Pages

Tuesday, August 20, 2019

Masak Ape Tu?

Assalamualaikum..

Hari Sabtu haritu, Lien dengan husband dia beserta family and Yan datang lunch dekat rumah. Tapi harini I nak poyo update lauk je dulu. Yang gambar Lien nanti esok-esok pulak. Hahaha. Bak kata K-One, I ni masak sekali-sekala je ke sebab tangan tu nampak macam kekok je masuk dalam IG Story? Eh hellooooo berani cakap I macam tu eh? Hahaha. Please OK? I selalu je masak. Masak tu I OK, Buat Pavlova je setakat ni failed. Tapi tu pon bukan salah I. Kata Huda sebab Oven I takde kipas. Time tu buat dekat kampung. So I tak bersalah. Nanti nak kena try la next time. Ni Oven dah besar, cita-cita memang banyak tetapi masa sangat mencemburi I. I busy all the time. Opis, rumah. Dedua pon busy tapi I dah ada perjanjian dengan Sazli. Kitchen dah dapat macam yang I nak, so kena la selalu masak. Masalahnya kalau selalu masak you know la kan? Jadik selalu la makan. Kalau selalu makan jadik apa? Pandaaaaaai. Jadik gemok. Tu yang sebab kenapa I maaaaaaaaaaaaaaaaalas nak masak selalu dekat rumah. On weekend takper la. Kekadang Shein kalau weekend dia mana nak duduk rumah. Sure ajak tengok movie, jalan, pergi KLCC or beli toys. Kata Sazli, 'Shein hang ni bab meladi kalah Mama and Maktok hang'. Hahaha. Bab beli toys lama dah I tak masuk campur. Tu perjanjian antara dia dengan Abah dia. Mama taknak masuk campur. Pepandai la korang dua beranak settle macam mana. Anyways, haritu masa Lien datang I buat Gulai Ikan Tenggiri, Sambal Cili Padi Petai (Sazli request), Sambal Belacan Special dengan Sayur Kacang Buncis. Lepas tu I buat Telur Dadar and Ulam Pegaga. Barang I mintak Sazli pergi beli. Biasa lah kalau masak tu ada je menda yang tertinggal. Nak tunggu siap masak, ada la 4 kali Sazli berulang kedai. Tak termasuk yang beli air. Hahahaha. Kitorang kalau kat kampung nak masak macam tu la. Rasa macam dah beli semua tetiba eeeeeeh ada je bahan yang takde dekat rumah. Macam rumah I ni, naseb la kedai dekat je and Sazli kalau pergi kedai naik Electric Scooter tu je. Senang.


Gulai Ikan Tenggiri 3 ketol. Cute kan? Orang dewasa 7 orang, Sazli beli 3 ketul je. Hahahah. Lupa nak pesan, kalau kecik beli la banyak. Biasa kedai Usop Tenggiri dia sebesar penampar kokodai, yang ni alahaaaaaai. Kecik pulak. But namanya masak dengan hati yang ikhlas, jadik cukup je pon lauk ni untuk kitorang semua. Cecece.
Dengan orang lelaki ni kena specific jenama, size semua. Tingat dulu masa pesan kat Bapak suruh beli Bawang Merah dengan Bawang Putih. 'Bapak, nanti beli kat kedai Usop bawang merah sikit, bawang putih sikit'. Sekali balik, bawang putih 2 labu, bawang merah kecik 5 biji ye? HAHAHAHAHAHA. Makanya aku ni nak masak untuk raya. Lupa yang Bapak tak biasa dengan 'sikit' I. Kalau Arwah Ayah, pesan suruh beli bawang untuk raya naaaaaaaah seguni terus dia beli. Kitorang jenis masak memang banyak pakai bawang. Kalau Mak Azizah buat gulai kan? Bawang putih seulas, bawang merah sebijik. Periuk dia ada la besar mangkok paling kecik dekat rumah I. Masa Bapak hulur dekat I bawang tu, nak gelak pon ada. Lepas tu dia cakap 'Hang cakap sikit, Bapak beli la sikit'. T____T Tak boleh nak salahkan dia jugak la kan? Hahahahaha.



I masuk dalam IG Story, ada yang mintak resepi. Hehe. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis and lada besar. Lepas tu masukkan perencah kangkung goreng belacan Adabi. Dah tu masukkan sayur. Siap! Tak payah garam semua dah. Cukup rasa dah semua ni.


Hamirah tanya I 'Maksu, rasa apa sambal belacan ni?' Menyirap tak? Takkan la Sambal Belacan rasa Masa Kurmak pulak. Adoi la. Yang ni favorite Sazli. Dah share banyak kali dah resepi dia. Ke nak lagi? OK la sebab I baik, I bagi lagi. Bawang merah, bawang putih, cili padi, cili besar, belacan. Goreng dulu. Lepas tu tumbuk. Perasa dengan gula, garam, aji. Last sekali perah air limau kasturi. Siap!


Cukup untuk semua orang. Miezi and Amy datang kemudian pon dapat makan jugak. Alhamdulillah...


Petang tu I masa Kidd, Hani, Acap and Shima datang I buat Mee Suah pulak. Resepi ada dekat sini.

In-between masa first group and second group datang tu, I sempat la nap while Sazli clean up the kitchen. Dapat one hour solid. Rasa la lega sikit. Dia punya penat macamkan nak buat kenduri. Hahahahaha. Sazli banyak la tolong. Masa semua orang dah balik dia cakap 'Ok dah, Mama naik atas. I setel semua ni dekat bawah. You pergi rehat'. Lepas tu bila dia dah siap kemas semua, banyak-banyak kali cakap thank you. Kalau macam ni punya tolong, every week nak ajak kawan-kawan datang makan pon OK. Kata Sazli, nanti kita murah rezeki. InsyaAllah Papa. Nanti gambar dorang datang I update kemudian. OK? Okbye!

-eNd-

No comments:

Post a Comment