Wednesday, October 15, 2014

Legoland Part I

Assalamualaikum..

Ok, a few tips bagi sesapa yang plan nak pergi Legoland and stay dekat Legoland Hotel especially untuk orang luar Johor yang nak stay overnight sebab tak boleh pergi balik hari kan? Base my own experience. Nampak tak garang ayat dia macam mana? Hahaha. Stressed je sebab ramai yang tuntut janji bila nak up cerita pasal Legoland. Nyampah. So here we go!
  • Memula kena book hotel. Take note yang hotel dekat Legoland jenis family room. Dia ada 1 king size bed lepas tu ada katil double decker yang jenis ada pop out bed tu maknanya satu katil double decker boleh muat 3 orang nak tido. Ada 3 jenis bilik. Pirate, Adventure and Kingdom. Boleh pilih mana yang nkorang nak lepas tu ada 3 category. Pirate/Adventure/Kingdom theme room, Pirate/Adventure/Kingdom Theme Premium & Kingdom Theme Suites.
  • Apa beza ketiga-tiga jenis ni? Basically Theme Room and Theme Premium dari segi size sama je cuma premium ni dia lebih banyak hiasan dalam dia. Boleh cek dekat website Legoland and untuk Kingdom Theme Suite dia lebih luas sebab ada hall and dining area.
  • Harga? Ok. Kalau nak murah boleh ambik package macam room+ticket combo (waterpark & theme park) sebab dia akan jadik lebih murah dari harga yang any hotel/room booking sebab dia included ticket semua. Mana nak carik? Matta Fair. So lepas ni if ada Matta Fair kena la lekas beli sebab seriously very value for money. If teringin nak duduk Kingdom Theme Suite boleh book dekat hotel sendiri tapi kena book awal. Harga dia tak tetap. Kekadang serendah RM1,180, kekadang jadik up to RM5,000.
  • Kalau tak sempat nak pergi Matta Fair, boleh book bilik dekat Agoda.com or Expedia. Cuma dekat sini dia tadek la bilik Kingdom Theme Suite. Boleh dapat dengan harga lebih kurang RM670/night.
  • Avoid dari book dekat hotel or walk in sebab akan jadik superbly expensive. Depends on time (peak season macam cuti sekolah) and room availability. Usually bilik Theme or Theme Premium akan start dari RM1000++ and Kingdom Suite akan jadik RM1800++ (kalau book sebulan awal but depends on date visit) and Kingdom Theme Suite pernah jadik sampai RM5,000/night if walk in. Palotak dia la. So plan your visit to avoid extra duit kena keluar melainkan kaya dalam bank ada RM20 juta lain cerita.
  • Kalau book hotel, untuk combo ticket (theme park+water park) dia akan dapat for two days and akan jadik murah. So better ambik package tu or if taknak ambik combo (water park+theme park) for two days, beli ticket online 7 hari awal dari tarikh visit and dapat extra 20% off. Boleh cek jugak harga untuk annual pass (kalau nak pergi 18 kali setahun) also value for money or kalau merajin boleh kumpul kupon dekat mana-mana kotak makanan macam cornflakes and dapat 10% murah. Yang ni kena cek la mana company yang offer. Tapi macam kesian sangat eh kalau pergi beli tiket guna kupon. Omel. Yang ni Fiezul kata dia sanggup buat. Haha.
  • Jangan risau bab sarap sebab 1 bilik dapat 5 breakfast (depends on jenis bilik).

