Pages

Wednesday, February 19, 2020

Subway Yang Sedap!

Assalamualaikum..

Harini I nak citer pasal Subway lah. Ingat lagi duluuuu masa zaman lunch dekat JJ AU2 (8 tahun lepas), kalau beli Subway kemain meriah gemok sandwich and meleleh-leleh sos hingga ke siku  konsep dia, sampaikan segala jenis Sandwich rasa sama je. I perasan dulu kalau burger mesti nak sos banjir, sandwich pon konsep dia mestilah sama kan? Kalau makan lambat, memang soggy la roti tu. Lepas tu rasa semua sama je. Sazli dari dulu kalau makan burger/sandwich memang dia mintak kurang sos. Sama la macam I. Now makan wrap ke, sandwich ke, burger ke kalau sos meleleh I rasa macam potong giler. Apeni banyak sos? Tak sukaaaaaaaaaaa!! Now baru rasa ada betulnya Sazli cakap 'Sos banyak ni kill the taste'. Sama jugak kalau makan apapa letak kicap, also dia cakap kill the taste. Yang tu setakat ni I tak setuju sebab I memang hantu kicap. Apapa kena letak kicap. Termasuk Laksa and Tomyam habes segala I letak kicap. Hahahahaha.

I agak, memang bertahun dah la I tak makan Subway. Tingat dulu zaman masa mula-mula makan Subway, I ikut je apa orang depan letak. Dia mintak ketchup dengan mustard pon I ikut je. Masa tuuuu I rasa macam apeni? Apesal kuah tak banjir? So I tak happy makan. Tu yang sampai fasa makan Subway nak all veggies except pickles and all sauce except mustard. Siap BBQ sauce extra. Bila I start makan sandwich dekat O'Brien slowly la I accept yang sandwich tak semestinya kena letak sos cili/sos tomato untuk rasa sedap. Masa tu I akan guna honey mustard dengan Ballymaloe sauce je. Until lately ni Subway ada offer Ultimate Cheesy Garlic Bread, terus jadi favorite I. I boleh makan Subway everyday lepas I dapat this one delicious combination.


Ultimate Cheesy Garlic Bread Subway ni ada 2 jenis. Either Ultimate Chicken or Ultimate BMT. Dua-dua pon sedap. I biasa guna roti Italian, veggies letak lettuce and onion only. Sauce pulak ranch and sweet onion je. Dah. Sedap! Nanti nkorang try OK?



Singgah Petronas masa nak balik kampung 2 week ago, I pon beli la Subway. Sazli and Shein makan Mc Donald


Airin cakap yang ni sedap. Tapi I tak pernah try lagi. Maybe harini nak try kot?


Oklah belanja gambar sekeping. Now baju 90% semua hitam. Baru I perasan.

A few times jugak masa queue dekat Subway, bila orang depan mintak all sauce and all veggies I cakap dalam hati 'Dulu pon aku macam tu jugak' but seriously, kalau Sandwich takyah banyak-banyak sos. Tak sedap. Maybe boleh try either ranch or honey mustard. Honey Mustard pon I suka jugak. Ranch ni baru kenal, terus jatuh cinta. Buat wrap pon I akan letak ranch or boleh letak mayonnaise Kewpie. Try la avoid letak thousand island, cili or tomato sauce. OK? Salad pulak maybe boleh makan dengan Caesar or Sesame punya dressing. Steam Broccoli dengan Carrots. Pon sedap. I guna pengukus jenis Tuppaware tu. Beli dengan Cikgu Ros. Dah tuweee ni makanan kena tengok jugak. Kena jaga. I pon dah lama tak check cholesterol level. Haritu paling menang sebab cecah 6.5. Nanti sebelum next check up nak try makan rolled oats dalam 2 weeks, tengok ada beza ke tak. Oklah. Lunch nanti nak makan Subway lagi. Okbye!

-eNd-


2 comments:

  1. hahaha..itu sy la tu..semua sos nak letak..tp skrg subway limitkan 3 jenis sos je..hahhaa..next time nk ikut cara kaksu, ranch or honey mustard je...huhu..lebih behave makan subway nt..

    ReplyDelete
  2. biasa orang tua ni memang suka baju warna2 gelap..tak nak nampak meriah sgt 🙈

    ReplyDelete