Pages

Tuesday, September 24, 2019

Kisah Shein and Octopus

Assalamualaikum..

Ada la 3-4 hari kot Shein mintak dengan kitorang yang dia nak makan Octopus. Sian sangat. Bangun je tido dengan mata tak berapa nak boleh bukak terus jer cakap 'Mama, can we go to Shopping Mall. I want to eat Octopus, same like video on iPad, Nak Mama. Naaak.. Please.. Mama Cantik please?' Dengan Sazli pon dia mintak jugak. Almost all the time dia mintak and show us the Video. Tau kan video dalam Youtube yang ada bebudak makan Octopus hidup-hidup lepas tu grilled? Haaa yang tu la. Dia dok ngulang tengok video tu je sampai tingin lepas tu stressed nak nanges semua ada. Sejenis Mama jugak Shein ni. Kalau tingin nak makan apapa memang tak senang duduk sebab rasa macam dah sampai ke tekak. Jenis siang terbayang malam merindu. Sian sangat tengok mata Shein macam Puss-in-boots bila dia asyik cakap nak Octopus. 

Kitorang promise la dia nanti weekend boleh makan Octopus. Dia bagitau specific nak yang warna Grey. Taknak Red. I pon saspen. Mana nak cari sebab Octopus yang I biasa nampak its either dia dah potong letak atas Sushi or yang kaler merah dekat Sushi King tu. Kalau sekor-sekor takde pulak I jumpa. Jumaat malam tu, kitorang order dari Food Panda la Octopus dekat Sushi King. Tunjuk dekat Shein, apa lagi... Nanges terus... Mata pejam purak-purak nanges, air mata tak keluar. Lepas tu cakap 'Not this one... This one Red. I want Grey' . Maka Sazli, bila tengok kekasih hati dia tu menanges so terus push I suruh carik jugak-jugak Octopus tu. I tengok banyak dekat area Penang sana. Kat KL area ni kalau ada pon, kedai tu dah tutup dah. Huwaaaaaaaaa. End up I jumpa la satu Korean BBQ nama KG (Kilogram) BBQ dekat Publika. Cantek! So Sabtu tu lepas cari Jam dekat Denai Alam, terus kitorang ke Publika.


Saja je letak gambar ni No 1 sebab nak sakitkan hati semua orang termasuklah aku. OMG sedapnyaaaaaaaaa Wagyu ni. Thank you Shein. Kalau tak sebab you yang nak makan Octopus, tak dapat la Mama makan Wagyu Yakiniku ni

Btw, masa sampai dekat Publika, I cari la mana KG BBQ tu, sekali dah tutup. Dia tukar dengan Gyutaro Yakiniku restaurant ni. I masa tu dah saspen, memintak lah ada Octopus, sekali bila tanya adaaaaaa. Alhamdulillah. Syukur sangat. Rezeki Shein la. Untung kan jadi Shei?, Nak apa pon Sazli layan je. I tanya Sazli, 'Kalau Shein nak apapa, Papa cepat je bagi. Kelam kabut Papa kan? Kalau Mama tu macam lambat sikit nak dapat'. Sazli jawab 'Yerla, Ayang (Shein) kan baru nak masuk 7 tahun hidup. Mama dah dapat makan macam-macam dah dalam hidup. Kasi la chance Ayang nak makan sedap'. YERLAAAAAAAAAAAAAAAAAA. Tapi sebenarnya I saja buat teruk. Hehe. Dengan Sazli, nak makan apa bagitau je. InsyaAllah cepat dia bawak. Ni mintak Swimming Pool kat rumah, bila la nak dapat Okbye.


Ni suasana dalam Gyutaro Yakiniku.


Ni dekat Counter. Ko tengok, ada lagi lambang KG tu.


Dorang suggest kitorang ambik Set ni je. Gyutaro Set (450 gram). Harga 1 set is RM228.00 dapat 4 jenis Wagyu + Beef Tongue. Dapar pulak FREE 6 type Pickles. Memang kenyang, Set ni good for 3 person. Kalau makan 3 orang ngam-ngam. Makan 2 orang kenyang giler. Makan 4 orang tak cukup. 


