Assalamualaikum.
Salam Jumaat semua. Hari Jumaat biasa lunch lama.
So sapa yang ada kat area KLCC and Mid Valley boleh la try lunch dekat YUZU. Ni
bukan review restaurant eh? Ni saje I nak carik pasal share gambar makanan
pepagi macam ni. Korang pun kalau tengok blog I pon sebab nak tengok makanan je
kan? Ngaku je la. Haha.
YUZU KLCC dekat Level 4. Ini ialah restoran
Halal. So semua orang boleh makan dekat sini dengan gembira dan tanpa was-was.
Kalau korang nak tengok menu dia boleh click dekat sini. Boleh study dulu
sebelum pergi sambil kira bajet. Hahaha. Kata tengah bulan kan? Zaaaapppp terus
bawak calculator pastu kira sekali dengan service charge dengan gov tax. Kalo
bajet RM50.00 lepas tu nak makan Sashimi Moriawase memang carik pasal.
I makan kat YUZU ni sebab teringin nak makan Temaki.
Kat sini memang sedap. 3 roll pon I boleh je makan sorang. Tadek hal. Dekat
tempat lain tak sedap macam dekat sini. Padahal menda yang sama jer. Maybe
sebab kat sini dia fresh kot? Entah.
Yang ni Salmon Avocado Temaki. 3 kali gigit setel. RM10.00 jer.
Yang ni pulak Tori Avocado Grill. Crispy chicken thigh meat top with saute prawn and avocado in olive oil. Harga RM33.00, boleh makan dengan nasik. Tak nampak pulak udang dia. Padahal gemok-gemok. Dia menyorok bawah ayam.
I sebetulnya kurang suka nori (yang hijau balut sushi tu) except kalau dia buat temaki jer. So I order Ebi Ten And Salmon Nama Harumaki ni. Dia guna rice paper instead of use nori sheet. Yang ni ialah Salmon and prawn tempura wrap in rice paper with teriyaki and spicy mayo sauce. RM22.00 harga dia. Sedaaaaaapppp!!
Makan macam ni sekali dengan green tea lebih kurang dalam RM80++ so within budget la. Kesian sangat nak makan pon kena bawak keluar calculator. Hahaha. I tak pernah kira berapa I spend untuk makan everyday sebab rasa macam itu ialah self reward. Kerja penat-penat untuk makan apa yang kiter rasa nak makan. Mengikut kemampuan la.
I rather makan dari shopping barang I. I spend more on makan. Yang ni I sama dengan Nadia. Dia pernah cakap, dia sendiri kadang-kadang rasa gaji dia habes more to makan dari beli baju, handbag segala. I tanya dia. 'You regret?' Dia cakap. 'Hell NO!' terus papppppp!!! Give me 5! Haha.
-eNd-
sama mcm n husband.makanya kami membesar dgn jayanya...food us awesome
ReplyDeletekak su, update post pasal makanan sebelum pukul 1pm memang carik pasal namanya.. dahla tengah lapaaaaaa...
ReplyDeletebtw, sebelum ni i silent reader je. hewhew.. suka sangat baca blog kak su.. :)
Ok lepas ni bila makan mahal , i can always remember this ' reward lepas penat kerja'. Hehe.
ReplyDeleteFAD
Honey bedazzled : ok. give me five! ada geng! hehe
ReplyDeleteshanom m.q. : kalau silent reader jer maknanya kena bagi uweet. nak uweeeeet
FadlinaMokhtar : Ha a. kena tanam dalam otak. makan sebab reward. hahaha. bru ada geng gemok
yes...sy pun lebih suka abis duit dekat makan daribeli brg lain..ada juga geng yer..SalinaHafis
ReplyDeletenakkk try la sue...yuzu yuzu....hahaha seru ni
ReplyDeleteSalina Hafis : give me five. pap!
ReplyDeleteMimy hamid : ko kena try secepat mungkin mimy. lepas tu dah taknak sushi king. haha. matila...