Assalamualaikum…
Sambung pasal Pangkor yang entry semalam eh? Macam yang
I cakap, tujuan ke Pulau Pangkor ni untuk attend wedding jer. Memang bukan for
vacation. Pergi Jumaat, balik Sabtu. Sempat la nanges sembam muka dekat kerusi kereta
sebab Malaysia kalah agregat dengan Thailand untuk Piala Suzuki AFF.
Dah la. Taknak cakap pasal bola. I sedih. Semalam
masa Sazli tengok ulangan pon I sedih. Kata Sazli, ‘Bubu, player semua ok.
Dorang dah main sungguh-sungguh. Kiter menang pun kan? Cuma kalah agregat jer.
Fans pon ok, rakyat Malaysia pon semua ok. Game dah cantik, luck je takde’.
Beria la Sazli convince I tapi tetaaaaap I sedih. Masuk bilik sambung nanges.
Hahaha. I memang beremosi skek kalau pasal bola. Poyo.
Kitorang pergi dari KL ke Lumut tak ikut highway.
Ikut jalan lama yang kena lalu Kuala Selangor tu. Ijok, Banting etc. I rasa
macam bapak la jauh. I dengan Shein tido, dalam sejam lebih jugak. Jaga-jaga
tak sampai pon kat Sungai Perak lagi. Sian Sazli drive sorang-sorang sebab yang
lain semua membuta. Haha. Yang naik dengan I ialah Mak, Kakyang as a co-pilot
yang tak berguna and Shein. Family De and Adik Abang Halim (Abang Ipar I) naik
kereta lain. So kitorang bertunda 3 bijik kereta.
Dorang dah la jenis drive tadek berenti-renti.
Sazli dah ngantok lepas tu dia ask Kakyang to call Abang Halim suruh cakap Atok
nak kencing. Kata Mak, ‘Eh tak, Mak taknak kencing’. Pastu Sazli cakap, ‘Ok,
kata Kakyang la nak kencing’. Ayang pon cakap dia ok lagi lepas tu suruh cakap
I nak kencing. I jawab, ’I taknak kencing!’. Hahaha. Last-last Sazli cakap, ‘Bagitau
je la Pakcik nak kencing Kakyang’. Hahaha. Kan senang macam tu? So kitorang
singgah kat tepi Sungai Perak yang guna jalan bukan highway tu and berenti for
lunch and luruskan badan.
Bagus jugak berenti dekat sini sebab Shein pon berak lepas masuk semak kejar rama-rama. Memula tengok macam separuh duduk, ingatkan dia intai belalang ke apa sekaaaaali berak! Hahahahaha. Lepas tu kitorang meneruskan destinasi sampai la ke Lumut. Dekat Lumut kiter naik ferry. RM10 tambang pergi balik untuk dewasa and RM5 untuk kanak-kanak. Kalau dari Jeti Lumut perjalanan lebih kurang 30 minutes untuk sampai ke Pulau pangkor. Kalau naik kat Marina dalam 10 minutes je.
Dah sampai Lumut Jetty! Tu budak tuuuu, mana nak duduk diam dia? E!
I dengan De
Terminal Jeti Lumut. Gambar taken from Google.
Feri dari Lumut ke Pulau Pangkor. Gambar also from Google.
Shein dalam feri takde der nak duduk diam. Lari sana, lari sini. Pedulik haper dia? Tengok la Sazli, muka dah habes redha dah.
Cantik kan pemandangan? Shein riuh sangat mulut. Asyik tunjuk laut je. Untung Shein, kekecik dah naik feri. Mama dulu first time naik feri umur 27 tahun. Tsssk Tssssk T___T
Ni I amek dari I punya Instagram. otw dari Lumut Jetty ke Pulau Pangkor.
Tambang dari Jetty ke Homestay yang family
pengantin lelaki sediakan tu ialah RM25/van. Tak sempat duduk lagi, Sazli ajak
carik mana-mana resort/chalet sebab macam sesak sangat dah rumah tu. Ramai
sangat. Acane nak mandi etc. Bilik pon ada 3 je. 1 dah jadik bilik perantin so
bilik pempuan 1, bilik lelaki 1. Perrrrghhhh so kitorang call balik van, suruh
ambik dekat Homestay and pergi ke Pangkor Holiday Resort. Tambang kali ni
RM20.00/van. Tak sempat dah nak carik tempat lain. Sebab internet pon slow and
malas dah nak fikir apa. Fikir nak mandi, baring + nap je. Penat perjalanan.
Ketiak pon dah berlengas.
Kitorang dapat bilik. Tapi bagi I, harga chalet
yang ala kadar tu tak sepadan dengan harga. Saiko punya pasal, hari semalam I Google
chalet/hotel dekat Pangkor yang elok-elok sikit dari tempat kitorang duduk tu.
