Pages

Thursday, June 15, 2017

Kisah PETAI

Assalamualaikum..

Puas hati dapat makan petai. Haritu Jana Whatsapp tanya nak tak petai. Tengok mata dia debab-debab sebesar duit shilling limaposen. Kata Jana fresh dari pokok di Perak. Kalau nak, Sabtu nanti dia hantar. Semua ada 96.00 papan and harga dia kasik RM150.00 sahaja untuk semuaaaaaa tu. Bapak la murah weh! Mana nak carik dekat KL dengan harga ni. Kekadang seikat ada 3 papan harga dah RM8-RM10.00 so terus la I cakap nak. Kitorang bahagi-bahagi dengan parents sekolah Shein. Semua pon hantu petai termasuk lah Reham and family. Dia sahaja ambik 40 papan. Reham ni orang Jordan tapi dia punya cinta pada petai melebihkan orang Melayu ok? Anak dia si Selma tu makan petai bukan buat ulam dah, tapi buat snack. Makan macam makan jajan. Kata Reham now everyday dia letak petai dalam salad dia. Sazli pon happy la dapat petai. Haritu dia belasah makan sahur buat macam lunch. Kemain ulam petai, pegaga, daun selom makan dengan nasik and cili + bawang + kicap. I tengok geleng kepala je. Haritu serik dah makan Sambal Petai waktu sahur. Makan memang sedap tapi lepas tu mulut rasa kuda. Rasa kuda tu ialah rasa tak sedap. Payau and bila bernafas pulak bau syurga. Hahahahaha. Yatie la ni ajar I cakap mulut rasa kuda. Dah I terikut. Ada readers tanya, ‘Kaksu, mulut rasa Kuda tu macam mana? Kaksu pernah makan Kuda ke?’ T___T


PETAI. Heaven! Ni macam –macam boleh masak. My favorite sambal petai cili padi la. Boleh masak sambal tumis udang + petai, boleh letak dalam nasi goreng and buat nasi goreng meletop and manu more. Kalau Eina Azman, dia buat spaghetti pon letak petai. Tu hardcore level dah tu.


Tengok? Besar kan mata dia? Biasa yang kat KL ni besar edamame je. Kecik! Nak kasik besar kena rendam la semalaman dalam air baru dia kembang.


My Favorite. Sambal Petai cili padi. Senang je masak. Potong bawang merah, cili padi. Tumis. Masukkan air asam jawa, gula dan garam lepas tu masukkan petai and ikan bilis goreng. Siap! Makan ni jer mesti bertambah.

I suka jugak petai jeruk. Makan dengan Ikan Patin Masak Tempoyak punyalah sedap. Petai tu pulak campur dengan cili padi yang warna merah tu. Sedapnyaaaa!! Sazli pulak tak suka petai jeruk. Dia suka petai biasa je. Ulam pon ok, or masak sambal cili padi. Yang lain dia kurang. I ingat esok nak buat la nasik goreng petai. Nak abeskan stock yang 20 papan tu. Nak kopek pon seksa.. Buruk la kuku Siti Nohaliza. Mak pesan, petai kena belah dua takot ada ulat dalam dia. So I akan kupas kulit ari dia and belah dua lepas tu rendam dalam air garam. Sebelum ni pernah makan petai jeruk yang tak buang kulit ari. Dah berapa ekor ulat la I dah makan. Hahaha. Takper. Bak kata Mr David, ‘All mineral’. Shein tak suka petai. Haritu dia makan satu buat-buat nak muntah. Ngada. Dia ingat dia anak Mat Saleh? Dia jangan ingat nama dia Shein, dia boleh buat-buat muntah makan petai. Haritu masa bagi durian pon dia nak muntah. Eh, ngada la nko ni Shein. Kata Shariffah dekat sekolah elok je makan petai. Depan Mama keluar la drama dia. Pang nak?

-eNd-

No comments:

Post a Comment