Pages

Tuesday, August 5, 2014

Cerita Raya Pertama 2014

Assalamulaikum..

Usually every year since kawen ni, raya pertama kitorang akan beraya dekat Ampang dulu. Sehari sebelum raya kiter semua akan sebok-sebok masak dekat rumah Tok Che Amah (Tok Sazli belah Mak) together with mana-mana Auntie’s and Uncle’s Sazli yang ada dekat sini. Petang tu kitorang akan balik rumah Mak and Bapak for berbuka puasa and tido dekat sana. Nanti malam kiter semua akan keluar dinner kat mana-mana macam Delicious or VS ke. Sebab Bapak and Sazli pon dah tadek nak trawikh. Malam raya makan dekat fine dining restaurant. Ko mampu? Kah kah kah.

Esoknya lepas solat raya dan bermaaf-maafan dan collect duit raya dari Mak and Bapak (terpaling favorite sebab dah tua bangka still dapat duit raya), kiter semua kumpul dekat rumah Tok Che Amah lagi sekali for makan-makan and and lepas tu lebih kurang dalam 12.30pm kiter akan gerak balik beraya dekat Jengka sampai la Raya Ke-5 or Ke-6. Then baru la balik KL.

Dah jadik macam routine. Every year macam tu. Kata GF I, elok macam tu sebab nanti kalau dekat Jengka penat nak masak sebab family I jenis kalau raya, masak dia macam nak kenduri. Menu wajib, ketupat daun kelapa, ketupat segera, lemang, rendang ayam/tetel/paru/lempong, kari ayam kampong, lodeh and ayam masak kicap WAJIB ada. So, kalau balik hari raya pertama semua dah siap. Tinggal makan je tapi one thing I akan missed is persiapan menyambut syawal and malam raya dekat kampong. Actually tu yang buat meriah sebenarnya. Dengan mercun and bunga api dorang pasang macam nak berperang, aktiviti pasang pelita paling best. I suka bau minyak tanah. Macam memori sangat.

Untuk I dengan Sazli, kami takde system giliran. Sazli kan anak tunggal? If kami tak beraya dengan Mak/Bapak sapa lagi yang depa ada kan? Mak kat Jengka dah ada Kaklong and De anak beranak. Dah macam tongkang pecah dah pon dekat rumah. So, Raya pertama, dua-dua rumah  family kiter dapat beraya sebab Ampang-Jengka tak jauh pon. Less than 3 hours dah  boleh sampai.

But tahun ni lain sikit. One day before raya, Bapak and Mak rushing balik ke Kuala Ketil sebab Tok Chak (Mak kepada Bapak) admitted dekat Hospital Metro Sungai Petani. Dia sakit. Actually dah lama sakit. Sakit orang tua. Umur dia pon dah 93 tahun. Sakit berulang-ulang. But this time, kena pulak sakit dia menjelang hari raya. Bapak is a really good son. So, dia balik hari Ahad pagi tu jugak selepas subuh Bapak and Mak gerak balik ke Kedah untuk jaga Tok Chak dekat hospital. Imagine eh? Anak lelaki yang menjaga dan menguruskan Ibu dia sendiri yang very rare kiter dapat jumpa nowadays. Bapak bukan ‘visit’ Tok Chak tapi really takes a good care of her. Dari mandikan, ke pakaikan baju, suapkan makan, sikatkan rambut. Pendek kata semua menda dia buat. I'm impressed.

So, kata Bapak. Kami (Sazli, Shein & I) tak perlu ikut balik ke Kedah. Boleh balik beraya dekat rumah Su di Jengka. Bapak and Mak sahaja yang akan balik ke Kedah but if anything urgent ke, Bapak akan keep us updated. Lepas Subuh tu, kitorang sambung tido and by 9.30am gerak ke rumah Tok Che Amah dulu sebelum gerak balik ke Jengka. Jalan superbly clear! Semalam I dengar mamasing jem teruk but on Sunday tu Al-hamdulillah jalan clear. 2 jam kami dah  sampai ke kampong. Seronoknyaaaaaaaaaaaaa!!

I tak bagitau Mak, Kaklong or De yang kitorang balik Ahad tu. Saja nak buat surprise. Mak la yang paling terkejut. Haha. Kaklong siap berkandang babi keluar. Dia melatah. Hahah. Sebab dia tu call I masatu, I tak jawab. Mak dah istifar panjang. Kata Kaklong dia ingatkan apapa jatuh ke, sekali bila nampak I spontan dia cakap, ‘Oi babi, bila ko balik?’ Pastu garuk-garuk kepala. Hahah. Kaklong melatah. Terus dapat babi dengan Kaklong. Redha je la.

