Pages

Thursday, April 19, 2018

Dolly Dim Sum Yang Sedap Giler!

Publish : 5/6/2015
Re-Publish : 19/4/2018
Note : First experience try Dolly Dimsum


Assalamualaikum

Mintak maaf banyak-banyak sebab terpaksa share jugak experience I makan dekat Dolly Dim Sum hari ni at this hour. Heeeeeeee. Padan la muka wengkorang semua. Mana yang kerja area KLCC/Avenue K dah boleh serang Dolly Dim Sum tapi mana yang duduk jauh-jauh, diharap jangan menangis depan PC. Buruk ghupernya…Tapi kalau datang sini mana yang pernah tak queue? Always long queue. I suggest korang kalau nak makan dengan ketenangan jiwa, datang la waktu brunch. Time ni tak la ramai sangat orang. Lagipon some bird told me, Chinese people tak makan dimsum as a dinner/lunch. Dorang makan for brunch. Betul ker Ongcine sekalian? Tapi kesah pulak I kan? Bila-bila pon I ok jer makan, janji puas hati. Dah jom check out apa yang I makan kali ni ok? Takyah nak banyak bunyik kata ‘apa ni ko makan banyak sangat macam kebuluran’ ke apa. Memang I and kawan-kawan jenis boleh makan sekor lembu punya spesis. HAHAHAHA.


Perrrghhh perrrghhh perrrrghhh. Ni paling sedap! Yang ni is MUST ORDER item ok? Sapa yang tak makan telur boleh main jauh-jauh jangan banyak cakap. Yang kuning tu bukan la kuning telur mentah tapi egg custard. Rasa dia? Manis+masin (sebab telur masin) and sangat la sedap. Urrrrghhhh!! Inzal 2 3 kali time kunyah, punya la sedap.



Ni la rupa dia. Egg Custard Bun, RM7.50 jer. 3 ketul ni konsep dia is no sharing ok? Ko nak rasa, pergi order lain. Hahahaha.

A video posted by suraya sulatin (@surayasulatin) on

Ini Video ni dari I punya Instagram. Tengok la meleleh-leleh custard dia tu macam mana. Tolonglah ko dah kenapa yang sedap sangat?


Crystal Prawn Dumpling, RM9.20



Szechuan Dumpling, RM10.90


Har Gao, RM10.20


Siew Mai, RM9.50



Prawn Chong Fun, RM11.80



Homemade Fish Ball, RM8.00


Seafood Yee Mee, RM26.90


Dolly Mozza Roll, RM11.50


Depan tu Orange Juice, RM13.00 and blakang tu Mango Juice with Honey & Fresh Lime, RM10.20. Mango Juice tu sedapnya lahai. Haish!


Salted Fish Fried Rice, RM19.30

Dolly Dim Sum ni dia satu tempat dengan Fresca Mexican Kitchen & Bar. Yang Mexican restaurant tu I tak pernah try. So tak tau la sedap ker tak sebab each time datang selalu cakap, ‘Ok this time nak makan Mexican pulak’, but takde der. Ko boleh ke nak resist dimsum kalau dah ada depan mata? Dah la dimsum dekat sini tersangat la sedapnya and yang paling penting HALAL. Ada banyak lagi fried and steam dimsum yang I tak try lagi. Ketar-ketar vontot tak sabar nak makan dekat sini lagi. Haha.


Photo Taken From here


Photo Taken From here

One more thing, dekat sini dim sum dia a bit pricey la. Average dalam RM10.00/plate. Nak kenyang paling kurang makan 4 plate kan? Lepas tu kalau kebulur giler daaaaah nak kena makan nasik/mee pulak kan? Lepas tu takkan nak tengok jer air mangga dia yang sedap tu? Tu yang sekali makan seorang habes dalam RM60-RM80.00. Tapi kalau korang just teringin nak merasa apa salahnya. Ambik la 2 plate dimsum lepas tu minum jer Chinese tea tak pon air kosong. Kat sini air kosong free. Hahahaha.

Sekali sekala spend duit makan sedap macam ni tak salah kan? Self-reward. Takyah teragak-ragak nak keluar duit. Makan ajer. Asalkan dapat merasa. So lepas ni kalau orang tanya, ‘Pernah makan Dolly Dim Sum punya Egg Custard Bun?’ Korang terus berdiri, jawab dengan bangga guna lubang hidong, DAHHHHHHHHHHHH. Hahaha. Eh tapi tu macam riak pulak?


My makan partner who can eat seekor lembu together, Nadia.


Berseri-seri pengantin baru ni.

So, jangan lupa try Dolly Dim Sum ok? I kalau makan dim sum selalunya bila tick nak order dekat kertas tu, waiter dia akan pandang kertas, and pandang muka I and angkat kening buat muka pelik. Lepas tu I akan kata, ‘So?’ Lepas tu sama-sama ketawa. Hahaha. Bangang kan? Mesti budak tu tak percaya yang kitorang boleh habeskan semua ni at one time. I punya petua senang jer. Kalau nak makan puas time lunch dekat restaurant, pagi tu jangan makan apapa. Biar kebuluran tahap max sampai gigil-gigil, InsyaAllah bila order takkan ada pembaziran. Bangga sangat I dengan diri I. Kbye.

Dolly Dim Sum
G-9 & G-9A Ground Floor, Avenue K, 
156, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 03-2181 3830
Hours: 11:00 am – 10:00 pm

-End-

6 comments:

  1. tak pernah makan dim sum ni..tengok gambar sis share ni nampak menarik n sedap plak..hihi

    ReplyDelete
  2. amm.... lapa... lapaa.... sedapnya dimsum... meleleh!

    ReplyDelete
  3. Thanks for review.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya..

    ReplyDelete
  4. Ada logo halal ker...pekerja dan orwnernya islam ker...

    ReplyDelete
  5. Halal ke.. Sy refer kat jakim kata kedai nie takde sijil halal

    ReplyDelete