Assalamualaikum..
Semenjak Huda pindah ke Setia Alam dari rumah lama
dekat TTDI ni macam susah dah nak jumpa dia. Dulu seketul dua kek, merajin la
dia melayan hantar dekat office I. Sekarang tingin nak makan apapa kek pon I
diam je tak sampai hati nak request sebab jauh kot dari Setia Alam nak ke
Platinum Park ni? Hari Ahad haritu kebetulan Sazli ada bola dengan bebudak
Wakdan dekat Eco Ardence Setia Alam so boleh pergi rumah Huda. Hari Jumaat tu
masa hantar kek, Huda tanya ‘Baby you nak
makan apa?’ I mintak Shinta buat Sambal Ayam Penyet. Aku biasalah becinta
dengan Ayam Penyet. Hahahaha. Belakang rupanya Sazli dah deal dengan Huda. Kata
dia nak makan masakan kampung dengan ulam-ulam yang Huda tanam sendiri tu.
Terliur tengok Huda makan pokok hari-hari letak dalam IG dia. Huda makan banyak
tau ulam? Nasi suku, lepas tu sayur 2/3 plate. Memang healthy. Dah tetua ni,
tengok orang buat gardening rasa seronok je. Tanam ulam tepi rumah, bila nak
makan zaaaapppp ambik je. Kata Huda dia tanam mint tu asalnya sebatang je
Ayesha bawak balik dari sekolah, sekarang bukan main merenek. Tu semalam Huda
buat air herbs. Sedapnyaaaaaaa. I suka minum tea dengan mint leaf. Sedap tau,
walaupon rasa ubat gigi. Hahahaha. Ada banyak pokok Huda tanam. Kata Sazli, dia
pon excited nak tanam macam Huda nanti bila rumah siap. Kena ada menda nak
looking forward every day. Pagi-pagi siram pokok bunga, tengok sayur-sayur best
kan? I kalau nak menjaga pokok tu ok lagi. Pet macam kucing memang is a big
no-no. Berak merata satu hal, cakar-cakar barang satu hal. Kang nanti dah
becinta sakan, meninggal pulak daaaaaaaaaaaaaah satu hal nak menanges. Taknak lah!
Yang tanam pokok ni actually I ada bad experience dulu masa tanam hydroponic
yang kena langgar dengan biawak tu. Nanges la I setengah hari. Tapi tu dulu
masa umur 15 tahun. Kot dah tua bangka tanam sayur lepas tu tak menjadik jugak
lepas tu nanges I sendiri je tampar I. Hahahaha.
Tachiu Baby. Banyak lauk Huda and Shinta masak. Memang I request nak makan yang Indonesia punya menu. Sekali ada tempe goreng rangup, huwaaaaaa sedapnya! Pakkal la tengah taknak beria makan nasik, kalau tak ni mau melingkup semua. Nak pulak makan bentang tikar atas lantai, memang layan.
Salted Egg Crab ni anak Huda suka makan. Sazli kalau menda bercengkerang ni dia kurang sikit sebab tak suka nak handle. Manja. So nak tengok dia makan, kena kopekkan siap-siap letak dalam pinggan baru la dia makan.
Indonesian cakap Pecel Lele. Kalau orang Malaysia panggilnya Ikan Keli. I suka ni! Goreng rangup-rangup. Sapa yang tak makan ikan darat memang tak makan la ikan keli ni. Shein semua menda dia bedal. Semalam makan ikan keli dengan kuah lemak udang Shinta setel 2 pinggan.
Kerabu Daun Kaduk from Huda's backyard. Organic ni. Sedap!
Sambal Penyet. Tachiu Shinta layan je apa Kaksu mintak. Dah la now dia dah kurus. Jeles je. Lupa I nak snap gambar Shinta. Dari January dia elak makan malam, kurangkan nasik dah turun almost 20kg. Terkejut I tengok Shinta dah kurus.
Masak Lemak Udang campur Daun Kunyit for the backyard as well. Nampak kodok je kan? Tapi sedap!
Ni lah dia ulam-ulam yang Sazli and I looking forward sangat nak makan. Ada selom, mint, pegaga air, kemanggi and ulam raja. Kemanggi ni adik beradik Thai Basil. Sedap buat ulam. Sedap and fresh Baby. TQ (^_^)
Bertambah-tambah Sazli makan. Tu Huda tengah prepare air herbs. Sayur je dah setengah jug. Hahahaha.
Abang Taufik pon now dah jadik Blogger tau? Tajuk Blog : Taufik Viral. Follower ada 7 orang je. Tu pon adik-beradik. IG Shinta pon lagi banyak follower dari Abang Taufik. Hahahahahah. Ada hati nak lawan Chooyaya Secret Garden. Berani dia?
Siap makan, Huda serve dessert. Sagu Gula Melaka. Sedap sangat ni Baby, you letak air sependa Abang Taufik ke? Hahahaha.
Dino pon ada datang sama dengan Jibam and Baby Adam. Siap makan, lepak dekat tepi kolam ikan Abang Taufik. Bestnyaaaa.. Ni layan makan nasik dekat sini pon best ni.
Ni la Baby Adam. Anak Jibam dengan Dino. Takde pulak amek gambar dengan Jibam. Kata Jibam 'Adam, tu yang dukung tu artis tau? Siti Nohaliza'. Hahahaha ngek Jibam. I dukung sekejap je sebab Si Adam ni dia jenis melekat dengan mak dia. Dah tu kalau cakap suara tak boleh la kuat nanti dia dah cebik-cebik. Manja!
Sebab gambar I dengan Huda semua kodok je, tak sampai hati nak letak. So I letak la gambar yang ambik masa hari Jumaat time Huda delivery cake tu.
Tachiu Huda, Abang Taufik and Shinta for the lunch. Lain kali, aku pulak masak untuk nko eh Baby? InsyaAllah kalau ada rezeki lepas ni kita makan pokok-pokok ulam yang aku tanam pulak. Huda and Abang Taufik ni baaaaaaaaaaaaaaaaaik sangat-sangat la. Abang Taufik tu dah macam Abang I sendiri dah. Dia dengan Abang Taufik ni really down to earth punya orang. Ikutkan takyah jual kek pon dah takpe, tapi Huda ok je melayan order. I kenal Huda dari Yatie kawan baik I yang duduk Johor tu. Dengar kata dah kaya dia sekarang ni. Dia janji nak belikan hadiah. Kena tuntut tu. Dulu I dengan Yatie susah senang sama-sama. Ada RM50.00 kita bahagi dua and tak kira hutang pon. Dah tu Yatie kenalkan I pada Huda sebab I nak makan Red Velvet yang sedap back in 2010 kot? Dari situ la Huda start baking and berani ambik order sampailah sekarang. Start dari situ kita remain berkawan sampai lah sekarang. InsyaAllah nanti ada rezeki kita jumpa tiga orang pulak. Bila la tercapai tu taktau lah. Yatie-Huda-Siti Nohaliza. Gitchewwwwww. TQ Huda sebab selalu baik dengan kitorang sekeluarga. Semoga keluarga Huda and Abang Taufik dalam lindungan Allah selalu, amin.... Nak Uweeeeeet!!
-eNd-
selalu baca blog kak siti nohaliza. hewhew. best.
ReplyDeleteemm rupa macam kodok tu apa? haha.