Assalamualaikum..
Lama giler orang KL cuti kan? Macam I, on Friday tu
forced leave so semua orang takyah pergi kerja. Tu yang I cuti 5 Days dah macam
cuti Hari Raya. Last I update blog Selasa lepas lepas tu takde dah. So ada yang
rindu I ke tak? Ke takde? Kalau takde takyah jawab OK? Hahahaha. I cuti ada je
dekat KL. Takde gi mana-mana sebab Shein and Sazli cuti Rabu tu je. Khamis and
Jumaat dorang sekolah/kerja macam biasa so I je la yang cuti membanyakkan
lemak. Hahaha. Si Shein pulak, hari Khamis tu meroyan taknak pergi sekolah.
Sebab konsep dia if dia I cuti, dia pon kena cuti jugak. Dari nak mandi, ke nak
gosok gigi, ke nak pakai baju semua bekuntau sudahnya kata Sazli, esok (Jumaat)
sebelum Shein bangun tido, dia suruh I pergi beli breakfast ke, cuci kereta ke
tapi jangan ada depan muka si Shein sebab kalau tak nanti gaduh and dia
stressed lepas tu cepat mati. Sebab now Shein memang takde masalah dah time
morning. Kata Sazli semua OK. But problem bila I ada. So hari Jumaat tu lepas
hantar breakfast dekat rumah Bapak, I cuci kereta and before 9.00am Sazli call
cakap dia dah OTW hantar Shein pergi sekolah. Hahahaha. Mama ingat sesekali nak
la menyiapkan Shein pergi sekolah but bila dah berdua dengan dia but usually jarang
la yang tak gaduh. Tu yang Sazli stressed tu. Selalu kalau cuti dia pesan ‘Tolonglah nkorang berdua jangan gaduh’.
HAHAHAHA. Memang I ‘panas’ dengan
Shein ni kalau dekat rumah. Dia suka carik pasal OK? Kekadang blanket busuk dia
depan dia je. Jarak sejengkal je dari tangan dia suruh I ambik ewaaaaaaah
engkau. Macam ni punya torture, keldai pon boleh mati depression. Selagi tak
ambik, selagi tu cranky ngamok meroyan. Dia ingat I Butler dia? Ambik sendiri.
Tapi kekadang malas nak bising-bising I ambik jugak. Tu tak kira carik pasal
yang tak masuk akal macam nak jilat air dari lantai bilik air. OMG I cannot
brain la Shein ni. Suka test Mama. Good luck la kepada bakal GF beliau.
Hari
Selasa lepas, I buat Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas. Tumbuk bawang merah,
bawang putih, halia and lada kecik. Tumis dengan sedikit minyak lepas tu
masukkan sos tiram, kicap manis, gula and air asam jawa. Garam kalau perlu.
Lepas tu masukkan Ikan Tenggiri yang dah digoreng awal and last sekali before
matikan api masukkan tomato, bawang besar and cili hijau belah dua. Siap! Ni
version simple la. Kalau beria, boleh tumis bunga cengkih, bunga lawang dengan
kulit kayu manis. I takde. So tak letak. Sazli cakap sedap je. Hehe.
Sayur
Bendi Telur ni one of my favorite. Senang Mak Enon nak buat. Memula tumbuk
bawang merah, bawang putih and ikan bilis. Tumis and perasakan dengan garam.
Lepas tu masukkan bendi and lada besar hiris and last sekali masukkan telur.
Masa masukkan telur tu jangan kacau. Biarkan masak macam masak telur dadar.
Paham?
Ok.
Siap bekal untuk Sazli. Kasik 3 hiris ulam zucchini. Kata Sazli ‘Sedap Mama’. Simple je lauk-lauk dia.
Biasa dia suka makan kering-kering macam ni je.
Untuk
breakfast kita buat Smoked Salmon with Avocado and Alfalfa Sandwich. I guna
sourdough bun. Tapi takde dalam gambar.
Bahan lain macam smoked salmon, alfalfa, avocado and cream cheese and
tomato (pon takde dalam gambar).
Roti
sapu dengan cream cheese, lepastu renjis blackpepper. Susuh la Avocado yang dah
dihancurkan, salmon, alfalfa dengan tomato. Siap!
Siap
Smoked Salmon with Avocado and Alfalfa Sandwich.
Sazli dia tak suka ada sos-sos so I tak letak la.
Tapi tekak melayu I tak boleh accept. Makan dengan sos cili baru boleh telan. Dyba
pulak, I paksa dia makan alfalfa tu sebab I beli mahal so kena la makan.
Hahahaha. Ada readers tanya, ‘Apa rasa
alfalfa tu Kaksu?’ Rasa dia macam taugeh la. Tapi taugeh basi. HAHAHAHAHA.
Tak laaaaaaaaaa. Dia rasa macam makan pokok. Paham? Tapi sebab mahal, kena
kunyah jugak lepas tu telan. Bagi I, nice to see tapi not nice to eat tapi
Sazli makan elok pulak dia. Dia tu kalau sandwich selagi boleh plain. Tu ari I
letak mayonnaise sapu sikit-sikit pon dia taknak. So I tukar la dengan cream
cheese so rasa takde la strong sangat. Ni takde komplen ni maksudnya ok la. I
dulu pon if sandwich selagi boleh sos semua nak letak. Kalau dekat Subway tu
siap mintak ‘All sauce except mustard’.
Kemain meleleh sos sampai dekat siku time makan tapi sebenarnya kalau letak sos
banyak ni calories makin banyak + dia akan kill the taste of sandwich tu. Letak
sikit-sikit dah. Esok I ingat nak letak honey mustard la dekat sandwich I. Lupa
ada sos tu dalam fridge. Tengok Sazli suka ke tak. Dia ok je makan sandwich
takde sos, tapi I pulak yang rimas perut. Actually kalau letak, I takde la
letak meleleh, cuma spread je. For me, acceptable dah tu.
-eNd-
4 comments:
Salmon tu prlu masak x..hu3..xpbh bt😅
aziekz : tak perlu sebab tu smoked salmon. dia dah masak (^_^)
Gila ke xrindu
Hari2 bukak blog kaksu tp xde update.. terus close browser dgn hati lara
Maie Maizah : ni i update hari2, u syg i tak?
Post a Comment