Assalamualaikum..
Perrghhh punya lama entry ni ada dalam draft. Now baru ada masa nak sambung balik tulis entry ni. Sorry for my absence dalam menulis, OK? I menanam azam untuk at least tulis blog seminggu sekali. Cita-cita macam tu lah. Kadang-kadang jadi kenyataan, kadang-kadang jugak tak jadi apapa. Tapi sebenarnya cita-cita ni terpulang pada empunya diri nak buat macam mana. Nak work for it, or nak stay negative forever lepas tu semua tinggal kenangan. Perrghhh mendalam. Hahahaha.
Rasanya yang follow I punya IG tau kan yang I dah start to have my own staff and office? Now tengah work out untuk expand the business. Ada a few dalam bucket list tapi tengah pilih mana untuk start dulu. Macam I kan minat makan, masak, baking so cita-cita teratas untuk ada my own baking studio. Tapi nak kena tengok jugak location, operation cost semua. I mampu nak handle or tak. High risk sebenarnya nak start F&B business ni tapi kalau fikir risk boleh la duduk je dekat office, kerja makan gaji, lepas tu cukup bulan gaji masuk. Tak payah fikir company making money or not sebab gaji tetap jalan. Satu masa dulu I macam ni la. Selesa dalam my own comfort zone. Hidup macam tu je takde perubahan. Tapi OK je kalau pilih jalan macam ni. Sebab ada orang yang pilih untuk hidup tenang-tenang saja. Ada time untuk anak-anak and family. Weekend boleh jalan-jalan. Kepala tak pening, musuh pon tak ramai.
Believe me, business ni pon boleh buat friendship musnah tau? Sebab berbeza pendapat lepas tu rasa macam masing-masing buat kerja lebih. Macam I sekarang takde la nak fikir bab business partner semua sebab Continuo Ventures ni I punya sorang-sorang. So takyah nak gaduh apapa. Memana kawan-kawan baik yang ajak JV pon I cakap I taknak. I taknak ada masalah kemudian hari lepas tu lost friendship. Kawan rapat dah la tak berapa nak ramai, pastu hilang pulak lagi. So better avoid tu. Business sorang-sorang ni hati lebih tenang, InsyaAllah.
Ni kitorang lunch masa minggu-minggu terakhir sebelum berenti kerja and focus 100% pada business. Sedih jugak sebenarnya nak meninggalkan bebudak ni dekat office tapi nak buat macam mana. But InsyaAllah sampai sekarang at least seminggu sekali atau dua kali kitorang keluar makan sama-sama. Friendship remains. Jumpa sesekali baru manis. Kalau jumpa hari-hari kadang-kadang menyampah. Haha.
Kesayanganku Intan and Dyba. Bebudak ni selalu la buat kesian. Ada seminggu lepas I resign tu kan? Dorang kasi gambar and video tengah makan maggie tu pon kongsi 3 orang. Sebab takde duit. Lepas tu dorang cakap 'Kalau Kaksu ada, takde la kita susah macam ni'. HAHAHAHAH Drama tau? I pon bank in sorang RM20.00 suruh beli pisang ke, keropok ke kat belakang office tu. Happy memasing. Bila I ada, memang makan ke apa ke semuaaaaaaaaaa I bayar. Kekadang I mintak jugak sorang RM10 sebab nak mereka ada rasa sense of ownership. Makan semua nak restaurant, takde nak makan gerai ke food court ke. Lemak ni memasing.
Dyba la paling sedih bila I dah tak kerja. Si Intan cakap dia biasa-biasa je sebab member sekarang tengah angau becinta. Kisah pulak dia kalau I ada ke tak kat office? Hahaha.
14 tahun kita kerja sama-sama dekat FGV. Pahit manis, kelakar sedih drama samarenda semua ada. Rasa macam sekejap je. Tengok balik gambar masa zaman memula kerja, amboi. Hitam sangat kita time tu kan Intan? Rasa macam dah paling cantik dah. Hahaha. Zaman dulu mana ada pakai foundation pergi kerja. Pakai bedak je.
Dah dekat nak masuk 3 bulan dah I berenti kerja. Kekadang ada la rasa macam rindu tempat kerja lama, rindu environment kerja corporate company tapi I back pada niat asal I berenti kerja kenapa. Nak focus and nak expand business. I dah ada tanggungjawab pada pekerja yang mencari rezeki and bagi family makan sebab kerja dengan I. I tak boleh selfish untuk fikir kebahagian I sahaja sebab I kena fikir on the other side jugak. Kebahagian dalam hidup ni kadang-kadang bukan sahaja sebab duit, tapi apa yang membahagiakan kita secara keseluruhan. Dengan sapa kita jumpa hari-hari, siapa yang kita deal, apa yang kita buat. To be frank, I happy to see kawan-kawan I every day dekat tempat kerja lama. I suka sports activities and I love the routine. Tapi I taknak jadi orang yang tak bersyukur. Ex Colleague I cakap, berapa ramai orang nak ada freedom of time macam I? Bebas buat apa sahaja yang I nak but at the same time income dapat berganda-ganda dengan apa yang I dapat sebelum ni. Takkan I nak jadi orang yang tak bersyukur?
If you all jadi I, what will you choose? Stay dekat tempat yang sama atau move on but dapat 10-20 kali ganda income? Tepuk Dada Tanya Selera.
If you all jadi I, what will you choose? Stay dekat tempat yang sama atau move on but dapat 10-20 kali ganda income? Tepuk Dada Tanya Selera.
Okbye!
-eNd-
yeay kak su dah kembali tak kisahlah kisah apa share janji kak su yg tulis
ReplyDelete