORE. Itu namanya poyo betul tapi I rasa nanti kata
kalau Atig kaya pakai Porsche dia belagak macam mana pon I terima kot.
Dekat
De Palma ni kalau korang nak makan kuih-kuih Melayu ada dekat sini tau? Ni
cekodok pisang dengan cucur ikan bilis. Made to order, maksudnya nanti makan,
makan yang panas-panas. Takde mahal mana. Kalau macam ni lebih kurang dalam RM12.00
je 1 set. Boleh mix nak kuih apa. 1 set ada lebih kurang dalam 20 pcs. Murah
kan?
Pisang
Goreng dengan Keledek Goreng panas-panas cicah dengan Sambal Kicap Johor. Power
Bak Ang!
Ada
sambal kicap dengan kuah cili biasa. Dedua pon sedap tapi sini sambal kicap dia
perrrrrghhhh. Sama sedap macam yang I buat (Tapi I buat 0.01 % lebih sedap).
Eh. Okbye.
Sini
selesa la sebab ada aircond, luas, selamat untuk kanak-kanak berlari. I suka
makan sini. Boleh repeat. Nak makan now kena tempat luas-luas macam ni. Kalau
tak sian dekat Kids. Korang kalau ada tempat makan yang kids friendly bagitau
la I. Tapi kalau boleh area Ampang je la Ok? I love Ampang.
Kasi
close up sikit. Serious kuih-kuih dekat sini panas, sedap, fresh, terbaik,
mantop, sexy, merewcik hawau!
Roti
Jala ni Kuah Kari dia sama sedap macam Kuah Kari Kaklong. SERIOUSLY SEDAP. Sazli
je makan banyak mana. Dia sorang 2 set boleh abes.
Cekodok
Pisang ni favorite Adrieyl. Yang ni sedap tapi I punya lagi sedap sebab I letak
tepung sikit je, rasa lemak masin tapi rupa agak buruk la sebab I guna pisang
yang masak betul. Eh, ni nak ulas cekodok pisang sapa ni sebenarnya?
Pisang
Goreng ni I mintak one more set sebab sedap. Makan panas-panas dengan sambal
kicap. Setel ye? Takde belas kasihan. Gemok ke apa ke lantak ko kat situ.
Si
Shein stressed out main Monster Truck manjang kalah. Masalah beliau kalau
beliau main kalah, Mama/Abah kena take over, lepas tu kalau kitorang kalah
poooooon kena smack dengan dia. I rasa Shein ni patut jadik coach kot? Memang
confirm team dia akan menang. Jenis paksa kasi menang. Kalau kalah, penampar.
Hahaha.
Actually
ni gambar hari Jumaat tu. I nak letak jugak gambar dalam entry ni. Kah kah kah.
Dulu De Palma ni agak buruk, now dia dah renovate
selera la sikit I tengok. Sini room pon kalau book guna Agoda baru dalam
RM130.00 macam tu. Tak silap I, hotel ni under PKNS. Ke tak? Hahahahaha. I
pernah la duduk sini dulu masa Mak and De datang KL. Saje je kitorang lepak
hotel sebab selesa ada aircond. Rumah I dalam bilik je ada aircond. Dari rumah
I, nampak la De Palma ni. Masa sampai, Shein cakap ‘Shein cryyyyyy’. Dia tingat la tu dia nanges time Amsyar dah nak
balik Klang. Kuat ingatan si Debab ni. Ingatkan dia tau makan dengan tido je.
Hahahaha. Anyways, orang Ampang or sesiapa yang tingin nak makan Kuih-Muih
traditional yang sedap + nak tempat ada aircond, boleh datang sini Ok? Parking kalau
cop kena RM3.00 je. Murah. Selesa pon selesa. Tachiu CT sebab introduce makan
dekat sini. Nanti boleh la repeat.
Jalan Selaman 1/2, Palm Square,
Ampang Point Jalan Ampang, 68000 Ampang Jaya
03-42707070
-eNd-
No comments:
Post a Comment