Dorang ni beria la bincang dalam group cakap nak
makan Pizza harini dekat Pavilion. (Tak habes-habes Pizza), tetiba Dyba kata
tingin nak makan Tony Roma’s pulak. Semua setuju tapi dengan syarat boleh makan
Tony Roma’s tapi minggu depan 3 hari tak boleh lunch, kena puasa sebab portion
Isnin-Rabu dah guna habes untuk harini. Si Intan dengan Dyba la deal, sehari
boleh belanja RM10.00 je, tak boleh lebih. Dua orang tu kalau buat deal memang
bersungguh. Tu yang kekadang seminggu kena 2 kali makan Ayam Goreng Kunyit Mat
Rock sebab situ nasik banyak, ayam banyak, siap boleh delivery if order more
than 10 packs, lepas tu RM5.00 je. Hahaha. Mati la belanja hari dah macam budak
sekolah.
Harini takde adegan bergaduh nak berebut duduk
depan sebab harini kerusi depan ada seat Shein. I bawak dia jumpa Dr. Adrian
today, dia macam dedar skek badan. Kata Dr. Adrian, sebab nak adik. Takde kena
mengena langsung. Hahaha. ‘Izzah tak ikut sebab dia nak tido, penat jaga Abah
dia dalam ward malam semalam, Kaklong jauh di Balai Felda so memang dia dah
keluar dari group (temporary) and Ezy pulak jiwa kacau. Dia taknak makan.
Taknak makan sudah. Jangan menyesal sebab harini kiter makan sedap. Kitorang
order 4 dish and share 4 orang. Kitorang warning Sarah, jangan makan Steak
sebab mahal. Kalau dia nak makan Steak, dia pergi makan sorang-sorang.
Hahahaha.
Kena order tumbuh-tumbuhan sebab Sarah kalau tak makan sayur dia boleh tukar jadik zombie. Yang ni Strawberry Walnut Salad. RM19.90
Chicken Tenderloin Platter. RM29.90
Shrimp Scampi Pasta. RM38.90
Geng kuat makan kena letak satu baris. Ni la 2 orang kawan I yang makan macam lembu tapi kurus jeeeeeeeeeee. Jenis makan nasik 3 kali sehari tapi takkan naik badan. MANA KEADILAN DALAM DUNIA NI?
Anyonyo manjanya Intan. Nak berkenalan? Tinggal number henpon diruangan komen.
Setel kata ko! Lincheeeeennnnnn.
Makan semua ni + 2 ice lemon tea + 2 warm water is
RM168.10. Share 4 orang, so sorang RM42.00 tu yang Isnin - Rabu dah tak boleh makan sebab dah over
budget. Hahahaha. Dyba tu siap ada tabung ok? Sehari amek RM10.00 je. Kekadang
kalau nak beli barang dekat Watson ke apa, kena makan siap-siap dekat café office
kitorang ni sebab KLCC makan mahal. Takpon order set Ayam Penyet, air bawak dari office punya taknak lebih RM10.00 Hahaha. Makan nak kira budget, tapi memasing kalau pergi Watson memang lupa diri. Semua menda nak beli. Macam Si Intan, siap Tiger Balm pon beli.
Merapu-rapu je. Pantang ada promotion, zaaaaapppp dah sampai ke Watson. Tapi
bagus Watson sebab kekadang dia sale Innershine murah. Time tu memang berbaloi
kalau beli sedozen terus.
-eNd-
Teka perut siapa? Hahahaha.
hahahahhaa..kemain siap ada tabung makan laagi..mggu dpn mkn nasi ayam kunyit la 3 hr..xpon tapau mkn kat kentin nasi+telo kicap+ayam kecik seketol= rm4.50..haha
ReplyDeleteamboi sedapnnya alahai..lama pulak tak makan kat sana mih mmh pendorong nak makan kat sana nih :)
ReplyDeletesronok makan ngan geng.. akak kalo teka perut siapa tu menang dapat hadiah tak?? hahahaa
ReplyDeletegase gase cm perut ka dyba ni kak su... ye ke idok....
ReplyDeleteperut dyba eh eh eh hahaha
ReplyDelete