Haha. Tapi takper la, much better dari duduk ramai-ramai dekat Homestay yang
memula tadi. Kitorang amek Chalet yang ada 1 katil king, 1 katil single for
RM220/night net. Harga jadik mahal dari booking online. Sini konsep dia tido
je. Takde breakfast disediakan. Takper laaaaaa. Janji ada bilik nak tidor. Ni I
tengok dalam gambar lawa pulak. I saspek I mengada sebab yerlaaaa biasa duduk
hotel kat KL ni semua kan macam lawo-lawo je. Kat sini bukak sliding door,
nampak sekolah. Lepas tu Receptionist dia pulak Pakcik Cina owner chalet ni. Muka
nak kelat je. E!
De, Mak and the rest pergi majlis pernikahan adik
Abang Halim lepas Asar tu. I, Sazli and Kakyang rehat dalam bilik and tidoooo. Heaven
sangat! Pasang aircond 6, tutup langsir. Perrrghhh. Nasib baik Shein bagi kerjasama
untuk tido. Kalau tak, sekian Mama dia jadik tarzan lagii.
Dalam pukul 7.00pm Mak balik. Dia kata lapar. So
kitorang mandi-mandi and lepas Isyak keluar carik makan pulak. Kitorang jalan
kaki kat depan tu je lebih kurang dalam 300 meter. Sesambil cuci mata dekat
kedai baju and cenderamata. Lepas makan, balik semula ke chalet and
tiiiidooooooo. Masa Mak beli jagung bakar tu, ada la sorang Mamat ni nama Wan.
Dia kata, kalau nak pergi island hopping or snorkeling, bagitau dia. Kena
hati-hati sebab kekadang orang kat sini dia charge yang bukan-bukan dekat orang
luar.
Kata Wan ni pulak, community kat sini memang rapat.
Kenal each other. Habaq ja hang anak sapa, kami kenai semua. Sebab kat sini
kecit ja, pusin-pusin jumpa oghang yang sama jaa. Ha. Pastu kata Wan ni, kalau
nak bawak masuk kereta, kena bayar RM100 untuk masuk, RM100 untuk keluar. Kereta
tu diangkut naik kapal. So, kalau plan nak masuk more than 5 days, berbaloi la
bawak masuk kenderaan sendiri sebab sewa kat sini harga dia lebih kurang
RM100/sehari.
Nanti kalau nak pergi Pangkor lagi for vacation, I
carik je la budak Wan ni. Senang. Moga-moga tak kena ‘sembelih’ dengan orang
Pangkor. Sebab ada reader bagitau, dorang kena charge makan harga melampau. Kata Si Wan tu jugak, ada orang luar makan
kat satu seafood restaurant ni, Makan 4 orang yang simple-simple sampai kena
RM900.00 perrrrghhhhhhh!!!
Lepas makan, kitorang balik ke chalet. Shein pulak
dah huru-hara aktif. Sebab dia tido petang tadi dah lama. Bangun pukul 8.30
malam kang? Mendapat la dia aktif taknak tido ajak lawan-lawan Ultraman. Panjat
sana, panjat sini. Last-last susah sangat, I tutup tv, tutup semuaaaa lampu
pastu pura-pura mati baru la dia tido. Dia korek hidung I, korek mulut I buat
keras je. Siap lempang muka I. I tak gerak-gerak. Sebab kalau dilayan Shein tu
sekian dimaklumkan, sampai kepagi tak tido pon takpe.
Done untuk hari pertama. Bersambung hari kedua next
entry ok? Kang kalo tulis panjang-panjang korang tu bukan boleh caya. Scroll
scroll je. Nyampah.
-eNd-
wahh bestnya.. bila tahun nak sampai ntah.. ada 2 backpack ni memang semput kejap.. hehehhe
ReplyDeleteeh baca dengan penuh kusyuk tau even office tgh fire drill skarang ni... siap sempat komen.. dah tu bukan nak share no wan tu.. tak nak kena tipu sorang2.. tak baik ni tau..
ReplyDeleteI rasa kita ni macam berjodohan jer..hehe..i pun baru balik dari lumut. Ahad pergi Pangkor balik hati tapiiii nak tunggu Feri tersangatlah hazabnya...line up sampai sejam ditengah tengah panas yang berdesing :(
ReplyDeletehahaha entry panjang malas baca ya..
ReplyDeleteso far baca jer sampai abes.. hehe
dah lamala tak pegi pangkor.. last was 7 years back kot
Jueliza Jamani : InsyaAllah one day. kalo tak huru hara macam shein, ok je kot 2 backpack. hehe
ReplyDeleteAisha : Hahahhaha. ok. next entry kaksu share
Nurain Sazila : kiter balik kl sabtu. kalo ahad mesti jumpa. time haritu pergi balik que sekejap je. alhamdulillah.
mamabeauty : mana tau kot scroll. hahahahha