Assalamualaikum..
Shein dah dapat dia punya taekwondo suit. Haritu
dapat je, Sazli dah rendam dalam sabun sampai pudar tulisan. Hahaha. Punya
taknak Shein gatal bila pakai. Baju tu size dia besar dari Shein punya umur sebab
size paling kecik ialah 5-6 tahun tapi bila Shein pakai, molek je. Cuma labuh
sikit dekat lengan and seluar tapi apa ada hal? Pakai seluar lipat la baru imej
Abang Kawasan. Kan? Shein pakai jer baju tu, terus la dia hiyaaaarhhhhhhk lawan
I. Hahaha. I rasa Shein sorang je kot yang tak dengar arahan coach. Dia kira
macam berlatih syok sendiri la. Baju
taknak kalah. Siap ada nama. Mama dulu masa sekolah belajar kompang je. Takde
der nak kelas taekwondo ke apa.
Ececece. Macam paham je ko kan Shein? Pakai je baju ni samadengan lawaaaaaan
Suka dia memanjat dekat palang-palang ni
Aktiviti yang sekolah Shein sediakan untuk dia ni I
suka. At least tadek la belajar all the time. Dorang ada macam kelas kraf, ada
taekwondo, ada celebration special day macam Teacher’s Day, Mother’s Day etc.
So best la macam tu. Macam kelas Taekwondo ni ada every Friday so dari rumah Sazli
dah siap-siap la pakaikan Shein Taekwondo Suit. Later I kirimkan skali baju
sekolah dia (collar shirt dengan long pants) and Teacher Ainu akan tolong
salinkan lepas kelas habes. Kira macam kiter sekolah dulu, waktu PJ la. Kan?
Pakai baju dekat dalam lepas tu pakai seluar dalam kain. If ada yang pakai kain
nampak seluar I yang menyirap. Sebab nampak selekeh. Haha.
I baru paham yang sekolah Shein, Building Blocks
International (BBI) ialah ‘Sekolah’ and bukan ‘nursery’ yang register under KPM
(Kementerian Pendidikan) and bukan under JPM (Jabatan Kebajikan). That’s why
Shein datang sekolah dah kena siap and tak boleh hantar waktu masam-masam and
tak mandi. Waktu jerebu bebaru ni pon if KPM bagi arahan suruh tutup, so BBI
kena tutup or if not nanti dorang kena compound. Soooo I heard. Sebab I tengok,
ada sesetengah Nursery under JKM sebok nak tutup jugak sampai menyusahkan Mak
Bapak terpaksa ambik cuti lama-lama sebab nak jaga anak.
Taekwondo Malaysia (WTF) Suit for Sheindong Kedondong
Disebabkan jerebu ni habes menyusahkan semua orang.
Tapi tak baik la korang menunding jari pada cikgu-cikgu sebab kononnya mereka
ambik kesempatan cuti waktu macam ni. Siap ada yang kata ‘No wonder la cikgu ni setakat jadik cikgu je. Tak jadik doktor,
engineer, architect’. Amboi bahasa. Semua bijak pandai yang ada sekarang ni
lahir-lahir terus pandai ke? Tak payah cikgu ajar? Nak cakap main cakap jer.
Kiter kena la paham, walaupon semua ni ganggu kiter punya routine tapi tak
baiklah sampai nak mengata cikgu-cikgu. Dorang tu cikgu yang mengajar dekat
sekolah, bukan nanny anak korang.
Dalam kes I, I just bengang dengan nursery yang
sah-sah tertutup and pasang aircond tapi still nak tutup. Nak take things for
granted kenapa? Bukan bebudak tu ada outdoor activity pon. Yang ni pulak,
pemilik nursery kena la bertimbang-rasa sikit. Hari ni kalau kiter tolong
orang, esok lusa Allah pulak tolong kite dalam keadaan yang kiter tak jangka.
Kan?
Eh, tadi padahal nak cakap Taekwondo kan? Tetiba
emos. Haha. Ok sambung. Esok lusa kalau Shein dah paham arahan and dah boleh
cakap macam orang lain, I nak hantar dia pergi kelas Taekwondo yang dekat Kidz
Sports and Gym dekat GE Mall tu. Kat situ kelas ballet pon ada. Yang tu kiter
reserve untuk Adik Shein (berangan)
-eNd-
3 comments:
amboiii shein.. lepas ni siap la mama kena gasak
mummy ayu : sekarang pon dah jenuh kena gasak
kemainnnn dia. nmpk abang2 sangat.. hehe
Post a Comment