Assalamualaikum.
Smalam I, Saz, Aliah, Khatiq & Apis makan dekat
Sushi Zanmai Avenue K. First time makan kat sini. Ongkampong macam ni la. Orang
semua dah pergi Avenue K lapan belas kali, kitorang baru je hegeh-hegeh nak
pergi. Sazli la kata nak makan sushi. Memula kitorang plan nak makan kat
Rakuzen G-Tower tapi dorang tak bukak all the time. Bukak only for lunch and
dinner. Specific time je. Poyo. So Aliah kata jom la makan kat Sushi Zanmai.
Cool jugak Avenue K ni. Ada H&M, ada Cotton On, Hush Puppies and many more. I first time pergi sebab nak carik Ed Hardy dengan Sazli sebelum
puasa tuari. Tapi dah tutup pulak outlet dekat situ so semalam pergi for second
time. Macam cool giler jugak tempat ni. Banyak kedai untuk shopping and
terpaling best sebab harga kat Sushi Zanmai ni murah macam dekat Sushi King je
pooonnnnnnnnnnnn. Best sebab ada banyak variety of foods. Tadek la macam kat
Sushi King tu. Balik-balik menda yang sama. Ni kalau Sushi Zanmai ni bukak
dekat depan Felda kan senang hidup I?
Kitorang makan semalam macam orang lapan tahun tak
jumpa sushi tapi tak sampai RM300.00 pon. I dengan Sazli dalam RM90 je. Tu pon
makan donbori sorang satu, siap salad, eskrem waffle tu 3 and sushi salmon
menda entah. Murah giler kan? KENAPA BARU TAU KEWUJUDAN SUSHI ZANMAI SEMALAM
NI?
Kena pergi lagi ni. Kepada Aliah & Atiq tenkiu
sebab bawak ongkampong ni merasa makan dekat Sushi Zanmai. Kitorang macam ni
la. Main area Ampang je. Redha je la apa sushi yang ada kat area Ampang tu. Tak
Sushi King, Octopus. Nak up skek Kiku Zakura kat GE Mall. Dah tu je. So bila
ada orang sudi nak bawak datang sini kiter semua merasa gembira dan bersyukur.
Haha.
Macam Snow White kan dia ada lampu amaran. Kalau
keluar dari area Ampang terus siren bunyik kuat-kuat. Sebab tu kiter kena carik
tempat lepak kat area-area sini je. Mujur Avenue K kira dekat Jalan Ampang.
Lepas ni boleh la pegi lagi. Jap. Amenda annoying ni gatal ketiak. Ishk. Potong
la. Okla. Bye.
Sedap menggila eskrem waffle ni. Kitorang habes 4 plate kot? Yang ni choc+vanilla. Pastu ada yang jenis green tea. Pon sedap. Makan rebut-rebut. Syarat dia, sapa makan banyak, dia bayar. Haha.
Yang ni salmon sashimi. Ada sayur. Kata Apis sayur kangkung. Mandai je. Bawak la perangai kampung dia tu kat sini. Atas tu ada mayonnaise and ada menda rangup tu. Layan giler hoi makan! Kiter habes 3 plate. Teror nak mampos.
Yang ni Donburi. Chicken Teriyaki Don tak silap nama dia. Tapi kata Sazli, ayam masak kicap dengan nasik. Boleh? Yang Si Apis buat perangai original people nak mintak telur mata. Apa dia ingat ni Kedai Mamak ke? Jangan nak buat malu Maksu eh Apis?
Kani Salad ke menda entah tapi sedaaaaap. Shein pon suka makan. Dia makan selai, pastu bagi lantai makan selai.
Yang ni Sazli punya. Dengan Atiq. Menda apa eh ni? Ooo macam ebi (udang) tempura don. Memandai bagi nama. Kah kah kah.
Si Aliah order her all time favorite. Sukiyaki. Besar jugak portion dia. Makan dua orang pon kenyang. Si Lia makan sorang je tapi. Punya la banyak makan sampai tercabut kerongsang dia. Pastu dia dengan Atiq gaduh sapa yang nak bayar. Hahahahaha. Apis cakap, masalah rumah tangga sila selesaikan dekat rumah. Kata Sazli, kitorang makan bayar asing. Boleh? Sapa makan banyak dia la bayar. Sabar jer la. Tu yang I jeling je sukiyaki Lia. Takot kalau makan, kena bauar half. Hahahahahhaha. bongok!
-EnD-
sushi zanmai memang syiok habis. ==!. Kalau versi nak makan donburi tu Rakuzen pon masyuk juga.
ReplyDeleteeh BTW, ika = sotong. ebi = udang. :D