Motip?
Assalamualaikum.
20 Facts About Me. Nak
jugaaaaaaaaaaaaaaak. Macamkan artis popular. Tapi. Kesah pulak kan?? Jangan banyak cakap, baca je.
1. I lebih suka bawak kereta manual
dari automatic. Terus rasa macam superwoman and riak sikit-sikit sebab tau
bawak kereta manual bila most of wanita tak pandai langsung bawak manual car. So
I berasa bangga.
2. I boleh bawak motor ada clutch as
well. I kan ongkampung lahir kat Felda? Kat sana budak darjah enam pon dah
start bawak motor pergi sekolah. Masuk longkang semua dah. Jatuh motor tadek. Tapi
tercicir masa jadik penumpang ada. Dengan bawak mangkok tingkat, pakai kain
batik (sebab nak cool ikut trend masa tu kakak-kakak senior ronda naik motor
pakai kain batik PADAHAL tak pandai pakai pon) Molek jatuh tergolek depan rumah
Punk. One of Abang senior paling hensem masa sekolah menengah dulu. Nama Hasni
panggil nak Punk aje. Aku pon tak paham kenapa. So imagine eh? Kain batik + mangkok
tingkat + tercicir = Perrrghhh. Kalau ingat balik rasa bangang giler. Patut
buat-buat pengsan je untuk cover malu.
3. Ok. I pernah tercicir and I
pernah buat orang tercicir. ERNI. Hahaha. Sian Erni jatuh tercicir bebetul
depan Balai Polis and tak jauh dari tempat Abang-Abang senior lepak kat bus
stand. Erni masuk dalam semak sebab kain dia dah masuk dalam rantai motor. So dah separuh bogel. Pastu
instead of tolong Erni, I ketawa tak berenti sebab kelakar muka dia dah banyak calar kena lalang. Couldn’t help it. Sebab rasa
kelakar giler. Tu la. Lain kali bawak motor, focus! Ni tangan bersepah nak
pegang rambut la apa la sebab nak kontrol cantik, bila pulas minyak tu yang jadik tercicir tu. Haha.
4. Masa dengan Sazli dulu, kiter
kawan lepas tu tadek declare or propose or apapa keluar ayat romentik tahap
muntah hijau ‘Tuhan Jaga Dia Untukku’ time memasing demam ke apa. Tadek. Tau-tau
bawak jumpa Mak Ayah lepas tu decide nak kawen. Dah. So drama-drama terjun
kereta, merajuk hantar bunga semua tu tadek. Becinta sakan pon tadek. Sendiri
paham. Sebab tu kiter memasing tadek rasa insecure cek henpon jeles-meles
sampai sekarang. Tadek. Semua base on trust.
5. Nama Shein tu, Sazli yang dapat.
Iskandar tu I suka. I suka nama Iskandar sebelum akil baligh lagi. Taktau pon macam
mana woman get pregnant lagi time tu but dah tau nama anak nanti mesti ada Iskandar. Gatal sangat.
6. I suka masak. Tapi tak suka
kemas. Tapi sebab tadek pilihan and tadek orang nak kemas, maka kena jugak
masak and kena kemas. I buat kerja cepat giler. If tadek gangguan, I boleh
masak nasik lemak complete dengan telur, ayam goreng, nasik, ulam timun and
siap hidang less than sejam. I jenis buat kerja cepat. Macam lipas kudung. Zup
zap zup zap setel.
7. I susah nak minum. Minum bila
terpaksa. Kalau makan tadek air, tadek masalah. Kekadang I perasan I minum less
than 3 glass air sehari. Patut tu sembelit. Cara nak bagi minum air banyak,
kena buat infuse water and letak betul-betul depan mata. Then baru la I minum
sebab air tu dah lawa. Kalau tak, jangan harap nak minum.
Dah berapa dah? Whatttttt?? Baru 7?? Sambung esok
boleh? Kbye. Haha.
-EnD-
pergh gile aku sanggop baca..peminat setia ke ape... haha.. kak su.. nak buat competition giveaway tiket flight ke ape ni..
ReplyDeleteYa Allah.. Aku kena tag buat ni kat FB tak buat2. rasa mcm dah penah buat dulu2 kat blog. rasa2 mls nak update blog nnt aku keluarkan balik archive. senang keje aku.
ReplyDeletehahaha...baru 7 su.. lagi2x...artis sgt ek
ReplyDeleteAs Salam Sue
ReplyDeleteTo get more u should ask yr housemate n officemate ;)
Sue, tambah lagi:
ReplyDeletesuka makan especially pedaih :P
8. masak nasi goreng kg paling sedap!!!
ReplyDelete9. dolu pakai baju saloma bawak pokok bunga sambil jeling kat aku....
10.ada leher kluk2
kelakar laa sue nie :) mmg anak bongsu jenis ceria2..kebykan entries mmg selalu menghiburkan hati kita..kadang2 entry sue yg emo pun boleh jadik geli hati jugak..haha..heran nape sue x termasuk dlm bloggerati nuffnang tu..sue rajin blog hari2..tgk kat bloggerati tu ada yg entry setaun sekali ponn...
ReplyDeletewhattttttttttttttttt ...hahaha 7 je pfft...oit sambung la....kekkeeke...sue nak buat sue..tag nama aku sue..heheheh sila sebut nama aku tau...wakakkaka...peleaseeeeeeeeee mama shien yang cantik ..nk uwet tak
ReplyDeletepart kain terselit kat tayar motor ieda pun penah kenan kaksu.
ReplyDeleterasa nak nangis sebab pakai kain kurung. so, getah dia cengkam pinggang kuat gile..
ni kes bukan rider yang control cun, tapi kite yang nak kontrol.. kahkahkah...
hahahahahha senegttt !!!
ReplyDeleteneh la 20 facts about me paling best di abad ini .. !!!
"blanja kat cafe ttdi baru bukak kasu"
fara dilot : hahahahha u suka i kan? lekas mengakuuuuuuuuuuuuuuuuuu
ReplyDeletegreen apple : apa laghi????? buat la nowwwwww. ko lagi la nanti habes keluar cerita jadik mak andam zaman sekolah rendah.
ReplyDeleteJan@Afzan : tak tido malam la tu nak tunggu kiter smbg jadik 20. kan?
ReplyDeleteyatiyahya : bab leher kluk kluk i dah masukkan. yg jeling masa pakai baju saloma tu, kiter nak deny ada jeling awak. bak duit.
ReplyDeletedoll : pergi email kt nuffnang sekarang suruh dia amek su pulak. hahaha.
ReplyDeletemimy hamid : sudah l ko. smpi sekarang tadek buat jugak. pemalas la tu.
ReplyDeletemimy hamid : sudah l ko. smpi sekarang tadek buat jugak. pemalas la tu.
ReplyDeleteieda iedana : apa sangat la jerut getah kat perut dari terus half naked kan? hahahah. yg tu lagi legend.
ReplyDeletetak pakai seluar dalam kan pakai kain batik biasa la tu
Deleteeda : ko bila nak jmpa kaksu sebenarnya?
ReplyDelete