Friday, June 12, 2020

Orchids Viral Murah By Atinten

Assalamualaikum..

Anak buah I si Atin sekarang tengah semangat nak deco-deco rumah. I suka la tengok dia punya spirit. One thing yang I respect pasal dia is dia sangat bersemangat and pandai giler cari tempat menda-menda deco yang murah. Tau je dia lubang. Kalau dekat Shoppee tu mana set pinggan mangkok periuk belanga murah, semua dia tau. Pokok-pokok ke, pasu bunga ke JUMPA AJE DIA YANG MURAH. Tu I kalau apapa, I akan text dia and mintak tolong dia carikkan. Nanti dia akan survey and kasik I 2 3 option. Kalau I yang carik, mana result paling atas tu I ambik je. Malas dah nak scroll-scroll. Lepas tu anggap kalau I beli mahal, orang lain beli murah maybe Allah dah tentukan rezeki untuk seller yang jual mahal tu.  Hahaha. Malas nak fikir sebab nanti jadik bengang. Dekat Shoppee ni pon kekadang sibet jugak. I pernah je beli grater dengan mold agar-agar size minion. Bila sampai, besar tapak tangan je. Hahahaha. Bangang giler.

So berbalik pada Atin ni, bagus pasal dia is dia tak kedekut ilmu. Macam hal-hal deco ni memula dia carik barang-barang murah untuk dia je. Lepas tu dia share dengan orang-orang lain jugak. Kasik la dia upah sikit. Dia siap survey dalam IG dia, tanya berapa paling murah yang nkorang pernah nampak ada jual dekat mana-mana and dia akan beat harga tu. Bagus kan? So kira macam kongsi la rezeki sama-sama. Dia dapat beli barang murah, dia share pulak dengan semua orang yang ada minat yang sama. As for now, dia dah ada jumpa dua item yang murah dari market price but quality wise sangat la OK. Pokok Pisang and Pokok Daun (I taktau apa specific nama dia hahahaha) dengan Orchid. Bagus giler Atin. So kita pon takyah la buang masa nak mencari, survey sana sini. Just bagitau Atin nak yang mana, dia boleh deliver pada nkorang terus. Sekarang ni dia cover area Setapak, Wangsa Maju, Gombak, Genting Klang and KL area. Kalau untuk pos pulak, nkorang boleh direct tanya Atin OK? Nanti I share Instagram dia untuk nkorang tengok pilihan yang ada.



Ni pokok apa ni? Pisang ke? Kalau pisang mana buahnya????? Hahahaha. OK ni artificial daun. Kat Shoppee pon ada jual jugak and maybe la akan ada yang lebih murah tapi kalau beli online, kita tak pegang and tak tengok rupa dia macam mana. Taktau macam mana quality dia kan? Yang ni kualiti di jamin. Atin dah tengok sendiri. 



Yang jenis macam ni pon ada jugak. Daun dia lebih lebar dari yang daun kat atas sana tadi. Exclude bakul tau? Bakul tu kena beli sendiri.


Sapa kata Orchid dah tak in? Rugilah yang beli awal-awal dulu sepasu sampai RM 400-500. Tengok Atin punya harga, murah kan? Yang ni pulak Orchids material latex 3D sekali dengan pasu. Senang jaga and jenis tak tangkap habuk. Harga bermula dari RM39.00. Yang kecik tu boleh letak dekat office or dalam toilet atas cabinet cermin. Baru feeling ala-ala hotel.


Yang ni 2 stalk. RM59. Boleh la kasik buah tangan bila datang visit orang sakit dekat hospital or birthday. Seriously wei, kasik hadiah birthday macam ni baru la berkekalan kenangan dia dari bagi bunga hidup yang tahan 2 minggu je. RM59.00 cantik macam ni. Perrghhhh


Kaler purple ni pon cantik jugak. Bunga dia besar and nampak real kan? Tau kualiti dia memang jenis bagus. Cantiknyaaaaaaa. Boleh letak dekat side table dalam bilik. 


Yang ni pulak 3 stalk also mampu milik ye tuan puan saudara saudari sekalian. Warna boleh pilih mana yang berkenan dihati. Yang ni RM109 boleh kasik hadiah pada Mak Mertua. Mesti dia happy. Hi Mak, menantu datang ni kasik bunga. Perempuan mana tak suka bunga kan? 


Gini punya lawa baru 59.00
I berdoa semoga masa birthday I nanti bulan 10, ada la yang kasik I bunga Orchid macam ni.  Hint dah ni. Kalau tak paham jugak taktau la.


5 stalks RM169.00 ponnnnnn cantik jugak. Putih ni masuk dalam semua concept rumah kan?


Yang ni RM109 3 stalks. Boleh bagi pada adik-beradik time datang visit sempena hari raya. Besar pahala mengembirakan hati orang lain. Kan?


Macam-macam pilihan ada. I suka sebab Orchid Latex 3D ni sebab dia nampak macam real kan? Pasu dia pon cantik. Bukan pasu plastik kaler hitam tu.


Tengok ni yang 3 stalk letak atas meja, sweet je. Awwwwww


Dipilih kak, dipilih.... Semua pon cantik-cantik.

Actually ada banyak lagi pilihan. Untuk pilihan lain, nkorang boleh tengok dekat highlight ORCHIDS dalam IG Fatin Fashiha. Boleh DM Atin or WhatsApp dia dekat 013-6341255 OK? Bagitau je nak yang macam mana nanti Atin akan tunaikan impian anda. Atin ni service dia pon cepat. Kalau beli banyak-banyak nanti Atin akan kasik discount. Nanti I share lagi kalau Atin ada jual menda-menda hiasan lain pulak. Meanwhile nkorang tengok la dulu Orchid dengan Pokok Pisang ni. Pada sapa yang tak berapa suka hiasan bunga macam ni, I suggest beli dulu 1. Yang murah pon takpe. Nanti lama-lama akan timbul minat dia. Bunga artificial ni sesuai la untuk yang jenis nak rumah cantik, tapi malas nak menten jaga pokok hidup. 

Kata Intan, kalau pokok hidup ni selain dari siram, kita kena manja-manja dengan dia. Kena borak-borak panggil sayang lah baby la. Malas aku. Dah macam orang tak betul nak bercakap dengan pokok. Kalau pokok plastic ni kita takyah cakap dengan dia pon takpe, sebab dia jenis takde perasaan. Senang macam tu kan? Hahahaha. Oklah. Happy shopping dolls!

-eNd-

2 comments:

Chooyaya! said...

Diana Rashid : Hahahahha. Takpe, slowly. Kaksu dulu pon dalam kehidupan tau makan and tidur je. Pemalas bukan main. Alhamdulillah bila dah kawen, ada improvement.

genuine1224 said...

su, betullah apa Intan kata tu. kena bercakap dgn pokok, baru dia segar bugar tumbuh dengan sihat. ahhaha
I pun kadang2 bercakap ja dgn pokok tapi takda la beriya kang org ingat gila pulak. just bgtau la masa siram tu, minta dia sihat membesar dgn jayanya hahaha