Assalamualaikum..
Macam dah lama kan tak citer pasal Sheindong
Kedondong ni ha. Ke ada je citer pasal dia sebenarnya tapi I luper? Hahaha. I
dah lost track. Gini la emak-emak bila anak dah nak masuk 3 tahun sampai
kekadang lupa nak amek gambar. Dulu masa tak cukup setahun, nak pulak anak
first, setiap 30 minutes sekali snap. Gittew. Anyway, sedikit perkembangan
Shein, today 12/11/2015 umur Shein genap 35 bulan. Bulan depan masuk 3 tahun.
Gigi banyak, Alhamdulillah tadek rosak tapi jarang-jarang. Dah la jenis senyum
nampak gigi bawah, macam Mama. HAHAHAHAHA. Berat dekat 18kg, tinggi tak ukur
tapi dia memang jenis tinggi.
Shein dah pergi sekolah yang serious since awal
tahun ni and dia akan sekolah dekat situ sampai la umur 6 tahun. InsyaAllah
kalau ada umur and ada rezeki. I tak plan nak bagi Shein stay dekat sini sampai
dia primary school (walaupon dekat sini ada home-school) sebab I nak Shein
sekolah dekat sekolah yang macam orang lain sekolah. Pakai uniform, beratur
makan kat kentin semua. Ada aktiviti kurikulum and ko-kurikulum.
Semalam
kena pakai baju ethnic Indian sempena Diwali Festival. Sekolah Shein ni
macam-macam la. Ini semua cost! Hahaha. Tapi macam ni la bagus sebenarnya,
kasik bebudak tu expose sikit pada
perayaan lain selain yang dorang biasa sambut. Kitorang amek jubah Shein
yang dah senteng and alter jadik baju kurta. Potong 2 inci, lepas tu belah
tepi. Setel!
Pakai
dengan vest. Hahahaha. Dah macam chetti nak kutip hutang.
Ni
Principle dia send gambar dekat whatsApp. Amboi kemain ko baik eh Shein? Elok
je berdiri. Kalau I yang suruh dia diam sebab nak amek gambar memang haraaaaam
dia nak stay. Haha. Muka tu geram je nak tunjal. Ni macam tak cukup quorum kekawan
Shein ni. Tu yang belakang tu Cikgu Subki, kepala sudah kena potong. Haha.
Shein pon sekarang dah count 1 – 10 tapi ikut mood,
70% masih guna bahasa Alien but dia punya sebutan perkataan dah increase day by
day. Al-hamdulillah. I pon semenjak bagi dia juice Caliph ni, tetiba rasa macam
Shein makin banyak pulak improvement. Still too early to say but progress dia,
I ada nampak. Nak cakap lebih tak berani but we just wait and see. I cuba bagi
dia 2 kali sehari macam disarankan and akan continue sampai bila-bila. Mana tau
dengan izin Allah kan? Shein cepat sikit bercakap. Dia kalau nampak buku je, terus bukak lepas
tu cakap, ‘pai peee, sheeeeee’. A B C
la tu kononnya. Tapi A jadik pai kenapa Shein? Hahah.
Kalau orang tumpahkan apa laju je, ‘Aaaa aaa. Ayook!’. Manja tok sah nak
cakap la. Kekadang geram nak tunjal but sebab sayang takper la Mama redha.
Paling banyak sabar Sazli la. Memang dia sekarang sabar tahap langit ke tujuh.
Sazli sangat tolerate dengan Shein, cuma I je la cepat nak cubit. Geram. Tapi masalahnya Shein kalau I cubit dia,
dia cubit balik. Melawan. Lepas tu kuat merajuk. Kata la kalau I marah dia kan?
Nanti selagi tak cakap ‘Mama mintak maaf
yer Shein. Jom kawan’ Selagi tu
laaaaaaaaaaaaaa dia cakap dengan dinding. Hahaha.
Shein, nak adik tak? Kbye.
-eNd-
comelnya shein....rasa nak tarik je pipi tu...
ReplyDeletealamak! mama shein da marah....ayooo
:p
sofie adie : hehehehe. sekali cubit kena bayar pengeras
ReplyDeletealaaa comel je gambar dia reramai tu..pintal pintal tgn behave je :D
ReplyDelete