Assalamualaikum…
Dah seminggu dah bizi dekat office. Kiter tengah
pack barang nak pindah. Sedih la nak tinggal building ni. Since 2003 kot I
dekat sini, ni nak kena pindah Menara sebelah KLCC tu. Nak pergi jalan jem,
parking pon kena bayar RM250 sebulan. Kalau taknak bayar parking, kena la drive
dari rumah-parking dekat Damai-naik train sampai Ampang Park-ambik shuttle
bas-baru sampai office. Rajin pulak I? So pejam mata bayar jer la parking. I
tengah buat surat rayuan pada Sazli supaya tolong bayar 60% duit parking. Kalau
dia tak simpati, I makan je la megi hari-hari sebab duit makan dah bayar parking
kereta. Harap dia kesian pada I. Amin…..
Sebab utama sedih nak pindah ialah selalin dari
meja baru dekat office nanti berada di tengah-tengah office yang memang orang
lalu lalang all the time and no more privacy, I sedih sebab Kaklong tak pindah
office. Memana bahagian services akan kekal duduk dekat Balai sampai la
diberitahu untuk pindah, then baru la dorang pindah ke Menara. Maknanya dah tak
boleh jumpa Kaklong macam selalu. Kinda sad. Selalu kalau bosan, I akan pergi
tempat Kaklong. Kiter adik beradik memang close la. Dekat office muka dia, kat
kampong pon muka dia but now, not nemore. Goodbye Kaklong. Aku jumpa nko kat kampong
je la. (Macamkan Ampang dengan Bukit Antarabangsa tu jauh sangat). Haha.
Jadiknya minggu ni, I cuba fulfill mana yang
Kaklong nak makan. Dia bagitau je terus zaaaaaaap I bawak. Bawak je, bayar
sendiri-sendiri. Hahaha. Sebab lepas ni kalau dia tingin nak makan apapa, dah
tadek orang nak bawak dah. Sian ko kak. Takper, special occasion nanti I’ll
come and pick you up ok? Lesen memandu dengan kereta tu ko buat la tukun je.
Dia tu bukan tadek kereta dengan lesen tapi dia dah set dalam kepala, ‘Aku only
boleh drive dari rumah ke office use same route everyday’. Maksudnya kalau dia
drive keluar dari territory dia, dia akan kena sawan sampai berbuih mulut dalam
kereta or kena heart attack. Macam tu.
Harini I pergi Zanmai Sushi dekat Avenue K. Dengan
Sarah, Kaklong and Kakju. Dyba dengan Ira tak ikut sebabnya kata Dyba, duit dia
tinggal RM30 je. Dah habes buat beli iPhone 6. Hahahaha. Comel Dyba. Semalam
dia tanya pada Ira, ‘Ira, bila nak gaji?’ Pastu Ira cakap lagi setengah bulan
la giler!’ Hahahaha. Dyba takyah nak buat cerita kesian. Lempang baru tau. Kata
dia, minggu ni kena belanja RM5.00 sehari je. Hari Jumaat pon makan dekat
kentin je. Sedih sangat Kaksu dengar Dyba.
Kakju baru nak cuba-cuba makan Japanese Foods. Tadi
dia dah kursus pakai chopstick dengan Kaklong. So I orderkan dia tempura and I
paksa dia makan salmon sashimi. Sarah tolong mix segala mala jenis soyu untuk
Kakju. Kiter biasa campur sweet ssoy (nitsume) dengan soyu and wasabe. Baru
sedap. Tu kalau nampak Ongjepon marah dorang sebab wasabe not supposed to mix
with soyu. Dia kena makan direct letak atas sashimi/sushi. Nanti at the end of
the entry I attach sekali Do’s and Don’ts dekat Japanese Restaurant ok?
I dengan Kaklong makan ni. Karage Don. Small. RM9.80
Tempura Moriawase untuk Kakju. RM11.80
Sarah makan Hodaka Sushi. RM13.80
Ni Kaklong punya. Ebiko and Salmon Sashimi. RM3.80 each
Mata je sama, kulit lain. Mak kata Kaklong lahir time dah siang tu putih. I lahir gelap lagi, tu hitam skek. Patern mata je tak jauh. I beza dengan Kaklong umur 14 tahun. Dia sulong, I bongsu.
Kakju muka stim je. Tau la malam ni malam Jumaat. Eh tak. Harini baru Selasa kan? Hahahah.
So, check out gambar dekat bawah ni. Ni etiquette
dekat Japanese Restaurant. I pon kekadang failed. Lebih-lebih lagi bab
campur-campur kicap tu. Dulu kawan Jepun I banyak ajar I adab makan makanan
Jepun. Macam mana nak hirup miso sup, minum teh etc. Dorang memang jenis
beradab. Minum teh pon ada cara nak tuang, minum segala. Kalau bebetul ikut,
sempat la pengsan dulu baru dapat makan. Hahahahaha.
Sushi-etiquette tips. Do's and Don'ts
Esok tinggal one more day. Khamis dah pindah dah.
So Kaklong, esok kiter nak makana dekat mana? Hahahahaha. Harini punya makanan
tak proses lagi, dah cakap pasal esok. Bongok! Hutang aku bila nak bayooooo????
-eNd-
sedapnyer...
ReplyDeleterujukan masa depan hehehehe
ReplyDeleteadda syuhada : sedap menggila kot?
ReplyDeleteMimy hamid : hahahahahahhahaha