Wednesday, November 4, 2015

Dalan D'Olive di TM Menara Rebung dari 4-6 November 2015

Assalamualaikum..

Kak Ruhaidah dari dalan d’Olive akan bukak booth di TM Menara Rebung bermula dari harini sampai Jumaat n (4-6/11/2015). So kepada sesiapa yang ada di Menara Rebung boleh la pergi cari Kak Ruhaidah untuk beli product dari d’Olive. Teruamanya Haizan Qaseh, Mimy Hamid and Liana. Hahahaha. I dah guna banyak product dari jenama ni, memang puas hati. Memang la dia tak popular macam jenama yang ada dekat pasaran sekarang tapi memang worth it to try sebab bau dia sangatlah wangi and product ni mild tau?

I guna body butter and lotion dia sampai la sekarang. Keep I punya kulit moist. Sebab duduk dalam aircond kan nanti kulit cepat dehydrate? Dah la bau wangiiiiiiiiiiiiiiiiii. Wangi macam rasa nak gigit! Lepas tu kalau korang guna sabun dia, or shampoo dia memang terasa lembut kulit/rambut lepas guna. Lembut macam baby sebab kandungan olive oil yang ada dalam product ni. Olive oil memang bagus pon untuk kecantikan kulit. Ni I punya pengalaman sendiri dengan dalan D’Olive. Lagipon Kak Ruhaidah ni sangat la baik orangnya. Lembut jer. Dia layankan ajer perangai kitorang hingaq dekat booth dia kalau dia datang Menara Felda. Hahaha.


Sabun untuk buang selulit yang degil ni RM19.00 (Mimy aku paksa ko beli ni)



Intensive 20ml Cuma RM10.00. bagus giler krim ni kalau ada gatal-gatal macam kena gigit nyamuk or eczema. Semua jenis gatal ok kecuali kalau gatal nak kawen lain, ubat ni tak boleh membantu.


Shampoo set only RM50.00


Lotion Size 250 ml ni Kak Ruhaidah bagi special price. RM23.00 sahaja. Harga asal RM25.00 ok?

Kalau korang nak body butter, kena jumpa Kak Ruhaidah and mintak dia simpankan. Stock only sampai dekat tangan dia dari Turki pada hari Jumaat ni. Yang Body Butter tu I memang rekemen giler sebab bagi I, Body Butter dalan D’Olive ni TERPALING BAGUS di pasaran. Body Shop pon kalah. Dah la moist, bau wangi and lembap kulit dia tu if amek air semayang pon akan tinggal dekat kulit.

Selamat Bershopping!

HP : 013-3637901 (Kak Ruhaidah Darham)

-eNd-

No comments: