AHAHAHAHAH korang jangan ingat Legoland punya
cerita dah habes eh? Jawapan dia ada lagi. Pada yang tak suka baca… Hurm…. Kena
baca jugak! Kata sayang I kan? So jangan banyak komplen. Pang kang!
Macam yang I cerita dalam previous entry, kitorang
sempat pergi ke Water Park dalam 10 minutes lepas tu dah kena prrritttttttttttttttttttttt
sebab hujan. Faktor keselamatan katanya. Sian kat Shein, tak puas berendam. So
the next day (Isnin) lepas sarap, I bawak Shein mandi dekat hotel punya swimming
pool je. Seronok la Shein. Jalan dalam kolam pon taknak orang pegang dia.
Sesekali ada jugak dia tenggelam. I lantakkan ajer. Sapa suruh eksyen. Haha.
Kat sini tak ramai orang. Kesian je I tengok yang guard 2 orang tu. Pegang pelampung tinjau sana tinjau sini tapi tadek apapa pon. Dah la rentung sebab asyik main panas. Kolam dewasa pon kalau I berdiri tak tenggelam. This time datang kitorang tak bawak pelampung Shein sebab ingatkan hotel ada provide. Tapi takde rupanya. Last time masa pergi Equatorial Melaka bawak pelampung tapi hotel provide pulak. Nyampah.
Dalam 40 minute kitorang pon naik. Meroyan la
Shein. Mata dia tak lepas pandang kolam sampai la nak masuk lift. Oleh sebab
tu, nanti kalau ada landed house, I nak buat siminpul kat backyard so that
nanti bebila dia nak main air zaaapppppppppp terus pergi blakang rumah. Mandi
kolam. Cecece.
Nah. Korang tengok la gambar-gambar yang I sempat
snap masa dekat pool, masa breakfast and dalam lift. Enjoy!
Happy la Sheindong time ni. Budak kecik memang macam ni kan? Nampak pool je menggelupur.
Tengok la. Paras keting Sazli je air. Shein eksyen langsung taknak pegang. Nak jalan sendiri. Pastu dia pegang kat tepi kolam and apungkan badan. Terror Shein. Hope nanti Shein besar pandai la berenang macam Sazli. I pandai la apungkan diri. Berenang tak pandai. 3 kali kuak lepas tu tenggelam la. Yang timbul cuma vontot jer. Haha.
Lawa dia punya pool. Macam castle.
Nampak tak Abang Guard tu? Sian sangat I tengok dia. Dah la yang mandi ada 5 orang je. Lepas tu berdiri je tengok orang. Tapi tadek yang lemas pon kalau dia nak selamatkan. Sian la. I memang tak boleh tengok kalau orang-orang kerja tunggu je macam ni. Rasa macam sebak, Sedih.
Another view of pool.
Ni dekat entrance Waterpark yang kitorang tak sempat nak buat apapa tu. Amboi vontot kalah Jlo kata kau? Kah kah kah. Bapak tak pergi. Dia kata wasting my time. Baik Bapak pekena coffee. Kata Bapak, vacation bagi dia is stay at hotel and main golf. Tapi Shein punya pasal dia bagi kelonggaran. Hahah. Belagaaaakkkkkk. Maktok jugak sporting. Ajak pergi mana pon on jer. Dah la pakai baju kembang-kembang nak mandi kolam. Omel sangat.
Time brerakfast. Shein nak minum and makan sendiri. Dia kan dah besar la sangat? *rolling eyes
Coco crunch and buah lagi banyak dekat lantai dari masuk mulut. Kan Shein suka baling kebelakang macam baling makanan tu is a fun thing and tadek sapa marah? Grrrrr.
Kat luar restaurant tu ada Lego area. Dorang build a castle macam ni. Naseb sempat ambik gambar Shein sebab lepas tu ada anak Korea mana ntah robohkan sebab dia ingat dia Ultraman Taro. Padahal Ultraman tu dari Jepon.
Setiap kali masuk lift memang fun sebab ada lampu disko and lagu rancak macam 70's. I kalau naik dengan Shein apa lagi joget tak hengat. Tapi tu kalau kitorang berdua je la. Sanggup tunggu lift kosong supaya dapat joget puas-puas. Shein pon sama naik la pusing-pusing keliling sampai pening.
So tamatlah cerita Legoland. InsyaAllah kalau ada rezeki, bila Shein dah pandai nak kontrol kereta lego and pandai main sendiri, I nak bawak dia pergi lagi. Biar dia enjoy. Anything that makes U happy my baby-boy anak jantan Mama cowang ni. I'll do for U. Dengan syarat........ Sheinnnnnnnnnnnnnnn nak uwet!
-eNd-
5 comments:
yelaaa baca jugak la walaupun mata berdarah tengok 18juta kali entry legoland. sebab besday kaksu punya pasal, i redhaaaaa a a aaaa...
btw, kaksu tau tak dalam lift ada CCTV? sian guard yang jaga CCTV mesti terkejut tengok kaksu joget dalam tu. hehe
Sian pk guard tu kan..ngape x buat2 lmas je..hee heee
Ieda Iedana : Yerke? Alaaaaaa acane ni?????????? (kisah pulak kaksu?) hahahahha
jerangkong kuruh : itu la. lupa plak nak buat2 lemas. lain kali la. tp kalau yang guard hensem je la. yang mcm original people i taknak.
hamboi kak su.. smpi part 4 tu hehe.. best kann.. kannn..kannn...
Ok legging shein yang last tu funneh.dah cam gegirl.mihmihmih
FAD
Post a Comment