Assalamualaikum
Sekarang ni I tetiba ada penyakit meroyan tengok 'cake decoration' dekat dalam Youtube. Pastu beraaaangannn la apa lagi? Haha. Konon nanti I nak buat cake sendiri for each one of family punya birthday sebab kata Sazli, 'Nanti Papa buatkan Bubu dapur yang macam Bubu nak. Ada oven besar, so Bubu boleh buat cake selalu. Lepas tu ada Island, so Bubu boleh buat rancangan masak-memasak sendiri'.
Nampak tak dalam diam Sazli support je yang I suka berangan. Walaupon bayangan dapur pon tadek lagi tapi takper, berangan jer dulu. Sebab berangan free, takyah bayar ponnnn. Haha. Dulu masa otw balik ke Kedah, I berangan jadik Pembaca Berita dengan Bapak. Dia gelak sampai tak keluar suara. Lagipon Sazli selalu kata macam ni, 'Baik Bubu je berlakon kalau macam tu' each time tengok heroin dalam drama tv muka ala kadar and tak berapa pandai berlakon. Nampak tak? Dia support I punya berangan dalam diam sebenarnya. Haha.
Disebabkan selalu bukak 'cake decoration' dekat Youtube tu la, 7 hari jer kuota 5GB Internet henpon, I dah guna 80%. Suka sangat I. Habes semua rancangan memasak I tengok. Paling favorite of coz la cake decoration. Lepas tu mula la teringin nak makan rainbow cake la, cupcake la, segala mala pon teringin. Semalam tinginnnnnn sangat nak makan brownies tapi ada orang tu taknak layan. Nyampah.
So, disebabkan I kretip (la sangat), dengan apa jer yang ada dekat rumah, I buat this Nutella French Toast. Walaupon jauh ghupernya dari cake tapi sebab dia ada rasa coklat jugak, jadikla. Dari tadek langsung. Memula I ingat nak letak cheese dekat tengah-tengah. So nanti bila belah dua roti tu nampak la cheese meleleh-leleh tapi BANYAK PULAK CHEESE dalam icebox? Haha.
Bahan-bahan
- 2 keping roti putih
- sebiji telur
- sesudu nutella chocolate
- sesudu margerin/butter
Cara Membuatnya
- Sapukan nutella pada satu permukaan roti sahaja. Jangan letak kat dedua belah, nanti kencing manis, kena potong kaki baru kau tau.
- Pukul telur. Takyah bubuh garam ke apa sebab butter biasa masin. Kecuali kalau korang guna unsalted butter so ok la nak letak garam sikit jer. Bagi rasa.
- Cairkan butter dalam kuali, lepastu masukkan roti yang kiter dah celup dalam telur
- Goyang tetep 15 saat for each side of roti.
- Lepas tu angkat roti tadi. Siap!!
Patut boleh bedakkan roti tadi dengan icing sugar. Tapi sebab dapur island I tadek lagi so dekat rumah sekarang tadek la icing sugar. Haha. Alasan kena mengena la sangat.
Boleh makan dengan strawberry+yogurt or dalam roti tadi bubuh pisang. Pon boleh. Be creative. Kalau nak bagi anak-anak makan boleh bentukkan roti tu jugak kasik nampak menarik. Nak makan dengan ice-cream pon tadek sapa marah. Amount Nutella tu takyah banyak eh? Takyah konon bubuh banyak Nutella lagi sedap. Tak pon. Manis tahap tak boleh makan ada la. Kang tak pepasal tong sampak kenyang.
The making of Nutella Frech Toast taken from my IG
-eNd-
ohhoiiiiiii... rosak le diet aku camni. menggiurkan..
ReplyDeletepergh...gambo tu mengiurkan betul...
ReplyDeleteAs Salam Sue
ReplyDeletePatut lah berhibernasi..
Tgk Anna Olson, hiasan tak penting, yg penting dapat makan yg best.. terlioq aih
looks yummy! buatkan.esok bawak haha
ReplyDeleteSamalaaa k.su. Ida pun suka tengok decoration cake pelangi la, katun2 la, pastu coklat leleh2 semua tu. aaaa....dapnyee. lepas tu berangan nak buat.
ReplyDeletetapi berangan jela yang mampu dulu. hehe...
Apa komen shein makan nutella toast k.su? dia makan masuk mulut ke dia bagi meja makan? hehe...
Mummy Ayu : haaaaa sabor. sekali sekala takper. jangan makan hari2 4 keping dah la.
ReplyDeleteAisy Haiqal : Heeeeee
Haris Zuhaina : kan? Yang penting rasa dia sedap
Dyba Dbuh : MALAS
Ieda Iedana : Dia tak komen apa pon. dia makan dengan gembira. makanan sedap berani dia nak bagi meja makan?