Pages

Thursday, September 26, 2019

Lost World of Tambun. Terbaik!

Assalamualaikum..

3 weeks ago masa cuti 3 hari tu, kitorang pergi Lost World of Tambun. Family Kaklong, Family I, dengan Family Ayang. Mak dengan De pulak ke Penang. Kebetulan date yang sama kitorang nak ke LWOT ni. I pergi Sabtu, balik Ahad while yang lain balik KL Isnin tu. Kitorang nak elak dari jem Isnin tu, tapi masa balik KL Ahad tu, jem jugak. Naseb badan. Yang Kaklong semua balik tengahari Isnin tu jalan smooth takde apa pon. Hahaha. Salah percaturan. Pengajaran : Kalau cuti sambung-sambung takyah la ngengada nak away dari KL. Kang elok dapat berehat tak pepasal habes masa atas jalan je. Kitorang datang sini pon impromptu plan je. Kebetulan Kaklong nak ke Penang sebab ada wedding so kitorang plan la nak jumpa dekat Ipoh. I pon excited la sebab memang target nak makan Nasi Ganja. Now jadik rindu balik nak makan Nasi Ganja. So acaneh, nak kena pergi Ipoh soon ke apa?

Tiket semua, Kakyang yang setelkan. But, kalau korang nak murah, boleh beli dekat sini through Wonderfly Asia. Actually LWOT ni activity dia sampai malam. Nanti next time datang sini, baru la kitorang nak stay sampai malam, sampai mabok main semua game. Hahahaha. Dekat LWOT ni ada Amusement Park, Water Park, Tiger Valley, Petting Zoo, Hot Spring, Trail, Animal Care Center, Lupe's Adventure and Luminous Forest. Memang mandatory spend whole day kalau nak datang sini. Kitorang dapat pergi most of the Lost World Trail punya tempat. Cuma Hot Spring je yang tak pergi sebab by 5.00pm Sazli dah nak keluar dari sini. Basically concept dia lebih kurang je dengan Sunway Lagoon cuma sini, kawasan dia kecik sikit. Macam Sunway Lagoon tu kena 2 hari kot baru boleh explore semua. Selain dari yang U sebut kat atas tadi, ada jugak macam Spa, Swan Lake and many more lah.



Lepas je breakfast dekat New Hollywood, terus kitorang datang sini. LWOT bukak at 10.00am, parking dekat luar.



Rara, Auliya (Shein panggil Al-hamdulillah hehe), Kakyang, Edi yang macam nak berkebun, Kaseh and Kaklong.


Cuaca harini macam bagus. Tak berapa panas and takde pulak hujan. Alhamdulillah. Ni Babatok and Cucu dia Si Rara.


Lost World of Tambun dari luar. I suka la sini. Not as big as Sunway Lagoon tapi best. Redup. Banyak pokok. Kalau Legoland panas.


Si Shein dia memang ada masalah nak ambik gambar. Suka duduk belakang. Geram je.


Shein, perut. Hahahaha.

\
Ni nak masuk ke area Flying Fox and Petting Zoo.


Flying Fox kena RM20.00 untuk sekali ride. Shein 3 kali. Mama Shein 2 kali. Abah Shein gayat. So dia tukang ambik gambar je. Hahahaha. 


Si Shein memang adventurous. Since dekat Tanah Aina lagi dia nak try flying fox ni tapi Sazli tak harap. Sian dia. So now dapat jugak buat.


Kaklong, Ayang and Kaseh pon buat jugak. Mana lelaki-lelaki dalam trip ni eh? Memang takde sorang pon yang berani ke apa? Hahahahaha.


Now kita pergi ke Petting Zoo pulak. Boleh bagi rusa makan. Sepeket carrots RM10.00 and I rasa Sazli kat sini je abes 5-6 packets.


Bagus Rusa ni. Kalau siapa selalu bagi makan, dia kenal and serbu. Dalam kes ni Si Sazli and Shein la selalu kena serbu.


Rusa ni dia takkan makan carrots yang dah jatuh. Konon pembersih la sangat. Hahaha. One more, dia takkan makan bekas orang. Maksudnya kalau carrots tu rusa lain dah kiss-kiss, dia takkan makan dah.


Auliyya dikirim oleh Mama Papa dia ikut Babatok and Mamatok.



Siap dekat Petting Pet, baru la kitorang lunch and start main dekat amusement park and water park. I takde la banyak sangat main sebab Sheindong korang nak stay dekat Kids punya area je. Memang kita datang sini, untuk berendam dekat tempat kids area je kan Shein?


Naik Kapal ni la I rasa macam nak muntah.


Nak masuk rumah hantu kena bayar RM10/person and sini la rumah hantu yang paling seram I pernah masuk. Dengan bau kemenyan. Eeee seram. Hantu pocong atas bawah semua ada. Dengan lampu, music dia semua. I masuk sekali je. Memang tak berani nak masuk 2 kali.


Buai ni Shein naik 2x. Nasib baik I tak muntah hotdog. Pening laaaaaa. Dah tuweeeeeeee.

Makan kat sini sedap-sedap. Ada Nasi Ayam Goreng Berempah and ada jugak Nasi Vanggey. Memang sedap! Shein makan banyak la. Sebekas dia punya sorang. Imagine Nasi Vanggey dalam ni pon dah sedap. Kat kedai original macam manaa rasa dia. No outside foods allowed but takpe, sini pon semua sedap-sedap. Waffle pon sedap jugak. Mee Kari pon. Lupa pulak I nak ambik gambar. Kitorang ambik 1 locker simpan barang-barang untuk mandi lepas tu. Dalam 5.00pm, kitorang gerak mandi and keluar dari LWOT. Shein nampak macam separa rela tapi kalau nak tunggu dia puas memang jawapan dia duduk dalam ni buat kemah. Kulit pon dah kelabu dah. Overall, dari segi game, kepadatan orang, beratur, makanan, memang I suka la sini. Pakkal la Ipoh. Kalau KL, hujung minggu ni I pergi lagi.

-eNd-



2 comments:

  1. Best kn kaksu.. kita pn dh pegi n nk repeat lagi.. pakkal jauh je kalau dkt mmg hujung mggu je pegi hehehe

    ReplyDelete
  2. maie : ha a best! nanti next time kitorang nak lepak dari siang sampai malam, sampai esok paginya pulak

    ReplyDelete