Pages

Wednesday, July 17, 2019

FUTSAL yang menang dapat No 3

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu I joint company baru (lepas ni I akan sebut DOP) main futsal for company tournament. Masa training dah cakap dengan kawan-kawan, eh silap. Adik-adik yang kita target Juara Kumpulan and akan masuk final lawan dengan team Kanik. Juara kumpulan dah dapat cuma main final dengan team Kanik je tak dapat. Kitorang kalah masa semi final lawan Prodata and main lagi sekali dengan FASSB untuk tempat Ketiga/Keempat. Alhamdulillah menang la. Terkilan jugak tak dapat masuk final sebab masa First Half tu dah mendahului 1-0 tapi masa suku masa kedua, kena attack bertalu-talu, lepas tu kaaaaaaaaaaaaaalah 2-1 kentot betul but takpelah, kita kalah, kalah bermaruah. Hahahaha. Dah kalah tu kalah je la, banyak alasan. But then, I happy je. Walaupon ni Ibu Jari dedua kuku dah biru sebab darah beku, tapi happy jugak. Lepas ni memang buruk la kaki I 3-4 bulan sementara kuku nak keluar baru ni. Huwaaaaaaaaaa. 

Masa main dengan DOP ni I rasa happy.. Kenal dengan kawan-kawan baru but at the same time teringat je company lama. Teringat main Futsal dengan Dyba, Intan, Ezy, Dee, Tikah semua. Teringat Nape, Wan, En Khairi... Ya Allah rindunya.... Sebak sangat rasa but adik-adik lelaki kat DOP pon semua supportive.. Sokong masa kitorang main. But dalam hati tu tetap ingat Rubber. Ingat lagi dulu I pesan pada Dyba 'Dyba, Dyba lari kawasan ni je tau? Dyba jangan lari tempat lain. Duduk je sini'. Lepas tu terbayang Dyba macam anak ayam kejar bola tapi tak dapat. Hurm... Entahlah. Taktau nak cakap macam mana. Happy ke tak kat sini, susah nak cakap. I hari-hari rindu opis lama, boss lama. Kekadang terfikir, betul ke keputusan I ni... But then, I take it in positive ways. Bukan I mati, bukan Dyba mati. Kita tetap ada sama-sama kerja dekat same building. Although semua tak sama macam dulu but I believe that everything happens for a reason. Maybe Allah nak I kenal orang-orang baru ke... I pon taktau but I believe in Him. He know the best. Macam I, dekat company baru, takde la nak cakap kuat-kuat ke, or buat perangai berangan macam Stewardess ke, or main kedai-kedai ke. Takde. Setakat ni la. Haha.

Masa budget meeting semalam, masa kuih sampai I ada la nak main jual-jual kuih cakap 'Abang, nak kuih apa? Yang ni 2 singget'. Tapi dorang tak paham lawak I. So yeah. Mesti dorang cakap I sewel. Hahahahaha.


Ni la team Futsal I. Jap I try ingat nama memasing. Berdiri dari Kiri, Wani, lepas tu yang lelaki tu semua I tak kenal (I bet GMC company I kecuali yang baju kelabu tu, tu GCEO FGV and sebelah GCHRO tu is Airin. Duduk depan dari kiri : Nurul, Erna, Miza and Ina. Time ni Wanie Da'i dah balik. Yahooooo ingat semua nama! Semua ni I rasa lagi muda dari I. Hahahaha.


Meh layan gambar perasan pandai main. Eh tapi haritu punya game, I dapat gol 5 tau? Sama je gol dengan Kanik tapi dia yang dapat Penjaring Terbanyak. Cis!


Time ni masa penentuan tempat ketiga and keempat lawan dengan team Anna Mispani dari FASSB.


Masa Grouping, lawan dengan SSC. Menang rasanya. Ke Seri?


Cecece. Bola melekat kat kaki sekejap je. Lepas tu dapat kat orang lain.


Apeni sondol I?


Gambar masa sebelum game about to start.



Team lelaki. So yeah. Ni la company yang I baru join. Jual minyak Saji. Semua orang kena beli and support OK?


Masa penyampaian hadiah.


Tahniah Kanik. Penjaring terbanyak dapat RM50.00. Bak sini RM25.00 hahahaha

I had so much fun with the girls. Alhamdulillah. Semua dorang OK. Tapi takde yang gila-gila macam Dyba, Intan semua. Dulu kita pergi kerja ketawa je semua, Pagi petang berangan... But then sekarang almost semua dah lain-lain company. Sedih memang la sedih tapi fate kan? But I nak thanx to Allah jugak sebab bagi I happiness masa sama-sama dengan dorang semua. Now that kita dah separate. Sesekali ada la jumpa untuk makan-makan. Semua orang pon dah busy.. I pon sama. Ni I baru nak belajar nature company macam mana. I take it as a challenge on apa yang I buat sekarang. Takpe. Semua ni learning process. Kot nanti tak dapat buat semua, I nanges je la. Apa lagi yang I boleh buat kan? Doakan semua smooth untuk I OK. TQ for the memoris FRISB. Tak sanggup nak update entry time farewell haritu. Taknak ingat, taknak pon bincang pasal tu coz it hurt me so so much. Gittew... Kat sini I tak manja pon. Tu kalau main dengan FRI lepas tu kalah memang situ jugak I nanges. Sini control. Nanges jauh-jauh. Hahahahahahaha. Sini takde Kak Ros. Kalau ada Kak Ros 'Kak Ros ambikkan air'. Manja sangat dengan Kak Ros. Entah-entah dia pon meluat dengan I. Tapi dulu I tanya Kakros 'Kak Ros, kalau Su mati, Kak Ros sedih tak?' Dia jawab dia sedih. Tapi tu dulu la. Ni I dah takde depan mata, entah-entah dah tak sedih. OK la. Tu je nak citer. I Futsal dapat No 3. OKbye.

-eNd-

3 comments:

  1. Feeling tempat baru gitu lah. Takpe, lama-lama nanti ok tu ;) Tahniah menang tempat ketiga

    ReplyDelete
  2. :( lama2 kaksu mesti ngam dgn kawan2 baru..
    dh xigt dyba dh nanti..... :( :( :(

    ReplyDelete