Pages

Monday, November 3, 2014

Pre-Love Quinny Senzz and Allerhand Diapers Bag To Let Go

Assalamualaikum.

Ok. Malas nak cakap banyak. Ni ha I nak bagitau Sarah ada nak letgo dua barang dia. 1) Stroller Quinny Senzz, 2) Allerhand Diapers/Baby Bag. Kejap lagi I cerita description dia ok? Kepada Sarah, U owe me masakan sedap-sedap. Aku nak kambeng golek, ayam, lembu, kerbau, kuda segala mala jenis haiwan yang boleh dimakan + sushi. Semua yang nko masak. Cakap banyak tadek. Dah la bagi gambar je lepas tu description pepandai la aku nak cerita macam mana. Kau kijam! Nak uweeeeeett!!

Stroller Quinny Senzz

Stroller ni Sarah beli tahun 2012. Motip nak letgo? Tadek motip kata dia. Saje nak mengisi masa lapang. Condition? Tip top. Boleh request nak mintak gambar lain dekat Sarah. Tadek cacat cela yang ketara. Harga? RM700 siap boleh nego lagi. Harga asal ialah RM1500+-depends on kata mana beli. Kalau beli kat oversea murah skek la. Tapi kalau semata-mata pergi oversea sebab nak beli stroller murah pon bijak sangat namanya.

Kelebihan stroller? Quinny maaaaaaaaa. Apapa barangan Quinny kiter tau dia ada dia punya own class. Quinny Senzz ni jenis lipat macam roti kata Sarah. Sesuka suki je dia nak explen dekat I macam tu. Haha. Korang boleh tengok gambar macam mana cara dia nak fold. Quinny Senzz ni agak rare la. Susah nak jumpa orang pakai. So kalau kiter guna mungkin ada macam belagak skek la, kan? Sebab dah kata dia rare? Ko ada stroller Quinny lipat roti? Takde kan? Haaaa.

Dia punya body boleh masuk Maxicosi dengan Pebble. Maknanya boleh jadik travelling set la. So boleh guna dari baby lahir sampai baby jadik besar gajah dengan tampungan berat sehingga 18kg. Lagi? Design dia unik and easy to handle. Zup zap zup zap je dah boleh lipat masuk dalam bonet. Kalau merajin boleh tengok dalam Youtube. Lepas tu dia tak la berat and bulky macam Shein punya Moodde. Berat dia ialah 10kg+- so kalau kiter body builder boleh angkat dengan sebelah tangan and yang paling penting sebab dia boleh fold yer tuan puan sekalian.

Tak payah gigih nak assemble ke apa. Jadiknya kalau nak keluar berdua je dengan anak kononnya macam Mommy and Daughter/Son day pon tadek hal. Bukak bonet, bawak keluar stroller sambil goyang tetep lepas tu zaaaappppp letak anak dalam tu. Takpayah nak ketiak becak sebab stroller bagak macam Modde I.

Tu la. Orang busuk hati macam tu la. Nak stroller yang paling mahal, yang paling up to date ajer. Sekarang menyesal padan muke hengkau. Hahaha. So kepada emak-emak yang baru berjinak-jinak dengan stroller, caya la cakap I. beli la yang jenis fold and tak makan ruang macam ni. Serious.



Quinny Senzz dari depan



Yang ni kalau dah fold and pandangan belakang and sisi. Lipat roti eh? Jangan lupa tu.

Allerhand Diapers/Baby Bag

This one is diapers bag from Allerhand. Beg ni beli from German kata Sarah. Belagak je dia bagitau I. Haha. Class sangaaattttttttttt.  Dalam dia ada cooler bottle so dia boleh keep air sejuk/panas lama. Sesuai la buat as thermos untuk jalan-jalan bawak anak pergi zoo. (Motip zoo?) Selain dari letak botol yang kedap udara tu also ada banyak compartment so boleh la letak menda lain dalam dia macam suit syiling ke, pad ke, wet tissue ke, kan? Pastuuuu sebab design dia lawa dia jugak boleh menjadik diapers bag yang bergaya serta boleh letak breast pump bawak pergi office sambil jalan melenggang sebab beg sangat lawa kaler pulak merah ang-ang.

Dalam beg ni also ada macam tempat alas baby if nak salin diapers dia dekat mana-mana. Buat alas supaya tak kotor. Boleh letak baju jugak and makanan baby. Pendek kata ini ialah on the go stylish baby bag gitu. Tapi yang version ada class sebab dia jenis Allerhand. Boleh tak I describe dia macam ni? Hahaha. Harga bag ni ialah RM450 but Sarah nak letgo dengan  harga RM250 je ponnnn. Murah Mak Enon! Boleh nego lagi.


Allerhand Diapers Bag
Compartment inside the bag

So kepada sesiapa yang berminat dengan barang-barang diatas boleh call/whatsapp Sarah dekat 019-9324078. OK? Kalau nak dapat discount bagitau korang reader Chooyaya. Nanti kalau dia baik hati, dia bagi la harga kasih sayang. Jangan lupa mintak discount. Dia ongkaya. Tadek hal nak bagi harga murah-murah. Tujuan letgo pon sebab saja suka-suka. Ko ada? Haha.

-eNd-

No comments:

Post a Comment