Pages

Monday, March 12, 2018

Weekend With Shein

Assalamualaikum..

Ya Allah seksanya rumah I takde air. Shein 2 hari tak sekolah. Dah la rumah kitorang takde air, rumah Baba and Maktok pon takde jugak (tapi depa ada air tanki so at least takde la terputus terus bekalan air macam kitorang). Jadiknya hukum dia memang mandi 3-4 gayung je la. I dari Rabu kot dah bermasalah dengan air? So Khamis/Jumaat kita mandi dengan Drinking Water sama level dengan Michael Jackson. Sabtu-Ahad check in hotel. 1 Carton Drinking Water RM10.00 dapat la dua kali mandi. Masuk hari Jumaat harga dah increase jadik RM16.00 1 Carton. Nak taknak kena beli jugak la dah kalau tak, takkan nak mengkambeng pulak. Mengkambeng tau apa? Hahaha. Kata Bapak 'Hang bukan suka mandi pon, pasai apa ayaq takdak ni hang macam affected sangat?' Kentut betul. Hahaha. I tak suka mandi kalau weekend je laaaaaaaaaaaa. Actually masa Sabtu tu, ada air sekejap sampai pukul 12.00pm so sempat la I basuh kain 3 trip. Legaaaaaaaa. I memang becinta dengan kain. Basuh, sidai, lipat and susun. Memang becintaaaaaaaaaa. I hope one day ada la sesiapa reka mesin lipat kain yang mobile bukan industrial punya size. Memang aku beli 18 la sebab nak balas dendam. Hahaha. Bongok. Jumaat - Ahad Sazli ke Utara sebab nak visit family Arwah Kash and visit kubur arwah as well. Lepas tu dia visit jugak Cikgu Halim and Teacher Aishah - Cikgu kesayangan dia masa dia dekat SMT Kulim dulu. Dia pergi dengan Apit and John. I memang cakap pada Sazli, biar I dengan Shein tinggal dekat KL. I nak visit dia ke Utara this time berkualiti sebab I taknak dia nanti jadik serabut bila I ada dengan Shein. Paham-paham la angin Shein, bukan selamanya baik. Biar dia ada peace of mind. Biar dia reminiscing back memory dia dekat sana and have his own sweet time. I nak dia happy. I still tak boleh lupa macam mana keadaan Sazli waktu dapat berita Arwah Kash meninggal and I betul-betul nak dia spend quality time dengan Apit and John this time. I hope untuk depa semua, biarlah aktiviti perjumpaan macam ni berpanjangan. Appreciate each other selagi ada nyawa. If anything happen, kita tau yang kita hargai masing-masing.


Sabtu petang sebelum check in hotel, I bawak Shein pergi KLCC Park. Ajak teman I jogging. Tak pepasal Shein masuk dalam ini cerita. Sian Shein. Tapi dia Ok je. Happy main kejar-kejar dengan Mama.



Tapi sebelum tu macam biasa la. Buat hal. Taknak red shoes and nak bring blanket along. Adooooi Shein! Ko lari nak bawak blanket tu Mama boleh lagi la tolerate. Yang taknak pakai kasut tu, I kenot OK?


Setelah drama air mata lebih kurang 10 minutes, akhirnya Shein kalah dengan I tapi dia tak puas hati la. Cara dia marah macamkan kita yang buat salah. Shein ni memang tau, suka carik pasal. Mak kau hijau betul perangai.


Lari sambil usung Blanket. Ko ada?



Shein Ok je lari dengan Mama. I agak, 3 laps pon Shein ok ni. Dia memang energetic. Lepas ni nak try la bawak Shein masuk run. 3km ok dah ni nampaknya. Masalah cuma nak kejut dia time pagi je.


Dapat 1 round, dia nak Scooter. Dapat half lap, kena preeeeeet dengan Makcik Guard. Dia kata dekat track tak boleh bawak Scooter ni. Kalau bawak jugak, nanti kena rampas. Alamak, macam zaman sekolah pulak boleh rampas-rampas. Hahahaha.


