Assalamualaikum..
Sapa suka makan Nasik Lemak angkat tangan! I ada cara untuk korang yang mana suka makan Nasi Lemak, tapi paling menyampah nak masak Sambal Ikan Bilis sebab malas nak handle sambal terperecik dekat dapur, lantai merata time menumis tu. Kekadang jugak dia biadap merecik dekat tangan and muka maka selepas itu akan keluarlah berkandang babi. Kalau I biasa memang stendet la keluar 5-6 ekor. Tu normal. If masak pakai baju je, seluar tak pakai (hahahaha) so dia akan jadik sedozen terus keluar sebab kena dekat peha. Bab nak buat sambal la paaaaaaaaaaaaaling bechenta sekali kan? Nak masak sambal tu kena lama kalau tak nanti tak sedap tapi dia punya hazab nak cuci dapur. Peeeerghhh. Ker I exaggerate je sebenarnya? Padahal orang lain masak sambal takde apa pon. Ko je sorang yang bermasalah. Haha. Sambal pulak kekadang bukan all the time dia jadik sedap. Dah sedap, masin pulek. Adeh. Macam I haritu, berejam tunggu sambal masak lepas tu bijak pergi letak garam awal-awal, belakang lepas letak ikan bilis jadik masin. Daaaaaaaah nak kena adjust pulak letak kentang untuk serap masin. Jadik banyak kerja pulak. Sebab itulah sesapa masak sambal, garam bubuh last sekali. Paham? Kalau tak sesia usaha menunggu sambal dekat kuali, sekali masin hapah tak guna. But selepas rasa Sambal Ikan Bilis Mata Biru dari Kak Ita ni terus I rasa hidup I macam 50% lebih mudah untuk buat Nasi Lemak. Why? Sebab Sambal Ikan Bilis Mata Biru dari Kak Ita ni sedap yang confirm sedap and bila sambal dah sedap, InsyaAllah whole dish akan jadik sedap lah.
Sambal Ikan Bilis Mata Biru dari Kak Ita. Bagi tekak I dah cukup sempurna. CUMA pada yang suka masin, maybe boleh adjust panaskan and letak garam sendiri. Kak Ita memang buat kurang/tak cukup rasa masin sebab dia takot orang yang tak makan masin, tak boleh nak makan.
Sebekas berat 350 gram berharga RM15.00. Berbaloi sangat. I ikut hati nak beli je 18 bekas terus.
Kak ita guna Ikan Bilis Mata Biru dari Sabah. Ikan Bilis jenis ni memang premium quality. Kekadang sambal dah sedap, lepas letak Ikan Bilis murah daaaaaaaaaaah spoil rasa. Failed ok?
Ada eh orang yang taktau beza ikan bilis mahal dengan murah? Main beli je. Janji dia tulis 'Ikan Bilis' so yang lain tolak tepi. (Zairi la tu hahahaha). Macam Sambal Ikan Bilis Mata Biru dari Kak Ita ni I suka sebab sambal dia memang sedap kaler maroon nampak selera je. I rasa makan pon dah tau Kak Ita memang masak lama sambal ni + Ikan Bilis dia memang jenis berkualiti. Korang tengok gambar pon dah tau dah kan sedap? Jawapan : Memang sedap! Semalam I tambah sikit garam bagi sesuai dengan tekak I. Lepas tu - Perfect! I makan dengan roti. Ni kalau dapat nasi putih + telur mata kuning goyang + kicap manis peeeerrrrgggghhhhhhhhhhhhh!! So sesapa yang terliur jangan berlengah lagi. Boleh order terus dengan Kak Ita dekat 019-7793599. Adalah di maklumkan Kak Ita ni takde FB/IG eh? So apapa kontek je dia terus. Ongtue macam ni la. Dia taklayan sosial media ni. Lagho katanya. Hahahaha.
-eNd-
1 comment:
PERGGHHHH klau namya sambal mmg liez suka bebenorrrr
Post a Comment