Pages

Tuesday, December 16, 2014

Birthday Party Shein. Thank you Event4U for the superb deco!

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum...

Alhamdulillah Birthday Party Shein yang Ke-2 yang I plan nak buat malam 12/12 tu berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semuaaaaaaaaaaa yang terlibat. Cecece. Cerita terima kasih kepada semua yang terlibat macamkan birthday besar-besaran PADAHAL 5 orang jer poooon.. Hehe. I punya motto birthday Shein tahun ni ialah '5 orang tak bermakna tak meriah' dengan tema 'Kuning Selagi Boleh'. Gittewwwwww. 

Pening kepala I tengok gambar sebab penuh kaler kuning. Kuning memang kaler kegemaran I sangat! *mata keatas tangan kebahu. Kalau tak kerana Shein peminat Minion Despicable Me takder der aku nak pakai kaler kuning ang-ang macam ni. Baju kuning tu pon last minute pakai. Sebab memula janji dengan Mak nak pakai kaler biru sebab girls biru, boys kuning. (Kaler tu I yang tetapkan). I dah legaaaa dah tak payah pakai kuning tetiba masa nak pergi tu Sazli cakap, 'Bubu, Mak kata dia ada baju kuning'. 

Dah tu acane ni? Kena pakai kaler kuning jugak ke? Matila.

Banyak la sangat I baju kuning kan? Yang ada tu dress pwincess. Bila pakai rasa macam overshadow Shein pulak. Taknak la nampak macam beria sangat. (Padahal dah macam maskot Digi pon ada. Haha) So I pakai la baju pregnant I yang I pernah pakai time Jamuan Raya dulu. Pastu pakai belt. Aik? Lawa pulak.. Baju last minute memang biasanya ok je. Tapi pempuan biasa la. Gelabah lebih.

Untuk decoration birthday Shein, I mintak kawan sekolah Sazli yang sekarang tetiba lebih baik dengan I. Si Lien owner Event4U buatkan. I paksa dia buat jugak-jugak. Tak kira! Walaupon untuk 5 orang je. Yerlaaaaa. Dia sekarang amek job nak Siti Nurhaliza, Fouziah Gous, Zizan Razak dengan Nad Zainal jer. I ni sapa la pulak kan? Tapi kesah pulak aku? Haha.

I tak tanya Lien berapa cost nak decorate dengan juta-juta belon sebab I yakin, Lien takde nak charge mahal-mahal sebab I know dia punya style business macam mana. Islamic. Untng tadek nak amek double triple. I belajar dari pengalaman. Sebab pernah terkena kan? Satu helium balloon I pernah kena charge RM8.00 ok? Ni total helium balloons malam tu tak 30-40 pulak? Ambik calculator kira lah sendiri. Tu tak termasuk foil balloons. Foils helium balloons tu kalau beli dekat party shop harga dia busuk-busuk pon satu RM20. Tu pon yang paling kodi.

Dah. Jom tengok gambar.


Alala manjanya Abah Shein. Pang nak? Haha. Shein tu kitorang umpan dengan eskrem milo cup. Favorite dia tu. Bagi eskrem, pasangkan iPad sebab nak suruh dia duduk behave sementara nak tunggu makanan sampai sebab konsep Shein, kalau dah bangun dari kerusi maknanya goodbye forever la. Dia taknak duduk dah. So lepas makanan sampai kitorang gilir la melayan Shein.


Ni gambar kitorang ambik last sekali sebelum balik. Shein dah taknak duduk dah time ni. Dia dah dera Abah dia berlari dekat fifa futsal court Sports Planet tu 5 round and still tak puas. Maktok request nak amek gambar dengan kek. Kek tu pon sebagai props je. Balik rumah tu baru I bagi sebab Shein dah geram semacam dekat Minions tu. Sayang la kalau Shein musnahkan. Haha.

Birthday boy pada malam kejadian nampaknya behave la jugak. Walaupon ada sikit here and there dia tak puas hati tak dapat minum ais etc tapi semua in control. Ada reader saspek bakal ada adegan Shein menandok kek tapi takde. Aminnnnnn.... Haha.


Baba and Maktok pon happy bila Shein happy. Hamek ko semua pakai kuning. Shein pon suka la. Masa memula sampai Bora Ombak, Shein malu-malu je tengok ada meja lawa-lawa, ada balloons. Dah lama-lama baaaru la dia ok? Dia punya espresi muka malu tu comel sangat. Macam tau-tau je kiter buat ni semua untuk dia. Anything for you son. Mama akan buat. As long as you happy. Sweet kan Mama? Haha.


Family photo! Shein kelihatan sempat 'selet' cake and masuk mulut. Dia makan krim cake tu. Lepas dah letak kebawah, dia ambik garpu nak 'dig' the cake. I cepat-cepat suruh Sazli simpan. Banyak cantik engkau Shein? Haha. I malas la nak sepah-sepah. Sebab Shein kalau dia dah start makan susah nak berenti. Aik. Macam familiar je ikut perangai sapa tu? Haha.


