Pages

Thursday, November 13, 2014

Shein, Baby Nouman and Pregnancy

Assalamualaikum…

Semalam 12/11/2014 genap umur Shein 23 bulan. Happy 23 months old sayang! Malam tadi Shein teman I sidai kain. Dia bawak iPad dia sambil tunggu tepi tempat sidai kain. I cakap kat dia, ‘Duduk je dekat situ, jangan tolong Mama ok?’ Sebab Shein kalau I sidai kain memang menolong sangat-sangat. Orang nak ambik hanger, dia sebok nak ambik jugak. I sidai, dia tarik bagi I balik. Memang sweet sangat Shein.  *rolling eyes

Bagus jugak Shein teman I sidai kain kat balcony sebab I takot. Walaupon Sazli jarak dengan I 2 langkah je tapi tetap jugak nak takot tak tentu pasal. Sazli la 2 3 hari ni suka pasang cerita hantu dekat HBO. Hantu Mat Saleh, paham la. Jenis cekik-cekik orang. Poyo je. Nyampah. Lempang baru tau.

Shein memang huru-hara. I nak ambik kain kat dapur dia ikut. Lepas tu dia ambik bakul kain tu masukkan dalam kepala dia. Lepas tu jalan main jalan jer. Habes langgar dinding. Pastu gelak. Lawak la Shein ni. Sekarang dia suka tau tengok Ultraman Mevius? Nanti hiaayarrkkk hiyaaaarkkkk ajak berlawan. Yang rajin nak melayan tak lain tak bukan sapa lagi kalau Sazli.

Kekadang sian jugak I tengok Sazli. Balik kerja usually Sazli akan amek Shein kat umah Baba and Maktok. Nanti dia akan mandikan Shein. Pastu kalau I ada, I la siapkan dia. Sampai kat rumah kitorang, Sazli sapkok sebatang lepas tu dah nak mandi sebab mahgrib masuk awal now. Time bertowel tu la si Shein nak ajak Sazli lawan. Penat-penat pon dia layan jugak. Kekadang sampai 15 minutes Sazli main lawan-lawan. Yang kelakarnya Shein kalau dia kalah dia nanges, dia menang and Sazli ‘mati’ pon dia nanges. Kot kekadang kalau dah lambat sangat, Sazli dah taknak lawan dia, dia merajuk. I la pulak kena jadik resaksa gorgon.

Dengan Shein, main lawan-lawan 2 jam pon takpe dia. Kekadang sampai sejuk badan dia berpeluh. Bila nak tido, Shein suka tau landing kaki dia dekat badan I. Sebelah kaki. Duluuuuuuuuu waktu dia tak suka carik pasal nanti I tolak slow-slow je kaki dia, pastu I cakap ‘Shein, kaki Shein Mama letak kat bawah eh? Berat la sayang’. Tu dulu. Sekarang ni.. Hahahha. ‘Tepi la kaki!’ Sambil I tolak kaki dia. Hahahha. Nak tau Shein balas apa? Tangan kiri pegang iPad kan? Tangan kanan yang dia suck his thumb tu dia libas je kat I. Kecepek kena dekat muka. M E L A W A N Ok????

Hahahha. Pastu I mesti gomol dia sampai dia mengekek-ngekek ketawa. Macam tu la I dengan Shein sekarang. Gurau macam kawan. Borak pon macam kawan. Ada masa I treat dia macam kawan so that biar dia enjoy nak main-main dengan I. Ada masa bila I tengah serious and Shein buat salah, I tegas sebagai seorang emak. Cecece. I masih belajar untuk menjadik Ibu yang baik. I selalu tanya Kaklong, ‘Kak, lepas ni Shein buat apa lagi eh Kak? Sebab dia sekarang dah buat nanges sedu-sedu. Pura-pura lepas tu dia yada yada yada’. Kata Kaklong, nanti ada macam-macam lagi dia buat. Seronok!

Imagine eh macam mana nanti kalau Allah bagi rezeki, I nak kena sayang adik Shein pulak. Hope Shein ok and jangan nak jeles-jeles tak tentu pasal. Tengok perangai sekarang memang takde der dia suka ada adik. Penjeles. Haritu I visit Nouman anak Huda kan? Dia dah start dah nanges jerit kuat-kuat. I takper lagi, Sazli tu memang langsung la tak boleh nak pegang baby lain. Shein lagi jeles dengan Sazli dari I. Takpe la. Geng la dengan Abah tu. Esok Mama ada kawan babygirl, Shein takpayah manja-manja lagi dengan Mama.


Abang, zip seluar terbukak tu. Kang nampak burung terbang kang.



