Pages

Friday, April 20, 2018

Sedekah dan Makan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua. Sempena dengan Hari Jumaat ni, apa kata kejap-kejap lagi bila ada kawan lelaki nak ke Masjid, kirim la some amount for sedekah. OK?  Lepas tu, kalau boleh jadikkan amalan. Jumaat je, sedekah pada Masjid and kirim pada kawan lelaki. Dari Abu Hurairah : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda “Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya; dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah, melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah.” (HR Muslim dan Tirmidzi). Rasanya macam dah banyak kali I cakap pasal sedekah kan? I tau ramai yang jenis rasa teragak-ragak untuk keluarkan duit untuk bersedekah but trust me, dengan bersedekahlah rezeki kita akan bertambah. Nanti Allah akan bagi berganda-ganda. Lepas tu, buat checklist every month. Bulan ni dah ada sedekah? If dah, Alhamdulillah. Lepas tu upgrade pulak one more thing, sehari buat 1 kebaikan. Takyah banyak, satu pon cukup. Contoh : Tolong hold kan pintu untuk orang yang nak keluar, bagi way pada kereta lain yang bagi signal nak masuk tanpa rasa bengang makian babi berkandang, senyum pada cleaner and tanya kabar mereka, buang sampah yang terkeluar dari tong atau paling senang, senyum pada random people. If tak start lagi, boleh start now. Bila kita senyum ni, sebenarnya boleh avoid kita dari sifat sombong. Actually I pon kata Sazli ada je kekadang muka sombong tu kah kah kah. But I try untuk tunjuk muka manis each time. Maafkan lah I, sebab kadang-kadang kita face a long day, period pulak nanti mood swing or maybe tengah lapar or craving for sugar. Tu pon boleh buat muka I masam. Anyway, cerita pasal sedekah but nak share gambar makanan. Aci tak?


Ni Nasi Lemak yang Kak Siti buat. Officemate I. Sambal dia makin lama makin sedap. Kadang-kadang I order dari dia untuk belanja office breakfast. Mintak Dyba ambikkan. Cakap kat dia ‘Dyba letak 2 sudu nasi ok?’ Lepas tu dia melawan ‘2 sudu je ke Kaksu? Mana cukup?’ Lepas tu I tak balas apa. Pandang dia je dengan pandangan mata helang. Terus dia cakap Ok. Hahahaha. Tau takot.



Macam biasa, kena la pair dengan Mee Goreng wife En Zul Hanif. Dyba pulak goreng keropok kembang from Terengganu. Sedapnya!!


This one I beli dekat Bisou. Craving for sugar. Lemon Vanilla ke apa entah. Sedapnya!! I beli dekat Avenue K. I kurang gula dalam darah. Doktor cakap kena tambah sugar. Patut makan la sugar baik, but I choose gula jahat macam cupcake ni. Takpe. Self-reward.


TQ Nape belikan Pulut Mangga. Patut I share dengan Dyba tapi masa makan, I hilang ingatan. Termakan sampai habes. Sorry Dyba. Hahahahahaha.



Air Mangga Suraya Seafood. Sedapnyaaa! Kata Dyba air ni rasa carrot. Memandai je. I rasa ok je.


Milo Ice Kepal ni harga dia RM5.00 I beli dekat area rumah I bila balik kerja. Korang kalau tingin, boleh waze Permai Court Ampang. Gerai tu ada dekat depan Permai Court. Makanan lain macam Jagung Rebus, Laksa, Otak-otak, Nasi Lemak pon ada. Eh, semua lah ada. Mak Bapak je yang takde.


So amacam, terliur ke tak? Kalau terliur padan muka. Wahahahahaha. Dulu Sazli pernah cakap dosa kalau I share gambar makanan dalam blog kalau ada orang terliur. Ada la rasa bersalah, tapi sekejap je. HAHAHAHAHA. Dulu selalu la I update dalam FB album Yummy Pummy lepas tu I terasa sebab ada yang menyampai kata I suka tayang makanan. Terus I stop. Dah tetua ni, sensitive lebih sikit. Hehehe. Korang lunch makan apa? Kalau makan sedap, ingatkah Dinda disini. Ok? Okbye!

-eNd-

No comments:

Post a Comment