Ok. Setel bab hotel and tiket park. Now tips bila dah sampai dekat Legoland.
  • Semua kena take note yang mainan kanak-kanak ialah start dari 4 tahun. 3 tahun kebawah ialah free. Manala tak free sebab boleh main apa je pon. Depa stakat enjoy kat hotel je la main lego dekat Pirate Ship and Castle Lego tu. Macam dalam park mainan dia sesuai untuk 4tahun keatas macam nak main kereta control semua tu. Sebab Shein debab, dia fit je masuk dalam kereta tapi sebab kereta tu kena control sendiri so tak boleh la. Takat naik je. Nanti kalau dia naik lepas tu langgar tembok je or tak pandai kona dah bangun guling atas jalan, ko nak jawab?
  • If nak bawak stroller, bawak la yang selesa. Ada spans padded and umbrella. Macam stroller payung toy r us tu kesian kat baby sebab nanti panas.. So bawak la stroller yang besar, selesa supaya baby pon selesa. Bawak yang boleh recline so that dia boleh tido bebila also bawak la kipas klip tu. Tersangat la panas dekat Legoland. Like seriously panas. Why Malaysia so panas? **Flip hair
  • Pakai pakaian yang serap peluh. Takyah nak fancy berkasut tinggi baju lap lip berseluar yenki segala. Pakai t-shirt cotton and jeans. I suggest pakai sport shoes so that senang nak gerak and selesa. Nak naik roller coaster pon tak risau kasut tanggal. Untuk baby pulak pakaikan la sleeveless and short dari material cotton.
  • Pakai sunblock. Untuk jaga kulit dari sinaran uv. Panas kan? Direct terus ke kulit pon tak ok jugak.
  • Bawak backpack. So dalam tu boleh sumbat la menda-menda souvenir yang kiter beli or maybe towel kecik lap peluh or wet tissue and air mineral and sunglasses and kain sembahyang. Jangan bawak handbag sebab tak praktikal kecuali Prada. Eh. Kbye.
  • Pakai sunglasses sebab kalau tak pakai pening, jarak penglihatan dalam cuaca terik buat mata kiter sekecik-keciknya and pening. Pakai cap ayam punya pon takpe tak pening mata. Paham tak konsep pening mata macam mana sekarang ni?
  • Bawak payung kecik tu. Bila panas zaaaaappp bawak keluar payung sambil pandang orang sebelah pastu cakap 'kau ada?'. Nak pakai topi petani tu pon boleh. Time taknak guna boleh masukkan dalam bag. Best kan?
  • Bawak la air isotonic and mineral water sendiri dari luar sebab harga air dalam Legoland ni mahal. Isotonic sampai RM5.00 sebotol. Tapi kalau teringin nak makan or lapar ke apa tadek masalah, sebab kat dalam ni ada melambak restaurant. Sediakan aje ongkosnya. Surau, toilet, tempat baby semua pon ada. Bagus giler.
  • Ambik map dari tempat memula masuk so that kiter tau kat mana hot spot nak pergi, also boleh tengok restaurant and facilities lain. Sangat penting. Haritu masa memula masuk kami main redah je tetiba lost sebab rasa macam alahai, ni je ke Legoland? Padahal luassss nak mampos ok? Naseb baik Bapak sanggup patah balik dekat gate masuk and ambik map.
  • Pergi la time tak ramai orang. Take note Johor kerja hari Ahad so kalau taknak beratur panjang untuk main, avoid la pergi Jumaat/Sabtu. Time I pergi tu hari Ahad so satu game tu boleh main 8 kali. Nak taknak je. Hahaha. Tapi kalau muntah jagung cup jawab la sendiri.
  • Haritu I beli combo ticket so dalam masa sehari boleh masuk theme park+water park tapi sudahnya dekat water park tak puas sebab limited time yang tinggal. If stay 2 hari, sehari pergi water park, sehari theme park. Baru puas. Alang-alang kan? Baik main sampai muntah je. Dah la tiket mahal.
  • Kalau boleh start masuk pukul 11.00am so that kiter tak rushing. Theme park close at 7.00pm and water park close at 6.00pm but depends on weather. Kalau kat waterpark, if hujan or ada thunderstorm dia akan preeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet semua naik. Tak boleh masuk dalam kolam.
  • If masuk water park, masuk la awal pagi sebab air dia suci dan bersih lagi. Cek la hari apa dorang tukar air sebab time I pergi tu, Ahad petang dalam pukul 5.00pm air dah keladak kat bawah dia. Eeeeuwww. Entah ada orang kencing ke kan? I naik hotel terus mandi sebab gatal-gatal. Yang ni korang kena cek hotel hari apa theme park tukar air. Busuk-busuk pon, masuk la kolam time pagi. Kurang lagi orang kencing dalam tu. Haha.
  • If stay dekat hotel and rasa jemu nak makan sebeb sebelah hotel, berdepan dengan theme park ada satu shop lot yang ada variety of foods restaurant.

Apa lagi eh? Rasanya tu je la kot yang I boleh ingat untuk hari ni. Esok lusa kalau I ingat, I tambah ok? Nanti next entry I share gambar-gambar lain masa I dekat sana. So sekarang korang kena sayang I lebih sebab I karangan selebar-lebar alam macam ni. Nak Uweeeetttttttttt.


Buat muka Shein. Buat muka. Pang nak?


-eNd-

4 comments:

Za Za said...

hahahahahaha kak suuuuuu... jgn le sebut pasal kencing tuuuuu...
geli okkkkk... hahahaha

nnti jenguk tau, kite pon nk update gak pasal legoland weheeeeeee..

Unknown said...

Betul panas..ritu pegi budak dua ni siap sunburn sgle..hehe

eda said...

hahahaa muke sheinnn ketat jeeee ...

terrer kasu... buat pjg lagiiii entry okehhh !

Chooyaya! said...

Za Za : dah update ke belum? kaksu pon saiko tau kalau fikir bab kencing tu. mmg geli. patut setiap kolam kena buat yg air jadik biru pekat if ada yg kencing dalam kolam. urine detector ke menda ntah nama dia tu

suria tumirun : memang. tp ok la. boleh perasan mat saleh. konon nak tan kan kulit. hehe

eda : malas. kalau buat panjang eda nak belanja makan ke?