Best je bau Baby Nouman. Dah la comel. Sebijik muka Abang Taufik. Kata Huda pepenat dia mengandung sekali tak ikut muka dia. Hahaha. Congrats Huda baby! Nak sangat dia baby boy. rezeki Allah bagi pada dia. Sebab dia baik, suka tolong orang tak putus-putus rezeki dia dapat. Lebiu Huda!

I tadi baca balik journey I masa pregnant dekat sini. Tetiba teringat fasa-fasa mabok. Perrrghh. Nak kena face lagi sekali. Hope kalau Allah bagi rezeki untuk pregnant lagi, jangan la mabok yang teruk macam mabok masa I mengandungkan Shein. Tak sanggup dah rasanya. Tapi ada masa, rasa macam alahai tak sabarnya nak mengandung, pergi check up and cium baby yang baru lahir sebab dorang bau wangiiiiiiiiiiiii sangat.


Masa ni 6 months dah kot I pregnant. 1 thing I realized time pregnant ialah rambut memang lawa. Tak payah pergi salon blow pon molek je nampak.

Tapi bila memikirkan Shein punya perangai sekarang, nak tambah lagi sorang. Lepas tu boy lagi ke. Haaaaaa pengsan nak membesarkan. Hahahhaha. I salute emak-emak yang ada 2 3 4 orang anak lepas tu handle sendiri tadek maid. Perrrrrgggghhh. Hebat giler! I plan nak ada 3 anak. Kalau sempat nak ada 4 anak. Tapi sekarang dah 33 tahun. Agak-agak by 40 sempat ke nak mengandung lagi 3? Perrghhhh. Eh. Malam ni malam Jumaat kan? Kbye.

-eNd-

13 comments:

  1. kita doakan shein cepat dapat adik hokeyyy

    kita plak teringin nak rasa fasa mabuk2 sbb mengandung 3 kali, tiga2 kali juga smooth n easy..

    ReplyDelete
  2. 33 - 40
    34 - 1 orang
    36 - 1 orang
    39 - 1 orang

    sempaaaattttttt..... ha..ha..

    set.... goooooo

    ReplyDelete
  3. Sue,satu tips
    Insha allah rezki shein dapat Adik, Bila pregnant nanti selalu zikirkan Kat telinga shein cakap shein sayang Adik Sambil tunjuk perut.. Tp pada masa sama cakap Kat adik dalam perut, Adik sayang abang shein..setiap masa yg terluang. If cakap Kat Salah seorang je, nanti Salah seorang je yang sayang Kat orang tu.. Ni petua tuk lebih sayang menyayang la..

    And kedua, Sebelum beranak, beli satu hadiah tuk shein, simpan dulu Jgn tunjuk dia..Bila dah beranak, balik Dari hospital, Atau if shein Tgh heran2 Kat spital tu, kasik hadiah yg dah beli awal2 and cakap Kat shein, ni Adik bagi hadiah Kat abang.. This is psikologi act.. So shein Akan rasa Wahh adik kuar2 dah sayang abang Kasi hadiah cenggitu.. Yang penting mak shein yang kena bertabah kay.. Kemungkinan dekat nak beranak yang shein Akan super merajuk tu Ada. Like my son, 2 minggu merajuk taknak cakap dgn I sbb kebetulan I warded 2 minggu dr sbelum and sampai lepas beranak.. Jumpa I Kat spital pun tak pandang.. Sedih tau.
    Tapi Bila dah dpt kuar spital balik umah bawa baby and hadiah, Baru la dia kerling2 I skit..

    ReplyDelete
  4. Sepupu I guna trick bagi hadiah tu. Bila her 2nd baby was born, dia pun bg la hadiah kat si abg saying that adik kasi. Si abg ni dgn kerut2 dahi tanya, 'Adik kan baru keluar? Bila dia pegi mall?' ;-)

    ReplyDelete
  5. k.su mengikut pengalaman saya... 2 boys 1 girl... peknen baby girl lagiiiiiiii dasyat!!! walaupun dulu sy peknen baby boys mabuk teruk smpi LR still belahak... upenyer ada lagi teruk. ..... huwaaaaaa. Good Luck ka.su... heee

