Assalamualaikum..
Entry ni ialah sambungan kepada previous entry yang
I bagitau I wrote an email to Dr. Hamid Arsyat. Khamis malam Jumaat tu I mana
la dapat tidur. Asal jaga je teringat arwah sebab like I said earlier, semua ni
macam I tak jangka. Macam baru je berwhatsApp dengan Kak Mas the other day tetiba
hari Khamis dia dah tadek. Macam mimpi.
Sazli pon tau I sedih. Dia pon tak banyak tanya
sangat. Ada masa dia duduk sebelah Shein and tanya I, ‘Bubu sedih ke?’ Pastu I
angguk. Dah. Sebab nanti kalau dia lagi tanya, lagi la lama I nanges. Manja
kan? Memang macam tu. Sementara Shein busy dengan Upin Ipin, I pon tetiba rasa
macam nak email Dr. Hamid Arsyat sendiri. I gamble. If dia reply or not I ok. I
tau dia mesti busy. Ada ke masa nak layan orang tengah sedih macam I? So I tak
put hope so that I takkan frust if dia ignore email I.
I tadek marah dia or emotional dalam email tu
(although I memang marah giler. I manusia biasa. Maafkan I). Banyak kali
sebelum I taip, I tarik hembus nafas. I cuma nak tau kenapa je. Apa yang buat
Kak Mas meninggal. Pembedahan tu tak berjaya ke? Sebab kalau cerita dari mulut
ke mulut ni kadang-kadang tak berapa nak clear jugak and I tak puas hati. So
ini email I pada Dr. Hamid Arsyat and email yang Dr. Hamid reply esok paginya.
Email I pada Dr. Hamid Arsyat
Jawapan dari Dr. Hamid Arsyat
Lepas I dapat email tu, I ada rasa lega. Rasa hati nak marah pada awalnya sejuk sikit. I kena ingat, Qada’ & Qadar Allah yang tentukan. Semua tu dah tertulis. Ajal maut kan ditangan Allah? And Dr. Hamid pon manusia biasa. Dia pon buat silap. Cuma, yang I tau pembedahan fibroid and cyst (bukan yeast ye De?) ialah pembedahan elektif. So almost impossible gagal. Kecuali kalau ada complication yang also jarang-jarang berlaku jugak.
Habes segala kenalan doktor I tanya pasal ni. And jawapan dorang pon sama. Why here and there, tak sepatutnya berlaku etc. Ada yang cakap dah ajal. I paling kepantangan jawapan kalau dah ajal. At least try la to convince sikit. Sebab kalau jawapan dah ajal baik pergi baring dekat landasan keretapi lepas tu biar kena langgar and mati sebab dah ajal. Kan? Takpon panjat pokok kelapa buat terjun tiruk. Kalau dah mati namanya ajal. Nak buat macam mana. E! Geram je.
Macam yang Dr. Hamid Arsyat jawab dalam email, Kak Maslina kena jangkitan kuman yang ganas yang menyebabkan septicemia atau keracunan. Bila buat pembedahan kedua untuk selamatkan dia, dia kena pulak cardiac arrest atau serangan jantung. Itu yang menyebabkan kematian dia. Macam yang Mak Arwah Kak Mas cakap, Kak Mas seolah-olah menyerah diri untuk mati. I pon taktau nak cakap apa but only a person yang try to conceive je yang ada perasaan berkobar-kobar untuk buat apa sahaja asalkan dapat anak.
Yes, I know as a society kiter kadang-kadang always put pressure pada wanita yang susah nak dapat anak. Suruh buat macam-macam sampai kan boleh mengancam nyawa macam ni. We never know kan? I sendiri dah rasa takot nak bersalin. How if second baby kena c-sect lagi? How if lepas bedah I kena jangkitan kuman lepas tu mati? Banyak sangat persoalan. Tiba-tiba I jadik penakot pada hospital dan doktor sebab ada a part of me macam dah tak percaya lagi pada perubatan modern.
I hope I akan ok and pulih semangat balik satu hari nanti. I know time will heal. Seberat mana pon pemergian Kak Mas, Suami dan keluarga dia rasa lebih lagi. I harap hubungan silaturrahim I dengan keluarga Kak Mas takkan terputus. Untuk mereka semua, takziah I ucapkan… Nak cakap suruh sabar dengan ujian ni pon I tak mampu.
Alfatihah….
-eNd-
Salam Kak Su..ble bce kisah arwah kak mas ni sy tringt pasl arwah ayh sy..arwah ayh sy oprate buln.puasa hr tu utk buang ktumbuhan pd pancreas..hr isnin oprate..opration tu brjaya..tp ayh djangkiti.kuman yg kuat dan ganas..bnyk.organ.gagal brfungsi dsbabkn kuman tu..hr khmis bt second opration..hr jumaat pg ayh sy meninggal..sy fham.prasaan kak su..rse nk.mrh..xdpt jwapan yg pasti even smpi skrg..tp tu la kn kt prlu redha..btw,takziah ye kak su...