Dipendekkan cerita, tahun ni dapat la merasa kemeriahan beraya bersama keluarga di kampong. Dapat la tengok setiap rumah 4 5 bijik kereta parking, acara pasang pelita, masak-memasak dari tengahari jejak ke malam, dengar pengumuman raya and jerit sampai terkeluar anak tekak, meronda petang sebelum raya satu kampong and dengar bunyik mercun and tengok orang main bunga api. Seronok! Sebab raya dekat kampong, kemeriahan dia lain macam berbanding dengan bandar.

Malam tu kiter semua siap masak kari ayam kampong, rendang tetel paru lempong segala. Ayam masak kicap + suhun and masak lodeh esok paginya baru masak sebab takot basi cepat. Bila duduk dekat kampong hukuman dia mandi sekali sehari jer. Haha. Memang duduk dapur jer. Takyah pergi mana-mana. Nanti sapa yang bangon, Kaklong atau De atau I akan mengadu kat Mak, ‘Maaakkkkkkkkkkkkkkkkkk, De kannnnnnnn, dia kannnnnnnnn taknak tolong masak’. Bahahha. I pembantu chef je. Kaklong la ketua tukang masak. Dia la yang paling penat prepare everything. Thank you Kaklong sebab masakkan kitorang sedap-sedap every year. Nak uwet!

Malam raya pon tido lambat. Sampai dah tak larat nak angkat mata baru la masing-masing tido bergelimpangan dimerata-rata tempat. Memang kesian. Haha. Tapi tu yang buat seronok. Pagi raya Mak dah kejut semua orang. Semua orang bangun awal. Pukul 6.00am macam tu. And everybody start buat kerja dari masak memasak yang tak habes-habes, sapu sampah dekat bawah, kemas rumah and all. Dah siap masak, kiter semua breakfast and lepas tu mandi and bersiap nak solat hari raya sama-sama.

I, De, Kakyang  and Atin tak pergi la sebab nak kena jaga kanak-kanak dekat rumah ni. Nanti lepas dorang semua habes solat hari raya, make-sure semua dah wangi and dah hensem. Ready untuk acara bermaaf-maaafan dan sesi bergambar. Complete satu keluarga dipagi raya kali ni. Taktau la bila dapat lagi complete party macam ni. Kiter buat session by family. Paling best kanak-kanak la sebab dorang dapat collect banyak duit raya. Cis!

Lepas dah siap amek gambar, terus gerak ke kubur untuk ziarah Arwah Ayah, Arwah Kak Ngah dan suami dia. Ramai giler orang dekat kubur. Ada yang bagi duit raya jugak dekat sini pada budak-budak. Shein dapat seringgit. Comel giler. Dia jalan dah la kedek-kedek debab dengan samping bagai. I suka hug dia sebab rasa best sebab debab. Balik dari kubur, singgah rumah Mak Saudara kitorang. Mak Itam. Shein dah selamat tido masa dalam kereta. Kepenatan.

Balik dari rumah Mak Itam aktiviti bebas. De dengan family dia beraya dekat rumah kawan dia. Abg Long tido. Kakyang and Sazli pergi Jerantut beli kambeng sebab nak BBQ malam ni. Mak sambung mengemas. I pulak tunggu Edi (Kawan sekolah I) datang beraya. So berkepam la dengan baju raya sebab lepas Edi datang, Kak Maslina kawan De pulak datang. Pastu Adi and Family datang, pastu ada Che Mat dengan Family datang sampai la jejak ke Maghrib. Lepas habes semua orang datang, kiter semua prepare pulak untuk buat BBQ malam tu.

Ada lamb, ada honey chicken wings, char kway teow, nasik goreng Israel (Sebab pedas sangat) and many more foods. BBQ ni untuk family je. Abang Long kata guna pinggan and cawan polystyrene je sebab takyah susah-susah nak basuh. Itu I akan cerita dalam next entry (kalau rajin). So sekianlah cerita hari raya pertama untuk I tahun ni.

Semoga Allah panjangkan umur kami sekeluarga supaya dapat sama-sama macam ni lagi. Kalau la ada Arwah Ayah, mesti lagi seronok. Arwah Kakngah pon kalau dia ada entah-entah anak 4. Dulu rasa macam adik beradik kitorang sikit je. 4 orang. Orang lain sampai 8 orang. Time raya la terasa kemeriahan dia. Tu yang best kalau anak ramai. Apa-apa pun kena percaya pada qada’ dan qadar yang Allah dah tentukan. Ada la hikmah dia tu nanti. Kan?

