Assalamualaikum.
Hari Khamis lepas, Faiz ajak datang beraya dekat
rumah dia. Dia kata rindu dekat Sazli. Pui! Gay sangat statement. Kiter dua
memang dah lama tak jumpa sebab Faiz now dah pindah Menara Felda so dalam
setahun less than 5 times dapat jumpa. Shein pon both Faiz and Farah tak tengok
lagi. Bayangkan dah berapa lama tak catch up dengan bebudak senteng dua orang
ni? Shein pon dah nak kawen dah. Dari rumah I tadek kerusi makan sampai now
kerusi makan dah tukar warna coklat pon still tak jumpa-jumpa jugak. Haha.
Kalau sapa ingat, Faiz ni team-mate I masa kitorang
masuk Treasure Hunt yang dapat number 2 tu. Click sini and sini untuk baca full story. I
kata pada Faiz, ok la. Kalau nak datang raya dekat rumah dia, I ok. Tapi please. I nak makan
makanan raya. Baru la nama raya. Kata Faiz ok, dia beli Domino’s Pizza and
untuk bagi mood raya nanti dia beli la yang topping rendang. Ye ye je Faiz.
Mana ada perisa rendang padahal. I kena tipu hidup-hidup. Tapi Faiz dia kalau
tipu ke apa muka selenga je. Jenis muka tadek perasaan and I pon boleh percaya
je. Walaupon dah banyak kali kena. Sian I. Sama macam dia chong I pasal
handphone Motoblur. Klik sini untuk baca. Giler la entry raya ni macam
reminiscing zaman muda-muda eh Faiz? Yang tua tu nko la. Aku muda remaja lagi
kbye.
Farah ada training bola jaring, so tak sempat nak
masak. Actually I gurau je. Kalau orang jemput datang beraya and exclusive
untuk kiter je, mana boleh nak request makan apa. Apa orang bagi, kiter makan
je dan jangan banyak komplen. Yang penting duit raya Shein kena bagi RM60 juta.
Haha. So please sesiapa yang nak ajak I datang beraya silakan. Tapi namplohjuta tu jangan lupa.
So malam tu I, Sazli and Shein pon pergi la rumah
Uncle Faiz and Auntie Farah. Rumah yang dah 2 3 kali I pergi tapi tak
ingat-ingat jugak jalan. Naseb Sazli terror. Kalau I yang carik memang half-way
patah balik. Sesat barat. Sebab semua orang tau, I tau only jalan area Ampang,
office dekat Jalan Semarak, KLCC, Pavilion dengan The Curve je. Yang lain I
taktau. Itu pon kata la kalau ada sepuluh jalan, I akan tau 1 jalan je. And
kata la yang 1 jalan tu jem sebab ada pokok tumbang lori terbalik pon, I akan
lalu jugak. Biarlah walau jem 3 jam janji tak sesat. Hahaha. Sian I.
Sampai dekat rumah dorang around 9.00pm. Borak,
makan, tengok tv, bercerita sampai lupa diri. Nak dekat pukul 12.00am kot baru
balik. Sebab bila dah nak balik, dorang hantar sampai kat kereta. Anjerrr aaangat.
Lepas tu sambung borak sampai la Shein tetido dalam dukong I baru la balik.
Thanx to Faiz & Farah for having us. Nanti
lagi 2 tahun kitorang datang berempat
pulak. Haha. Eh tak. Sebab minggu ni turn dorang pulak datang beraya kat rumah
I. I kalau sapa kata nak datang beraya
nanti I bising dekat Sazli. Papaaaaaaaaaa. Rumah kiter tadek bekas kuih raya
pon? Macam mana orang nak datang beraya? WALAUPON sebenarnya kalau datang
beraya tu jarang sangat la yang nak makan kuih raya tapi I tetap rasa bekas
kuih raya tu kena ada. Kan?
-EnD-
Kurussss je Farah. Dah la dia still active main netball. Jeles I. Semenjak ada Shein, I dah tadek dah main netball. Dulu walaupon simpanan je, tapi at least ada jugak la outstation time sukan company. Sekarang mana ada. Sian sangat rasa.
Tengok Si Faiz buli Shein. Shein pon sebenarnya nak main sama. Tapi malu-malu. Lempang baru tau.
Farah macam princess sebab tetiba atas kepala dia tumbuk bunga 5 kuntum. Haha.
No comments:
Post a Comment