    ReplyDelete
  6. saya pregnant anak ke 2 masa anak sulung umor 2thn lbh..masa bsalin kan si adik..si abg mmg jauhkan diri dr saya,adik dia..dia mcm merajuk..sedih sgt masa tu anak xnak dtg dkt lansung ngn bonda..masa tu ade org bg petua kt saya beli kan mainan utk si abg bg tau yg adik bg hadiah..adik syg kn abg..pastu baru la abg ni dtg dkt2 tgk adik dia..cium skit2..k.su tau si abg amik masa brapa lama nk terima adik dia????2 bulan ok...jenuh pujuk..skrg ni alhamdulillah..wlupun umh riuh ngn perang 2 beradik ni...si abg sgt2 sygkan adik..sape pun x blh mrh adik dia melainkan dia ja..hehehehehe...sape nk amik adik dia siap la kena fire ultraman..silat bagai...hehehhehe

    ReplyDelete
  7. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  8. Ingat tadi dah sama besday ngan kakak dah shein.eh auntie ehehheehhe.
    FAD

    ReplyDelete
  9. jommmmmmmmm su pregnant sesama....aku kepingin ni baby girl...fayel tak layan aku dah ajak soping..baik dia main lawan lawan ultraman..haah sama la peel ngan shien tu ..mmg sama...elok la berlawan dua org tu..sapa raksasa sapa ultraman

    ReplyDelete
  10. AS Salam Sue.
    Kami ms anak 1st Alhamdulillah tak abuk apa pun, mak kami kata sbb pompuan. Kali ni anak laki. mabok teruk cam hampa tu, smp warded. Mmg betoi la kata mak kami.
    Ada jg yang habaq, mabok ni elok, cos nak detox. Selalu sgt makan kat kedai, artificial flavor semua. Ntah fakta atau auta...

    ReplyDelete
  11. shein jeles dgn anak org jer. sok ada adik sendiri sape pegang adik dia, mmg shein backhand hahahahaaa...

    insyaAllah sue next xde dah mabok2.. ktini alhamdulillah ok. mengenang pregnant aiman sampai 5bulan x mkn nasi or apa2 pastu muntah tiap 10menet(apa yg kluar ntah, dhlaa x mkn tp ttp muntah)mmg rasa xmo pregnant lagi hahahaaa...

    gogogogogoo sue!! nnti sue pun jadi terrer bila ada anak 3-4 baibai tanjung rambutan hahahhahaa

    ReplyDelete
  12. Hi sis,

    I pun plan nak 4,konon konon 2 pasang lah. anak 1st I baru 1 tahun 4 bulan and next week insya Allah dia dapat adik gegirl. Btw,anak 1st I boy, lasak and ganas. Bila mood baik, suh sayang adik dia selak baju I usap perut. suh cium dia cium pastu tutup baju balik. Tapi time tengah hyper tu dia hentak je perut I. senak T_T

    anak 1st I tu baran , banyak kali gusi nenek dia berdarah kena tumbuk -,- I harap sangat dia pandai sayang adik and jangan dia hempuk adik dia sudah . huwaa

    tapi yg 2nd ni czer. kena jarak lah kan. taktahulah sempat berapa ;p selagi Allah nak bagi I terima je lah.

    ReplyDelete
  13. Mummy Ayu : Yerker? bestnyaaaaa. kiter plak saspen. kata la ada rezeki, 2nd pregnancy mcm mana la mabuk dia eh?

    Felis Domestica : ha mampos. hahaha. dapat twins lagi senang cerita. sekali harung je.

    aisha : tenkiu for your tips. boleh la consider buat macam tu. hehe. hope shein pon syg la kat adik dia yang belum wujud ni nanti. nak sgt anak pempuan. nak bg pakai cantik2.

    Haniza Abd Halim : Yang tu bijak sangat. hahaha. mampos nak menjawab.

    Lis Malisa : yer ker? alaaaa. hahaha. takper la. kaksu tawakkal. janji masa pregnant dah sedia ada bibik. umah dah ada 5 bilik, menda lain tadek hal. nak driver skali kalau boleh. melampau kan?

    A.L.I.N.A : Yerker? ala. sedihnya mcm tu. sedang kaksu kalau shein lebihkan abah dia pon kaksu dah jeles.ni plak kalau dia taknak langsung.

    FadlinaMokhtar : Eeee engada nak kakak kaka. Haha

    Mimy Hamid : Jom la Mimy. meh la pindah Ampang. Senang bg Fayel lawan ultraman dengan Shein

    Haris Zuhaida : every person beza eh? Ada yang teruk mengandung lelaki, ada yang teruk mengandung pempuan.

    tINI Aziz : hahahaha. tempah bilik awal2 la kat tanjung rambutan kalau mcm tu kak tini

    Mommy Cici : Alalala bestnya. nanti jadik kawan rapat la dua beradik tu. seronok beranak rapat ni kalau anak2 dah besar. kan?

    ReplyDelete