Pages

Tuesday, February 13, 2018

Resepi Fish Sandwich Yang Sedap + Ballymaloe Sauce

Assalamualaikum..

Kemain back to back dia punya entry masakan. Semangat sangat tu! Hahahaha. Actually semalam I macam tingin nak makan ikan. Tingin Fish and Chips Magnificent dekat Changkat BB tu and tingin Fish Burger jugak tapi specifically nak yang dory fish. Kalau pergi Mc Donald, usually I akan makan Fish Burger dia. 3 kali ngap gone. Kecik sentut je. Kalau bra cup A hahaha. So semalam, I singgah la Isetan beli bahan. Kat luar Isetan tu ada Bakery, although dia punya choices of breads tak banyak macam Lavender tapi boleh la dari takde. Lagipon Sazli mintak if buat roti guna whole meal je. I macam nak cari bun bulat macam roti burger tu tapi nak yang Bakery punya. Haritu tengok dekat Lavender lembut je, but time tu Friday. Takkan nak tunggu sampai Isnin pulak baru nak buat? Macam KLCC ni Bakery ada dekat Isetan dengan dalam CS je. Dekat Rotiboy tu I tak sure roti-roti nak buat sandwich ada ke tak. Nanti korang kalau bebila pergi Lavender dekat Pavilion jangan lupa tanya dekat dorang, bila nak bukak dekat KLCC pulak. Cakap Suraya suruh bukak. Ok? I cari bahan semua ada dekat Isetan cuma yang takde Tartar Sauce je. So pergi Cold Storage pooooon takde jugak. Actually nak buat Tartar sauce senang je. Campur mayonnaise dengan pickles, capers, mustard dengan black pepper tapi dah jadi banyak pulak nak kena beli barang so I fikir just be creative je la. Dekat rumah ada honey mustard, so guna tu je la sebab Sazli tak suka mayonnaise sangat. Dia pesan, if nak buat apapa buat je macam Mama nak, jangan fikir I, I makan je tapi I je la mengada. Hehe. Jom tengok bahan-bahan macam mana nak buat Fish Sandwich.


Bahan-bahan nak buat Fish Sandwich
Bahan-bahan
  • Roti (I guna whole meal bread)
  • Dory Fish (I guna Fish and Chips punya)
  • Lettuce
  • Tomato
  • Slice Cheese
  • Yellow Onions
  • Ballymaloe Sauce
  • Mayonnaise
Cara Membuatnya
  • Memula panaskan roti atas pan. Nak sapu butter sikit pon ok
  • Susun lettuce,  yellow onions and tomato dekat roti
  • Lepas tu  letak lettuce, slice cheese, dory fish and mixture of ballymaloe sauce + mayonnaise dekat roti yang satu lagi
  • Kapit. Angkat tangan keatas, joget Bahama Song. Siap!
Kata la kalau korang takde Ballymaloe sauce pon takpe. Guna je la sos tomato + mayonnaise ke, or tartar sauce or chili sauce or apapa je yang korang ada. Macam I, memang dah lama nak carik Ballymaloe Sauce ni. I suka! Biasa makan dekat O'Brien. Ballymaloe ni korang boleh makan dengan burger jugak or dipping sauce apapa je yang korang nak. Rasa macam + manis. If buat sandwich, I suka if guna honey mustard dengan ballymaloe sauce ni. Sos ni asal usul dia dari Irish. Dalam dia ada tomato, tomato purees, vinegar, sugar, onions, mustard dengan kismis. Sedap sangat! I memang suka masam-masam sebab tu I suka sos ni. Semalam masa nak cari tartar sauce tak jumpa, I nampak Ballymaloe sauce ni terus peluk dengan linangan air mata. I memang dah lama nak cari only now ada. Thank you Cold Storage! Dah bertahun I cari sauce ni, tetiba rasa macam jejak kasih pulak. Hahahaha. Dengan sos pon aku nak becinta, adoi. Gittew dia punya kecintaan pada makanan. I don't get you Suraya.


Ini rupa dia. Boleh beli dekat Cold Storage. Harga untuk 310 gram is RM29.99 dekat sini. Tapi I google dekat Brit Super Store RM22.78 je. Pundek.


Ini la rupa my very own Fish Sandwich.

I bawak lebih dekat bebudak ni. Semua cakap sedap. Intan tu portion dia dah abes, nak mintak I punya lagi satu pulak. Banyak cantik? Kaklong and Sazli pon suka. I pon saspen nak tunggu reaction Sazli sebab I mix Ballymaloe sauce dengan Mayonnaise tapi dia cakap 'Sedap woiiiiiiiiii !!!!Power Siot!' Haaaaaa lepas ni kena sayang I lebih la. Lepas tu boleh bayarkan roadtax + insurance 50% TQ Papa! I love you.... Hehe. Korang boleh la try buat ok? Senang je kan? Bahan pon simple je. Tak sangka dengan bahan yang simple macam ni boleh buat sandwich yang sedap. I ok je puji diri sendiri sebab I jenis confident. Hahaha. Macam haritu buat Smoked Salmon Sandwich macam mahal je bahan-bahan tapi rasa taugeh sebab guna alfalfa. dah la mahal. Ni semua bahan harga lagi murah tapi sedap. Lagi sedap dari Fish Burger Mc Donald. Please ok? Okbye!

-eNd-

No comments:

Post a Comment