Pages

Tuesday, July 7, 2020

Sambal Jering Enak!

Assalamualaikum..

Haritu ramai comment dalam IG Story tanya resepi Sambal Jering ni macam mana nak buat. So harini I share la. Sedih jugak mengenangkan tak boleh nak gigit Jering ni. I mampu hisap-hisap je sebab still tak boleh nak kunyah-kunyah lagi. Taktau la bila yang boleh kunyah bebetul. Biasa orang lain pakai braces paling lama 10-15 hari dah boleh kunyah, dah boleh makan chips and all tapi I still on soft diet. Mungkin lambat sikit la sebab faktor usia. Dah tuweeeeee. Sekarang kalau I makan apapa memang I telan je la. Dah sama macam buaya. Esoknya senak perut sebab maybe usus I kena bekerja keras nak digest all the foods. Dah la dengan constipation lagi. Ya Allah seksanya. Tapi sakit ke apa diam je la. Sapa suruh mengada nak sangat pakai Braces kan? Haha. But bright side bagus la, kang kalau semua dah boleh makan habes semua I bedal. Sesia turun almost 7kg. Makan bubur dengan overnight oats elok je hidup sampai sekarang. MCO punya pasal, imagine I nak berat sampai 6kg. OMG seram fikir.

Anyways, Berbalik cerita pasal Jering I ni... Actually Kaklong yang ajar I macam mana nak buat Sambal Jering yang sedap. Maybe korang boleh tukar jering dengan Petai or menda-menda lain jugak macam pucuk-pucuk kayu ke or nak letak any other protein pon boleh. Memang sedap and simple sangat. Resepi tak jauh pon dengan koleksi sambal air mata I tapi dia ada a little bit twist. OK, kalau Sambal Jering ni nak yang lebih sedap nkorang boleh guna Jering Tua. Lagi tua lagi sedap. Kalau dekat kampung dulu, ada orang tanam jering dalam pasir. Sampai nak tumbuh akar. Yang tu pon sedap jugak. If rebus, dia akan rasa macam kacang. Tapi let say takde Jering Tua, boleh je nak guna Jering Muda. Takde hal.


Sambal Jering Sedap
Cara nak buat senang je. Jering tu korang potong la kecik-kecik sikit and buang kulit ari dia lepas tu rendam dalam air supaya color dia tak lebam. Blender kasar lada besar, lada kecik, bawang merah and bawang putih. Lepas tu tumiskan bahan kisar tadi dengan minyak dalam satu senduk. Perasakan dengan garam, gula and serbuk perasa (optional). Then masukkan lah jering with 2 sudu besar tempoyak (ni la rahsia sambal ni sedap). Last sekali masukkan dalam 2 tangkai daun kesum. Bila dah sejuk sambal jering ni, baaaaaaaaaaaaarulah masukkan ikan bilis yang kita goreng rangup. Petua nak kasik Ikan Bilis kekal rangup is kena gaul bila sambal dah sejuk. Kalau jenis tak penyabar boleh la tumbuk sekali ikan bilis tu tapi tak best la kalau ikan bilis tak rangup kan?

Makan dengan Ikan Goreng panas-panas atau Telur Goyang. Perrrrghhhhh!!! Selamat Mencuba!

-eNd-


2 comments:

  1. Tak pernah try sambal jering. Dulu pernahbeli jering kat pasar malam, dapat yg dah tua, keras sangat.

    ReplyDelete
  2. Kat rumah saya, yang makan jering ni cuma ayah saya sahaja

    ReplyDelete