Thank you Allah for this wonderful raya. Dengan family, dengan Sazli and Shein. Mak and Bapak. Tadek drama langsung and everything went so smooth. Alhamdulillah. I’m blessed. Paling blessed sebab dapat duit raya banyak. Cukup la nak buat beli Longchamp or  4-5 bijik charm Pandora. Woo hoo!

-EnD-


Mak. Hari raya muka kiter kena gembira skek. Sila ambik perhatian.


Kemain gemok paju pink tu kasik flying kiss sampai tutup-tutup mulut. 


Abang Long. Suami Kaklong. Terima kasih sebab prepare makan yang best-best masa malam BBQ tu. Tahun depan kiter bakar seekor kambeng terus. Ok?


Kaklong dengan Mak. Sorry tak nampak muka U. Gambar ni KakYang yang amek. Pergi marah dia. Haha.



BIL Abang Halim. Suami De.


De. Kakak number 3. Paling kurus tapi kuat makan. Nyampah.


Yours Truly. Tengok Mak, bila salam I muka dia paling happy. Harap adik beradik lain tak jeles. Hahahahaha. Anak bongsu biasa Mak sayang lebih. Kthanxbye.



Sazli dapat jugak songkok bulu-bulu dia tu. 


Makkkk. Nak Uweeet!


Selamat Hari Raya Papa. Maafkan segala dosa Bubu. Halalkan makan minum. Pastu dah. Sebak. Tapi bila dapat duit raya ceria balik. Biasa la. Materialistic. Senang je nak counter balik sedih. hulur duit, setel. Hahaha.


Amboi Kayang. Gembira nampak? Tau la duit raya kepok-kepok. Manjang manicure lepas raya eh? Haha.


Sasha anak De. Kekecik raya dah pakai tudung. *petir sabung menyabung



Selamat Hari raya Achok. Ni Kaseh. Anak Kaklong.


Amsyar buat hal. Tetiba nak pakai telekong time bersalam raya. Bila bukak, dia nanges guling-guling. Blasah la Amsyar. Janji ko happy. Haha.


Pijaaaakkkk!!


Auliyya cicit pertama Mak. Class kau Auliyya dapat moyang vogue. I selalu cakap pada Mak, 'Mak ni lawa je lagi. Kalau Nik Aziz (Ex MB Kelantan) nak dengan Mak, Mak nak tak? Terus kena jeling. Dia pantang sikit orang PAS. Kata dia kalau Nik Aziz dia taknak tapi kalau Pak Lah boleh consider. Boleh consider tau? Bukan terima. Kemain mak. Eksyen. Haha.


Satu-satunya gambar family dipagi raya. Sazli dengan Shein sama-sama jenis susah bergambar. Mama dia je sawan camera.


Terpaling hensem anak Mama. 



Belanja lagi sekeping gambar Shein sebab dia hensem.



Family Kaklong. Kaklong pon dah bercucu U'Olls. Mana nak dapat nenek yang rebonding rambut Auliyya? Hahahaha.


Family De.


Papa Bubu


Dekat kubur Arwah Kak Ngah and husband dia. BTW, Kak Ngah meninggal accident masa dua hari lepas wedding day dia. Sekali dengan suami dia. Innalillah.


Dalam pada jaga Shein, terlepas jugak dia panjat kubur Atok Ayeh dia. 


Nak Atok, Shein bagi duit raya singgit.


Wanita Jelita (Muntah)


KakYang. Anak buah perempuan sulong.


De, Kaklong & I. Adik beradik kitorang ni je. Arwah kak Ngah bawah Kaklong. Semua pempuan.

3 comments:

  1. salam aidilfitri sue..suka tengok sue dgn family..mesra dan rapat sangat..maaf kalau boleh nak tau pasal kakngah tu kalau tak keberatan cerita laa..sedihnya dengar kisah arwah meninggal tu..

    ReplyDelete
  2. doll : salam aidilfitri. gambar arwah kak ngah semua kat kmpg. nanti bila balik kmpg, i scan gmbr and lepas tu br cerita ok?

    ReplyDelete
  3. seronok baca cerita raya orang... meriahnya... Tak mcm raya Jan. sob2x..

    Apapun, memang Shein terpaling hensem, eh!

    Cantik baju Su...beli kat mana? hehe. Takde gemuk mana pun Su ni..exaggerate je..Jan tengok slim je..nak uwet!

    Selamat hari raya Su, Shein & Saz1i

    ReplyDelete