Thursday, November 12, 2015

Sheindong Kedondong

Assalamualaikum..

Macam dah lama kan tak citer pasal Sheindong Kedondong ni ha. Ke ada je citer pasal dia sebenarnya tapi I luper? Hahaha. I dah lost track. Gini la emak-emak bila anak dah nak masuk 3 tahun sampai kekadang lupa nak amek gambar. Dulu masa tak cukup setahun, nak pulak anak first, setiap 30 minutes sekali snap. Gittew. Anyway, sedikit perkembangan Shein, today 12/11/2015 umur Shein genap 35 bulan. Bulan depan masuk 3 tahun. Gigi banyak, Alhamdulillah tadek rosak tapi jarang-jarang. Dah la jenis senyum nampak gigi bawah, macam Mama. HAHAHAHAHA. Berat dekat 18kg, tinggi tak ukur tapi dia memang jenis tinggi.

Shein dah pergi sekolah yang serious since awal tahun ni and dia akan sekolah dekat situ sampai la umur 6 tahun. InsyaAllah kalau ada umur and ada rezeki. I tak plan nak bagi Shein stay dekat sini sampai dia primary school (walaupon dekat sini ada home-school) sebab I nak Shein sekolah dekat sekolah yang macam orang lain sekolah. Pakai uniform, beratur makan kat kentin semua. Ada aktiviti kurikulum and ko-kurikulum. 


Semalam kena pakai baju ethnic Indian sempena Diwali Festival. Sekolah Shein ni macam-macam la. Ini semua cost! Hahaha. Tapi macam ni la bagus sebenarnya, kasik bebudak tu expose sikit pada  perayaan lain selain yang dorang biasa sambut. Kitorang amek jubah Shein yang dah senteng and alter jadik baju kurta. Potong 2 inci, lepas tu belah tepi. Setel!



Pakai dengan vest. Hahahaha. Dah macam chetti nak kutip hutang.


Ni Principle dia send gambar dekat whatsApp. Amboi kemain ko baik eh Shein? Elok je berdiri. Kalau I yang suruh dia diam sebab nak amek gambar memang haraaaaam dia nak stay. Haha. Muka tu geram je nak tunjal. Ni macam tak cukup quorum kekawan Shein ni. Tu yang belakang tu Cikgu Subki, kepala sudah kena potong. Haha.

Shein pon sekarang dah count 1 – 10 tapi ikut mood, 70% masih guna bahasa Alien but dia punya sebutan perkataan dah increase day by day. Al-hamdulillah. I pon semenjak bagi dia juice Caliph ni, tetiba rasa macam Shein makin banyak pulak improvement. Still too early to say but progress dia, I ada nampak. Nak cakap lebih tak berani but we just wait and see. I cuba bagi dia 2 kali sehari macam disarankan and akan continue sampai bila-bila. Mana tau dengan izin Allah kan? Shein cepat sikit bercakap.  Dia kalau nampak buku je, terus bukak lepas tu cakap, ‘pai peee, sheeeeee’. A B C la tu kononnya. Tapi A jadik pai kenapa Shein? Hahah.

Kalau orang tumpahkan apa laju je, ‘Aaaa aaa. Ayook!’. Manja tok sah nak cakap la. Kekadang geram nak tunjal but sebab sayang takper la Mama redha. Paling banyak sabar Sazli la. Memang dia sekarang sabar tahap langit ke tujuh. Sazli sangat tolerate dengan Shein, cuma I je la cepat nak cubit.  Geram. Tapi masalahnya Shein kalau I cubit dia, dia cubit balik. Melawan. Lepas tu kuat merajuk. Kata la kalau I marah dia kan? Nanti selagi tak cakap ‘Mama mintak maaf yer Shein. Jom kawan’  Selagi tu laaaaaaaaaaaaaa dia cakap dengan dinding. Hahaha.

Shein, nak adik tak? Kbye.

-eNd-

3 comments:

Sofie Adie said...

comelnya shein....rasa nak tarik je pipi tu...
alamak! mama shein da marah....ayooo
:p

Chooyaya! said...

sofie adie : hehehehe. sekali cubit kena bayar pengeras

Unknown said...

alaaa comel je gambar dia reramai tu..pintal pintal tgn behave je :D