Dari atas ikut putaran jam. Mak makan Grilled Chicken with Butter Rice, Sazli makan Spaghetti Bolognese, I makan Grilled Chicken Chop and Bapak makan Sirloin Steak. Memang thorrrbaek makanan kat sini. Cumanya I rasa portion a bit small. Ke sebenarnya I yang kuat makan? Ok. Takyah jawab.

Now kiter move kepada cerita deco mendeco Birthday Party Shein ni. Petang tu I sempat singgah Bora Ombak nak bagi kek dekat Lien. I tengok dia tengah pasang-pasang belon. Tetiba sebak. Biasalah perempuan. Padahal preparation birthday je. Bukan kawen poooooonnn Hahahha.

Lien suruh I berdoa supaya tak hujan lebat. Sebab Bora Ombak ni dia punya konsep kan macam ada open air sikit-sikit? So kalau angin kuat memang takder der balloons nak stay setempat. Goyang-goyang ditiup angin lepas tu dah tak lawa la kan?

Tapi Alhamdulillah malam tu tak hujan. Aminnnn... Lien dah la menyakat I. Korang baca la ni.


Macamkan I artis. Haha. Bongok Lien!


Tetiba bila sampai. Huwaaaaaa. Lawanya. Memang macam yang I idamkan and beyond my expectation table setting akan jadik ni. Cantik sangat ni Lien! Gigih Lien menunaikan impian I  yang taknak alas meja putih je. So dia carik la alas meja polkadot biru tu. Pastu atas meja Siap ada tissue cantik-cantik, ada kotak kek kaler kuning. Ada pencil case dengan bubble yang tiup-tiup tu. Semua Despicable Me theme. Suka la ko kan Shein?



Foil Helium Ballons ada 5. 1 Happy birthday and lagi 4 Despicable Me punya. Helium Balloons ni boleh terapung (terapung ke nak cakap?) untuk 8 jam tau? Lepas tu dia dah tak terapung dah. 


Despicable Me Foil Helium Balloons. Comel sangat-sangat! Untung la Shein. Mama dulu mana pernah ada birthday-birthday macam ni. 


More balloons! Weeeee!! Eh. Mama pulak excited lebih. Haha.


Tengok la Si Lien. Ni semua dia bagi as complimentary pada Shein. Baiknya dia...Semoga murah rezeki Lien. I doakan... Amin....

Korang kalau plan nak buat any party or simple-simple macam yang Shein punya ni boleh la follow Lien dekat instagram dia. Nanti korang boleh discuss further dengan Lien and bagitau theme korang dengan berapa budget korang. Nanti Lien akan suggest macam mana. Kalo nak murah skek and banyak balloons takyah la amek yang foil tu. Sebab itu semua kos! Hahaha. 

Walaupon Lien sekarang buat untuk artis-artis tapi korang jangan risau pasal price ok? Call and tanya dia sendiri. Tak bermakna dia amek job artis populerrrrrrr dia akan charge mahal-mahal. And dia bukan jenis suka caras-caras business orang that's why dia murah rezeki. I peratikan je business Lien ni dari jauh but yang penting, tak mahal and tak overprice. Dia boleh buat base on korang punya budget. Tapi kalau nak yang macam Shein ni tapi nak bayar RM200 I tunjal je korang nanti. Haha. 

If korang nak throw a party, I suggest amek la Party Planner macam Event4U ni. Dari korang pay more dekat Party Shop sebab Helium Balloon ni je satu dah RM8.00 depends on kat mana location party shop tu, Paling murah pon maybe dapat RM6.00 kot/pcs so kalau buat sendiri belon 30 pcs je dah RM240.00. Nak pasang lagi. Kalau setakat nak pasang kat kerusi boleh la. Tapi nak buat pintu gerbang macam Lien buat tu, korang pandai ke? Baik suruh Lien je buat. Lepas tu nak basah-basah ketiak stress tak tentu hala sebab tak kretip for the sake of nak taknak bayar khidmat party planer yang maybe RM50-60 tu baiklah suruh je professional team buat kan?

Panjang lebar dah I cerita pasal Birthday Shein ni. Lengoh-lengoh dah pinggang I menaip. Gigih emak kau ni Shein. Kot nanti I tak panjang umur, biar Shein baca blog ni and nampak la kegigihan I nak bagi dia happy. Lepas tu mesti dia sayang I lebih. Mama tak mintak apa Shein, doakan je Mama setiap kali lepas solat. Yer?

So jumpa lagi next entry pasal Birthday Shein. Errr. Ada lagi eh? Tungggguuuuuuuuuuu

-eNd-

3 comments:

  1. As Salam Sue.
    Kesian plk Birthday Boy tak leh pulun kek kek dia. hahahaha
    Gambaq dia pulun kek masa kat umah tak dak ka?
    Muka excited tu yg penting :P
    Leh buat games pecah2 belon ni...

    ReplyDelete
  2. Jueliza Jamani : silauuuuuuu

    Haris Zuhaina : ala... tak sempat nak snap pon...

    ReplyDelete