ReplyDeletesue aku terharu effort ko...sangat...ko hati mulia sue...sedikit sebanyak info ni jd rujukan ...hugs ko sue..
ReplyDeletesangat sedey...... Al-Fatiha....
ReplyDeletesalam kak su...maaf kalau komen ni jd anon hehe...tp sy nak share sikit pasal kisah pembedahan yg menyebabkan kematian mengejut....bukan jd pada sy tp jdi pada pesakit di depan katil sy tahun lepas..
ReplyDeleteseorag makcik masuk wad atas sebab macam kawan kak su jugak.dan tak ada sapa yg jangka rupanya cyst tu bukan hanya cyst yg ada di satu tempat...even teknologi pun tak boleh nak detect,bila buat ujian apa semua tak ada gambar pun yg menunjukkan ketumbuhan tu teruk.jd doc buat jugak pembedahan.dan doc sgt terkejut sbb cyst tu dh mcm buah anggur melekat2 kat usus dan berbiji2...berangkai2...sy dgr doc tu cerita sy sebak..sbb doc tu pun xtaw...
apa yg sy nak cuba sampaikan,dlm pembedahan risiko maut adalah sangat tinggi sebab di luarnya kita tak nampak tp dalaman mungkin dah teruk tp kuasa Allah nak menutup segala teknologi dr dapat kesan....disebalik kita nak mencari kepastian dan jawapan ,kita kena tahu satu perkara, ada sebab kenapa Allah jd kan sebegitu...sebab itu ajal itu sifatnya RAHSIA....Allah nak melihat samada kita seorg yg boleh menerima atau tidak.... bukan bermaksud kak su tak boleh jawapan,boleh kak su...tp setakat kemampuan akal manusia sahaja. di luar batas kemampuan kita,biarlah Allah yg menyimpannya. ok kak su,sy doakan kak su dapat menerimanya dgn tabah .al fatihah utk arwah
the bittersweet journey of mira : kaksu redha. now dalam in-denial stage. kaksu pasti, time will heal. sedekahkan alfatihah untuk arwah yer?
ReplyDeleteMimy Hamid : Amin... TQ Mimy. Aku plak terharu ko cakap macam tu
Lis Malisa : Al-fatihah
Acikpurple : Tu la. kenapa jadik anon? dah tak boleh nak berkenalan. tq for sharing you story. kaksu faham. tapi now macam in-denial stage lagi. If question memang takkan habes padahal Allah dah janji semua tu. Semua tu dah tertulis ajal dia macam tu. Time will heal. InsyaAllah.
Salam
ReplyDeleteSaya cuma nak kongsi my own story. Sy prnh jalani pembedahan yg pd mulanya dijadualkan utk buang cyst (sbb dr ct scan, nmpk mcm cyst, mcm tu juga lps buat ultrasound), size cyst lebih kurang 5 cm, tp, bila doc buat operation, yg disangkanya cyst, adalah nanah, yg dtg dr appendic yg bocor. Tp, alhamdulillah, pembedahan tersebuat berjaya dan kuman dr nanah tersebut belum msk ke salur darah. Kalau tak, mgkn dah kena jangkitan kuman yg teruk. Wallahualam
sedih baca ni.......and sensitif bila tau yg arwah tgh usaha dapatkan baby..i ada ramai orang yang rapat dengan i yg tgh usaha and struggle to conceive..i doakan semoga usaha mereka semua dipermudahkan...
ReplyDeleteKak su. Allah sygkan arwah lebih drpd kak su sygkan arwah, sebab tu Allah ambil arwah balik.
ReplyDeletekak su , be grateful. Org yg kak su syg banyak2, tp Allah syg dia lg byk dr kak su syg dia. Beruntungla arwah.
Allah's love letter is the best balm :)
baca kisah arwah kwn su ni teringat pasal arwah sepupu saya...20thn tunggu nak dpt ank,bila dah peknen seronok bukan kepalang dia...sehari lps bersalin dia koma sbb jangkitan kuman kat otak,sayangnya blm sempat nak main dgn ank yg dia nanti2kan selama ni...setahun lps koma dia meninggal.
ReplyDeletesaya pun 4thn lps pernah terkena jangkitan kuman gak lps bersalin czer,mujur masih panjang umur...al-fatihah utk arwah
sedih nya baca..takziah to her family..
ReplyDeletebtol ajal maut ditangan tuhan tp yela btol jugak kdg akal kita tak leh terima bila keadaan jadi mcm ni... im TTCians before, agreed being a TTCians saya pun sanggup lakukan apa saja asalkan dapat baby...saya sendiri hampir2 czer dengan prof hamid arshat utk dapatkan baby tp Allah maha berkuasa tentukan segala n finally perubatan traditional help me to conceive.. Alhamdullilah...