Pages

Thursday, November 14, 2019

Masak Apetu?

Assalamualaikum..

I nak share gambar-gambar makanan yang I masak lately. Masak kampung bodoh-bodoh je. Semua yang senang-senang. So far takde lagi start baking. Cita-cita tu dah ada la kan? Macam nak buat Pavlova, Brownies and Vanilla Cake. Tapi tak menjadi kenyataan lagi setakat ni hahahah. I rasa nanti birthday Shein 12/12 ni I nak try bake sendiri cake untuk dia. Sure Shein happy. Of coz la Kek Coklat sebab Shein makan cake choclate je. I nak try buat Moist Chocolate Cake. Decoration nanti nak beli dekat Kedai Kek je. Lepas tu, I nak bake dengan dia sekali. Biarkan ajer dia nak buat sepah ke apa. Mat Saleh biasa buat macam tu dengan anak-anak dia. Kasi enjoy. Rumah sepah ke apa takpe. Belakang kira. Nanti boleh kemas. Yang penting learning process and experience.

...........

Hurm... I rasa tak pelah.  I tak setuju idea I yang nak bake dengan Shein tu. Sebab half way I takot nanti I tarzan. Shein biasa la. Pantang kasik chance, atas katil pon dia cuba-cuba nak makan. Orang dah kasik chance boleh makan dalam bilik, dia mintak nak makan atas katil. Ewah?? Hahahahahahaha. Tapi takpe, kita tengok macam mana nanti. I rasa good idea jugak baking with Shein tapi tapi taaaaaaaaaapi kalau sepah selepet sana sini macam mana? Hahahaha. OKlah, kita tinggalkan dulu cita-cita I nak Bake with Shein. Now kita tengok gambar-gambar makanan yang I masak. Kepada Forumers Cari Anonymous yang sakit hati cakap dapur I cantik tapi masak sambal tak abes-abes, jangan lah butt-hurt sangat. OK? I masak walaupon simple and manjang sambal, tapi I ada la masak jugak. At least. But kata la kalau I tak masak pon, dapur I. Lantak I la. 


Maggie Goreng. Simple je buat. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi dengan fish cake. Masukkan perencah semua dengan sesudu sos cili (equal to sebungkus maggie). Then masukkan maggie yang direbus awal tadi and last sekali masukkan scramble egg dan tumbuh-tumbuhan. Time ni I dah tutupp api. Simple je.



Nasi Goreng Cili Api.


Nasi Lemak


Sup Ayam Tumis Darat.


I buat ni time Shein demam. Kasik dia makan Soup, selera sikit dia makan. Actually selera banyak. Tambah 3 kali. Hahahah.


Maggie Tomyam Goreng Beria. Beria sebab letak sos cili, sos tomato, sos tiram segala mala sos ada dalam peti ais, I letak. Hahahaha.


Bubur labu dah 3 4 kali buat. Semalam letak Gula Merah instead of Gula Melaka. Tak sedap and color dia tak cantik. M  E N Y E S A L.


Gulai Sardine, Ikan Pekasam, Telur Dadar. Bersila makan masing-masing.


Herbs Grilled Chicken.


Kway Teow Thailand by Intan. Sedap!

Lepas ni I nak try buat Grilled Chicken yang sekor ayam terus. Nak try marinate lain pulak. Ingat nak buat weekend ni, tapi weekend ni nak ajak Sazli makan Mee Kicap dekat Kelana Jaya pulak. Tak boleh made up my mind. Kalau Grilled Chicken I suka makan dengan Sos Chili Lingam. Baru layan. Lepas tu nanti I nak try buat Lemon Chicken pulak. Ada kawan I cakap, jangan selalu makan Grilled Chicken sebab Ayam-ayam yang kita beli dekat Pasaraya tu semua kena inject. Seram pulak tetiba. Tu hari tengok dalam Fynn Jamal punya IG, dia buat Grilled Chicken macam sedap je. Acane ni? 

-eNd-

5 comments:

  1. Sebab tu la i nyer berat badan naik la ni...dari 55kg dah jadi 60kg dah..weekend je i makan..asal makan je mesti time weekend, duk KL pandai behave, weekend balik kampung rosak terus...

    ReplyDelete
  2. nyummmm semua sedap2. kami yg tengok gambar ni terus jadi lapaq. hehehee

    ReplyDelete
  3. kita dah cari dalam blog.. takde lagi resepi Sup Ayam Tumis Darat.. sila kasik... hahahahah

    ReplyDelete
  4. SUE ni i syak ada bakat masak.walau tak pernah rasa(bila laaa nak rasaaa saa saa saa). mak kakak smua pandai masak, sket2 msti dpt tempias. setiap kali letak pic masakan, nampak berseni je.. tu ikan pekasam tu siap ada limau nipis kat tepi, tak tau ke smua tu mengundanggg??? huaaaaa

    ReplyDelete
  5. banyak je jual ayam antibiotic free ksu.. ka Aeon pun ade. jeama DQ chicken, alMasyur

    ReplyDelete