Pages

Tuesday, December 16, 2014

Kaksha, Kaseh and Kakyang

Assalamualaikum....

Sasha anak buah I ada datang KL. Dia nak spend time dengan Kaseh. So every day I pon sama-sama sebok plan apa yang bebudak tu boleh buat sebab taknak la Kak Sha bosan kat rumah Kaklong. Hari Isnin, Kakyang sebagai baby sitter bawak bebudak tu pergi KLCC. Takde buat apa pon. Main kat taman sampai la Kaseh cakap kat Kakyang, 'Kaseh dah tak larat. Nak muntah dah'. Lepas tu uweeeeek muntah terus. Hahahaha. Perangai sangat.

Main sampai puas. Bayangkan macam mana puasnya. Kak Sha ada cakap, 'Bestnya kalau adik ada sekali'. Alololo. Adik dia tu Si Amsyar yang becok sebaya Shein tu. Si Aiman abang dia eksyen taknak ikut datang KL sebab kata dia tadek kawan. Yerla dia kan lelaki? Kakyang, Kaseh dengan Sasha kan semua girl. Tapi lepas Kakyang asyik hantar gambar dorang dekat KL, Si Aiman pon menyesal. Tapi menyesal pon dah tak guna sebab takde sapa merajin nak hantar dia datang KL. Nak naik bas dia takot. Tu pon takot. Buang je *tolor tu Aiman. Haha.

Next day I belanja dorang pergi Petrosains pulak. Pesan pada Kakyang, ‘Jangan bawak kereta sebab parking mahal. Naik je Star. Makan kenyang-kenyang dekat rumah. Jimat’. Hahahha. Giler kedekut Makcik. Tapi ok la tuuuuu. Belanja jugak kan? Siap Kakyang dapat upah jadik baby sitter ok? Walaupon tak banyak tapi Omputih kata apa? That thought that??? Count.. Pandai.

Lusanya dorang pergi Tasik Titiwangsa main roller blade. And a day after I bawak dorang pergi Indoor Theme Park dekat Time Square sekali dengan Kaklong. Ada la 7 tahun I tak jejak sini. Tadek la beza apa pon. Sama jer. Cuma yang bezanya, I main sampai termuntah. Padahal dulu kalau naik roller coaster 7 kali pon tadek hal. Solero kat Genting tu pon I boleh naik 2 3 kali. Kata Kaklong sebab factor usia. I deny. I cakap sebab I tak makan pagi. Tapi ternyata lepas makan pon I muntah jugak. Acane? Hahahaha. Nampak sangat I’m too old for this. Huwaaaaaa sedihnya!

Nanti next entry I sambung bagi gambar lain. Sementara waktu, tengok je la lama-lama gambar I sekeping ni eh?
  

Hi kak? Umur berapa ni? Naik ni je? Tak mencabar kot?
Shadap yu!


Kaksha and Kaseh. Kaksha excited la nak naik ketapi. Dia tak pernah naik. Kaksha pakai baju Kaseh. Kata Kaksha, ‘Kaseh punya baju nampak ketiak’, kata Kakyang, ‘Pakai je. Takper. Sini KL’. Hahha. Bongok Kakyang.

Bebudak berdua ni mengadu dengan Kakyang, ‘Makcik tu kata aritu kalau sapu sampah dekat kampong dapat sorang dua ringgit. Dah siap sapu tak bagi pon dua ringgit. Lepas tu dia kata nak belikan Kaksha kasut. Takde pon?’

Ooooo mengata Makcik eh? Haha. Petang Isnin yang balik dari KLCC I bawak bebudak tu mandi kolam dekat rumah I. Lepas tu belanja burger and janji dah dilunaskan. Baju and kasut for Kak Sha and Kaseh also upah sapu sampah yang I up lagi kadar upah tu. Lepas ni jangan nak komplen lagi.

Lekas cakap sekarang ni siapa yang paling cantik? Pastu dedua jawab dengan muka boring, ‘Makcik’. Jawab terpaksa la tu kan? Bak balik duit Makcik. Hahahha


Kakyang the baby sitter

-eNd-

*Tolor = telur. Ikut bahasa Kaseh masa dia kekecik dulu.

No comments:

Post a Comment