Sebab tak dapat main scooter, I bawak Shein pergi Playground. Dia nak main buai. Suruh push laju-laju. Lepas tu ada Mak/Bapak yang bawak anak, tapi sebok main henpon lepas tu anak lari belakang Shein naseb tak kena hayun dengan buai. Kalau jatuh ke apa, naseb ko la. Shein 26kg kot?


Ni memang favorite Shein ni. I ok je nak panjat tapi masalah Sheindong korang ni, tinggi mana I panjat, tinggi tu jugak dia nak. Dah sampai dekat I, nak naik belakang. Dia ingat apa, sarkis ke?


Sian Shein tak dapat naik Scooter, tapi naseb baik sekejap je dia sedih. I tak boleh tengok kalau mata dia jadik sayu tu. Kesian. Tapi time menaga dengan Mama, kemain kan ko Shein? 


Siap dekat Park, terus check in dekat Royale Chulan.  Masuk bilik, Shein tanya 'Where Abah?' Dah happy-happy macam mana pon ingat Abah dia. Kalau dengan Abah, Mama saspek dia takde tanya Mama. Malam ni tido luar Shein. 


Katil besar, I kepong kiri kanan dengan bantal sebab luas sangat. Dalam TV selalu tunjuk, kalau katil luas ada je menda menumpang, choi! Lepas tu pasang TV sampai pagi. Takot. Hahahaha. Bilik kitorang upgraded ke Deluxe - view Swimming Pool. Tachiu Royale Chulan!


Pagi sebelum turun breakfast, kitorang mandi dulu. Jakun dengan air. Kalau boleh 3 4 kali sehari nak mandi. Hahahaha.


Siap breakfast, Shein ajak Swimming. Now dia dah pandai floating, lagi seronok la dia. Cuma bising suruh jump la, campak dia la apa la. Dah campak cakap tak cukup tinggi pulak. Eeeeee Mama dah bawak datang sini panas-panas dah cukup baik Shein. Dah la air sejuk. Tak tahan!


Lepas Check Out kitorang terus ke GE Mall sebab Shein cakap dari Friday 'I want red Tobot Mama'. Sudahnya sampai sana tukar fikiran nak Yellow. Tapi bila nampak Red, dia nak both. Ewah banyak cantik. Dah la ni Transformer bukan Tobot. Bagi Shein, asal menda tu robot boleh tukar jadik kereta nama dia Tobot. Suka hati kau la.


RM119.00 size ni dekat Toys R Us. Dia nak yang size besar RM190.00 tu tapi boleh tolerate. Alhamdulillah. Lepas dapat toy, 2 3 kali cakap 'Sorry Mama, hug me' Sebab masa dekat parking, carik pasal nak letak iPad atas kerusi, tak payah cover dengan apapa. Kalau kereta pecah, you nak bayar? You have money?


Lepas dapat toy, Shein ajak makan. Dia pick to eat here dekat Chicken Rice Shop and pick his own food. Habes pulak tu makan. Good Boy Shein.

Lepas makan, kitorang turun dekat O'Brien and jumpa Mr Lee, Hazel, Mr D and Shariffah with Rayyan and Bryton. Tak plan pon nak jumpa but terjumpa dekat sini. Dah alang-alang tu, terus la early dinner dekat Teochew & Hakka. Dah lama nak try dekat sana tapi only semalam berjaya sampai. Makanan semua sedap! Nanti I share dalam next entry Ok? Weekend this time is so special for Mama and Shein. Kitorang best friend sangat walaupon drama air mata boleh tahan banyak tapi takpe, we made up. We hugging and we say sorry to each other. Kita kawan baik kan Shein? Mama sayang Shein banyak sangat... Kita nanti kena best friend sampai bila-bila. Kita keluar tengok movie, outing, shopping and all. We can talk about all things. Pasal GF pon boleh. Abah maybe strict sikit tapi takpe, Mama ada. Ok? TQ Shein for this weekend teman Mama while Abah is away. Shein pon actually jaga Mama jugak. Pujuk Mama bila Mama nanges. Nanges pon sebab you la suka buli I. Geram je. Nanti dah kerja, Mama nak handbag. Ok? TQ Shein!

-eNd-

1 comment:

  1. apesal gambar berdua atas katil tu muka shein tu dah jadi suraya sangat.haha.cam amik gambaq dengan twin versi budak.

    ReplyDelete