I confuse kejap dengan Gyutaro ni sebab dia sebenarnya Japanese BBQ tapi side dish semua Korea.


Special is dia punya dipping sauce. Sedapnyaaaaaaa....!! Ni semua dorang yang buatkan. I paling teringat dipping sauce dia ni la. Sedap sangat ni, letak sependa ke?


CT ajar, kalau nak makan Yakiniku kena makan dengan raw garlic. Baru rasa dia naik. 


Yang ni pon sedap jugak. Eh, semua lah sedap! Aduh, kecur air liur. Semalam Shein cakap, 'Can we go eat Octopus one more time Abah?' Yahoooo Mak dia yang gembira. Hahahaha.


I kasik close up sikit macam mana Wagyu ni look like. Macam Marble kan? Wagyu ni memang tak payah kunyah as dia akan melt dalam mulut. Sedap giler!


Yang ni Lidah Lembu. Sedap je pon. Jangan takot. Try makan dulu, then baru tau macam mana.


Octopus Si Sendong korang. 3 plate dia makan sorang. Ada la pelawa Mama and Abah dia sikit-sikit. Hahahaha. Puas hati Si Shein. I happy tengok dia makan. Besungguh-sungguh. I love You Son, anything for you asalkan sayang happy. Mama and Abah love you so so much!


Shein pon pandai grilled sendiri Octopus dia. Baik pulak tu bagi Mama and Abah siap letakkan atas plate. Sweet sangat anak I. Love You sayang.


SEE FINALLY I DAPAT MAKAN PUMPKIN! (Walaupon Sehelai nipis je)


My Boys. My best friends dua orang ni. I Princess.


Tak sabar dah Sazli nak makan. Tak tunggu dah orang set up tempat grill.


Happy la memasing kekenyangan makan Yakiniku and Octopus.


Tengok Sheindong korang ni. Sambil makan, sambil bukak Youtube yang budak 2 orang makan Octopus tu. Puas hati dia.

Total bill termasuk Nasi 3 mangkok, mineral water dengan Octopus Shein is RM307.65. Thank You Papa belanja makan. Geram je I dekat Shein. Dia la ni punya pasal makan kena sampai RM300++ walaupon dia punya Octopus tu RM36.00 je. Hahahahah. Tapi memang puas hati la. I dah cakap kat Geng Kunyit nanti kita kena makan dekat sini pulak. Sazli pon cakap dia suka Publika ni. YESSSSSS!! Tak derlah I asyik nak kena pergi Pavilion dekat KLCC je. Publika pon banyak tempat makan sedap. Lepas makan kat sini, kitorang makan Dessert pulak. Nanti tu I update dalam entry lain. 

Shein happy sangat-sangat. Dalam kereta dia nyanyi lagu Rasa Sayang. Tiru masa tengok performance dekat Publika. Ada Japanese Fair ke apa entah. Sampai rumah, tiba-tiba Shein cakap, 'Sayang Abah... Sayang Mama'... Maka hati Sazli pon cair macam air salji kena panas. That's my Son, walaupon kaki pau, tapi dia appreciate orang sekeliling dia. Always cakap Thank you and pandai dia ambik hati orang tua just like his Abah. Tapi tengok mood jugak la. Kena mood koronggo dia, salam pon takmau. I tau haritu Shein happy. Happy dapat jalan-jalan dengan Mama and Abah, tercapai hajat nak makan Octopus and we dance tengah crowd like nobody care kan Shein? Shein and Mama. Abah perati dari jauh tengok bini dia kemain joget Rasa Sayang. Hahahaha.

Shein kena selalu ingat Abah, kena sayang Abah sebab Abah paling banyak sacrifice things for you. Mama pon tak sacrifice sebanyak tu. Masa, tenaga, duit, minat dia... Semua Abah sacrifice for you. EH, sebak pulak tetiba. OKLah. Bye.

Gyutaro Yakiniku Restaurant
Publika, A2-UG-1
Solaris Dutamas
NO 1, Jalan Dutamas 1
50480 KL

-eNd-

5 comments: