Tuesday, November 11, 2014

SENTAP

Assalamualaikum.

Pagi ni I ada dapat message dari FB Messenger. Kata dia mintak buat review. Dalam hati I, ni mesti suruh review makan ni. Memang carik pasal la sebab tetengah lapar ni suruh review makan. Sekaaaaaaali rupanya dia mintak review pasal perangai orang yang suka sentap. Hahaha. Yang kaki sentap ni pulak satu geng pulak tu. Biasa satu geng kalau kiter bahan boleh la lebih kurang kan? Lepas tu dia jenis yang suka meleser orang. Orang lain tak boleh sentap dengan dia kalau kena laser, tapi dia takper. Lepas tu kawan-kawan lain always kena jaga hati dia kalau bercakap. Sebab takot dia terasa.

Jap.

Lain macam naw bunyiknya meses ni. Ni ada bebudak ni (Intan, Ira, Dyba, Sarah) citer perangai I dekat dia ke apa ni? Hahahaha. Ok. Sambung. Yang paling best, budak kaki sentap ni suka menjadikkan FB sebagai medium dia untuk meluahkan perasaan tak puas hati. Pheeewwwww bukan I la maksudnya sebab I tak suka luah perasaan dekat FB. Ok ok.

Ok sambung. Dah tu kalau ditanya ada apa ke yang tak puas hati, dia senyap taknak jawab.  And yang paling penting kata si penulis meses ni, dia peminat I. Perrrghh. Statement last sekali memang mengundang I perasan artis. Saje je. Kalau betul peminat, kena la kirim sambal airmata dekat office. Kan? Haaaaa.

Ok. So now nak kena review pasal sikap orang suka sentap. Berdebar plak nak komen. First time ni review perangai orang. Biasa kiter review pasal makanan and produk je. Yang tu lain kategori. Nebes plak ai. Hahahaha. Panggg nak???

I pernah sebenarnya berkawan dengan orang yang suka meleser kalau bercakap, tapi kalau dia kena, dia sentap. Lepas tu bila nak bercakap dengan dia always kiter kena jaga hati dia sebab takot tersilap cakap, so sentiasa dalam keadaan fake. Tak natural. So jadik tak syiok. Nak tau apa yang I buat? I tinggalkan jer orang yang macam ni. Memula nasihat. Bagitau elok-elok apa yang kiter rasa tak betul dengan dia (ni hanya boleh buat kalau kategori kawan rapat SAHAJA ok? If bukan kawan rapat, terus tinggalkan je. Takpayah mulakan topic or elak dari bercakap terus kalau jumpa. Setakat hi and bye. Cukup), if dia boleh terima, usually dia akan tolerate and berubah. Perubahan ni mengambil masa. Ok? Jangan expect orang untuk berubah secara drastic. So bagi masa.

Kalau lepas tu dia tak berubah jugak nak buat macam mana? 1) Jauhkan diri. Takyah terlalu close. Cakap yang perlu jer. Biar dia tau yang sebab dia punya sikap, orang lain jadik fake. So always jadik awkward bila berborak or kawan sama-sama. Tengok macam mana sikap dia dalam tempoh kiter menjauhkan diri ni. Kalau dia berubah so kiter bagi dia peluang kedua.

2) kalau by menjauhkan diri pon dia tak berubah. So this is the time untuk kiter tinggalkan dia terus. Maksud I, bukan la memutuskan silaturrahim, but cuba ubah atmosphere berkawan. Kalau rasa by meninggalkan parasite macam ni tak bagi kiter apapa effect (maksudnya kiter tetap bahagia dengan kawan-kawan yang lain) so it’s time for us untuk tinggalkan je orang yang macam ni. Macam mana cara nak buat? Itu kena pandai-pandai fikir sendiri. Amboi. Semua nak kena ajar. Memang nak kena ni. Hahahha.


Sebab usually orang yang macam ni suka create drama. And drama pulak bagi kiter wanita-wanita berhati kertas dan mudah terkoyak akan menganggu emosi. Kalau emosi tak stabil, jiwa kacau lepas tu memberi kesan kepada kiter. Kat office or kat rumah. So buat apa kan? Baik hidup gembira jer. Drama ni tak perlu dalam hidup. Menyesakkan otak ajer. Why nak makes thing more complicated? Baik happy-happy jer, kan?

I paling la tak berkenan kalau terbaca status FB orang yang sama, yang suka sentap, lepas tu luah perasaan dekat FB. Luah perasaan ni banyak kategori. Yang jenis hari hari mengadu tak puas hati over everything, apa yang awak kena buat ialah click je unfollow button or hide feed forever. So, lepas ni dah takpayah baca. Kalau dia nak sentap, suruh dia sentap sorang-sorang. Usually orang yang suka sentap ni, kalau kiter buat tak kisah, lama-lama dia akan ok sendiri. Tak payah dipujuk tak payah dilayan. Biarkan ajer.

Orang macam ni kalau kiter nasihat nasihat nasihat dia tak makan and tak boleh berubah, so baik kiter pulak yang cuba ubah keadaan. Get rid these kind of people dalam our life. Melainkan kalau beliau seorang yang baik serba serbi except perangai sentap ni, and kiter tak happy kalau dia ada so itu lain cerita. Kalau yang tadek benefit macam ni? TINGGALKAN AJER. Percayalah cakap I, once U dah tinggalkan dia, hidup akan rasa so much better sebab less sakit hati, less complaint, less drama.

After sometimes, kalau dia ialah kawan yang baik. Dia akan berubah dan dia akan dapatkan kiter semula.. Yang tu lebih manis. Lagipon ada pepatah Mat Saleh berkata, ‘False friend are like our shadows, keeping close to us while we walk in the sunshine’s, but leaving us when we cross into the darkness.’ Gitu. Satu lagi nak tengok false friend senang je, they will contact us when they need something. Our money or our time. (Nak jual product or paksa suruh masuk MLM) Kalau tak, tadek kesah pon.

Sebab tu biar ada kawan yang sikit asalkan berkualiti dari ramai kawan tapi semua hampagas. Ok? Ni membantu ke tak ni menjawab persoalan saudari ni? Kalau tak membantu memang agak frust la. Panjang jugak ni. So apa lagi? Nak uweeeeeet!!!

-eNd-


SENTAP




No comments: