Pages

Monday, September 7, 2015

Fikir Positif Yang Lain Akan Ikut

Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin semua! Jangan nak Monday blues sangat memasing ok? Kena semangat harini. Kena positif. Bak kata seseorang, ‘Fikir positif yang lain akan ikut’. Ni kalau Intan baca ni, mesti dia cubit I lepas tu cakap, ‘Tak payah la Kaksuuuuuuuuuuuuuuu’ sambil keluar suara jantan dia tu. Hahahaha. I harini berazam nak jadik lebih baik dari hari semalam. Nak kurang sensitive, nak berfikir secara rasional, tak nak emos-emos dah and nak lebih happy dengan Shein and Sazli. Mana-mana yang negative I nak tolak tepi, walaupon sebagai manusia biasa kekadang ada perasaan dendam and tak puas hati but I cuba nak buang jauh-jauh. Susah memang susah. Nak-nak pulak bila nak mengadap orang yang selalu bagi aura negative dalam hidup kite, kan?




But life is short. Jangan mourned over something sampai kiter punya life affected and jadik tak happy jugak. Biarkan ajer la. Cuba untuk jangan ambik tau semua menda secara melebih-lebih. Nanti life akan jadik more complicated. Bagi focus more on diri sendiri dulu. Oh well, cakap memang senang kan? Nak buat tu memang susah but kita mulakan dengan niat dulu. Dah ada niat, InysaAllah nanti ada la tu jalan. Yang penting, bagi peluang untuk diri sendiri. Ingat, ambik tau sikit-sikit je. Cukup. Jangan nak jadik Hero all the time untuk selamatkan semua orang dalam dunia macam Power Rangers Kuning. Susah jadiknya nanti. Kalau ambik tau sikit-sikit nanti semua InsyaAllah akan ok. Sebab kekadang lebih banyak tau, lebih banyak cakap. Kalau lebih banyak cakap, maka lebih baaaanyak buat saaaaa. Sa apa? Salah. Pandai.

Harini kiter borak topic random jer la eh? I banyak kerja nak setel harini tapi selalu ingat my generous readers ada yang cakap, bila baca blog Kaksu, jadik happy. Selalu la tulis and kongsi cerita ye Kaksu? So harini kiter borak santai-santai je. Ada a few yang email nak bagi hadiah memacam. Nanti dah free sikit, Kaksu akan check out later and reply email korang eh? Anyway I ada bincang dengan Illy Ariffin lately untuk nak bagi blog ni berfaedah dan berguna pada Masyarakat selain dari share tempat makan and gambar makanan mangjang. InsyaAllah nanti I akan announce untuk buat Tabung Kebajikan which every month, kiter akan kumpul dana untuk bagi mana-mana rumah kebajikan macam Rumah Anak Yatim, Rumah Orang Tua atau sesiapa yang kiter rasa perlu bagi bantuan. Kite akan wujudkan 1 tabung khas. OK?

Sikit banyak amount tu lain cerita yang penting ada. Elok tau bersedekah ni.. Tapi biarlah ikhlas. Jangan la sedekah sebab kena paksa or kena bakar line dengan kawan. I tengok kekadang yang wujudkan tabung-tabung ni pon cara mintak sumbangan dah macam kasar pulak siap cakap. ‘Takkan la miskin sampai tak makan kalau ko bagi RM10.00 untuk tabung kebajikan ni’. Elok nak bagi, jadik taknak. Sebab yang tukang mintak pon kemain kasar bahasa. Tak elok la macam tu kan? Lepas tu sedekah pada orang yang susah la. Bukan yang sedia hidup senang. Jangan la cakap, ‘Ala, sponsor la 1 review. Takkan kawan-kawan pon nak berkira. Kira sedekah jer la. Ko kan dah kaya?’. Acane? Dah jadik serba salah.

Tetiba dah banyak membebel pulak. Pantang ada chance. Hahaha.

Kawan I Rish Bajuri kata dia nak bagi sumbangan pada rumah anak yatim. Sebab dah niat on Raisa 1st birthday dia nak pergi mana-mana rumah anak yatim and bagi sumbangan apa yang patut. I promise her untuk bagitau dalam blog pasal ni tapi sudahnya lupa sebab terlalu bizi menyelamatkan dunia. So, sesapa yang ada nak bagi sumbangan tak kisah la dalam apa bentuk macam pakaian, keperluan, makanan atau cash korang boleh contact Rish (012-2916532) ok? I pon tak sure rumah anak yatim mana yang dia nak pergi. Yang tu korang boleh kontek dia directly. Start la bersedekah… Power of sedekah ni, I nak cerita pon meremang bula roma. But InsyaAllah, I promise if korang rajin bersedekah nanti kalau tetiba korang susah, akan ada je jalan Allah bagi and rezeki akan murah tapi hati kena ikhlas. OK?



Raisa Turns 1. Hapy birthday Cik Raisa. Semoga jadik anak yang solehah and baik budi ok?

So now, I nak korang mulakan niat sedekah korang dengan senyuman. Sebab senyuman itu also satu sedekah. OK? Wibilla hitaufik walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. (Amboi)





Sadaqah wipes out sins like water extinguished fire

-eNd-

3 comments:

  1. kak suuuuuuuuuu... hahahha
    Intan tengah busy ni tapi ada suara halus bisik kat telinga Intan suh buka blog kak su.. Bila bukan je.. terus intan ketawa berdekah2.. and terus call kak su.. tapi tak angkat pulak.. Kata kak Ani kak su pergi bank. ye ke ni g bank? Hahahaha.. siap kak su...

    Toddles
    Intanpositip

    ReplyDelete
  2. HAHAHHA...ngek la blog kaksu hari ni..u made my day!munchasgracias..xoxo

    ReplyDelete
  3. sue positif wibes tu mmg kena ngan aku....ko tau tak ada kawan aku pasal b612 pun sampai sentap jadi bahan gaduh ngan aku..walhal b612 je pun...tu la baca negatif sangat

    ReplyDelete