Assalamualaikum.
Kan last week yang kitorang beraya kat rumah Farah and Faiz, so Jumaat haritu adalah lawatan timbal balik kekdahnya tapi plus
Eliss and Abang Yut la. Faiz kata takper Su, KFC pon ok tapi Si Eliss tak
kesian kat I walaupon I kata I bizi dengan nak renew insurance segala so tak dapat balik awal untuk masak, dia tetap
nak jugak I masak nasik lemak. Sampai I terpaksa korbankan routine cuci rambut
sebab usually Jumaat petang I akan pergi salon cuci rambut dekat Lavinas. Self-reward
sempena penat bekerja seminggu dekat office. Penat apa pon aku taktau la.
Ok la. Demi tetamu kesayangan, I sacrifice tak cuci
rambut. I pesan pada Abang Yut, Please datang after pukul 9.00 malam. Aku nak
masak. Pastu dia kata, ‘Ok Dik, Aku cuba tak datang awal’. Geram je kan? E! I
segan la bila I tengah masak orang dah sampai and dapur rumah I ni ala kadar
je.Kuali pon tadek nak Tefal segala. Kuali ongtue yang Tok Che Amah bagi masa
memula kawen dulu je pon. Haha. Sian giler.
Naseb baik sempat masak time Eliss and Abang Yut
sampai. Mandi je la yang tak sempat. Ko tau la mencabar masak dengan ada Shein
ni sebab dia sebok nak tolong. Haih la anak. Faiz dengan Farah sampai tak lama
lepas tu. Time dorang makan, I duduk tengok dari jauh je. Tak berani nak makan
sama. Dah la I rasa nasik I keras sikit. I kata macam ni, ‘Sorry la, I rasa nasik I
macam ada keras sikit’.
Pastu Faiz kata, ‘Dalam blog citer macam hebat
sangat masak. Ni nasik keras apa cer?’ Faiz memang kalau cakap tadek der nak
bersifat belas kasihan kat I. Pastu kan? Dia dengan Abang Yut tambah dua kali.
Bila I cakap, ‘Tu tambah tu. Mesti sedap kan I masak?’ pastu kata Faiz, ‘Tak
la. Biasa-biasa je’. Muka dia macam tu la time jawab. Tadek perasaan. Huwaaaaaaa
Jahat! Hahahaha. Sebenarnya kata Farah and Eliss, nasik I tak keras pon.
Nenenenene. Faiz je dengki.
I sebenarnya tak puas hati Faiz cakap macam tu
malam tu. So, dekat office, I tanya dia lagi sekali. ‘Faiz sebenarnya nasik
lemak aku sedap kan?’ And dia jawab, ‘Tak la. Biasa-biasa je’. OMG Faiz. Ko
memang kejam. Hahahaha. Benciiiiiiiiiiiiiii! Farah dengan Abang Yut kata sedap
sambal. Kembang bontot merekah-rekah. Bila tanya Sazli, memang jawapan dia sama
je.
‘Sedap giler Bubu!’ Sambil geleng kepala and thumbs
up. That’s why I love to cook for Saz. Tak pernah komplen masin pedas ke apa.
Semua sedappppppppppppp je. Biar lah walau dia sebenarnya tipu ke kan? Janji
dia dah buat hati isteri happy. Buat isteri happy nanti pahala berlipat kali
ganda and Allah bagi rezeki yang banyak-banyak. Caya la cakap I.
Untuk Faiz. Kiter clash! U jangan carik I lagi!
Nanti Treasure Hunt ko pergi la geng dengan Topek. Aku taknak team ko dah.
-EnD-
Dari kiri. Farah, Faiz penjahat dengan Shein yang kawan dengan dia sebab dia umpan Shein dengan game Temple Run, Abang Yut, Eliss and Hans Isaac. I tadek dalam gambar sebab I tukang amek gambar. Daaa???? Yang penting Balenciaga saper berani park atas meja tu? Berani dia????
As Salam Sue, mana gambaq makanan hat Sue masak?
ReplyDeleteMemang betoi, puji isteri murah rezki.. nafkah batin tu...
tapi intan nak geng ngn Faiz.. Jadi tukang baca peta.. kak su janji eh geng dengan topek (Dr. Hair). hahahahaha
ReplyDeleteharis zuhaina : takdak. tak sempat ambik sebab segan.
ReplyDeleteAnna Dayana : tp faiz suruh drop intan dari group. intan la geng topek. haha.
ReplyDelete