Pages

Monday, December 22, 2014

Sakit Urat Sebab Shein!

Assalamualaikum..

Lengoh-lengoh badan I ni. Memang rasa macam restless sangat. Dah tuweeeeee. Ni semua Si Shein la punya pasal ni.. Bila ingat balik Shein punya perangai masa dekat Pangkor geghammm je nak tunjal. Memang I marah betul sebab dia lasak nak mampos, but bila teringat sekarang rasa kelakar pulak. Sepanjang-panjang dalam kereta dah la tak tido. Melasak je kerja-kerja dia. Asyik la nak pergi dekat Sazli yang tengah driving tu. I dah jadik tarzan tapi kesah pulak Shein kan? Lepas kena marah, dia diam la. Tak sampai 5 minute, 'Hiyarrkkkhhhhh' balik. Macam tadi I tadek bebel-bebel kat dia pon. E!

Kitorang pergi Pangkor Jumaat lepas. Pergi Jumaat balik Sabtu. Bukan holiday pon. Cuma nak pergi wedding adik ipar lelaki De. Dia kawen dengan orang sana. Dekat Pangkor tu belah perempuan, belah lelaki this week dekat Jengka, tapi clash pulak dengan wedding cousin Saz, so kitorang pergi la yang dekat Pangkor. Tak sempat pon nak bersuka-ria island hopping ke, snorkeling ke, shopping ikan bilis ke sebab fokus memang nak attend wedding jer.


Ni dekat kitorang punya chalet. Time ni, I dengan Shein je yang dah bangun. Sazli, Mak and Kakyang lepas subuh sambung tido. Si Shein dah siap sapu sampah dalam bilik (cara dia la), package buang penyapu sekali dekat tanah. Lepas tu tepuk tangan. Bagggussssss. Mak ko memang merajin sangat nak mengutip penyapu kat tanah tu Shein.

Shein ni memang tadek law hidup dia. Nak buat apa sesuka-suki hati dia je. Memang eyes always on him. I peratikan Shein ni, dia suka berlari. Dia lari memang tak jauh. Nanti dia patah balik dekat kiter, tapi tu la. Takkan nak biar jugak kan? So dia lari, kiter sama la kena ikut lari. Mama kalau lari-lari tadek faedah ni tak berapa minat. Sebab tak dapat hadiah pon. Dapat penat je buat apa.

I tengokkan ajer perangai Si Shein ni. Masa pagi Sabtu tu, bebudak ni mandi pool. Time tu dia dah siap berak so I mandikan la terus. Tadek pulak dia nak ajak I terjun kolam ke apa. Bagus. Yang tak bagus, sebab ajak I main kejar-kejar. Memula boleh la layan. Dah setengah jam, I pass baton dengan GF. Mak la pulak melayan dia main sepak-sepak putik kelapa. Lepas Shein baling Mak, Mak baling putik kelapa tu dekat Shein balik. Tu pon sama tu. Dengan Shein pon taknak kalah. Perangai sangat kan? Haha.


Mak melayan Shein. Shein yang kalah. Last-last Shein sendiri berenti. Hahahahha. Tau pon Shein erti penat. Lepas makan nasik lemak, dah charge bateri Shein nak main balik. Sabar jer la.

Nanti gambar lain I share next entry eh? Tunggu bagi segala-mala urat I ni ok balik. Sapa kata tak bawak kereta tak penat? I siap cakap dengan Sazli, 'Papa, you jaga la Shein. I drive. I ok jer'. Sazli cakap, Taknakkkkkkkkk! Hahaha. Penangan Shein. Kot 3 orang anak lelaki macam ni I rasa I kurus la kot? Tapi kalau kurus sakit urat pon tak ok jugak. Baik debab macam sekarang jer.

-eNd-

No comments:

Post a Comment