Assalamualaikum..
Puas hati dapat makan petai. Haritu Jana Whatsapp
tanya nak tak petai. Tengok mata dia debab-debab sebesar duit shilling limaposen.
Kata Jana fresh dari pokok di Perak. Kalau nak, Sabtu nanti dia hantar. Semua
ada 96.00 papan and harga dia kasik RM150.00 sahaja untuk semuaaaaaa tu. Bapak
la murah weh! Mana nak carik dekat KL dengan harga ni. Kekadang seikat ada 3
papan harga dah RM8-RM10.00 so terus la I cakap nak. Kitorang bahagi-bahagi dengan
parents sekolah Shein. Semua pon hantu petai termasuk lah Reham and family. Dia
sahaja ambik 40 papan. Reham ni orang Jordan tapi dia punya cinta pada petai
melebihkan orang Melayu ok? Anak dia si Selma tu makan petai bukan buat ulam
dah, tapi buat snack. Makan macam makan jajan. Kata Reham now everyday dia
letak petai dalam salad dia. Sazli pon happy la dapat petai. Haritu dia belasah
makan sahur buat macam lunch. Kemain ulam petai, pegaga, daun selom makan
dengan nasik and cili + bawang + kicap. I tengok geleng kepala je. Haritu serik
dah makan Sambal Petai waktu sahur. Makan memang sedap tapi lepas tu mulut rasa
kuda. Rasa kuda tu ialah rasa tak sedap. Payau and bila bernafas pulak bau
syurga. Hahahahaha. Yatie la ni ajar I cakap mulut rasa kuda. Dah I terikut.
Ada readers tanya, ‘Kaksu, mulut rasa Kuda tu macam mana? Kaksu pernah makan
Kuda ke?’ T___T
PETAI.
Heaven! Ni macam –macam boleh masak. My favorite sambal petai cili padi la.
Boleh masak sambal tumis udang + petai, boleh letak dalam nasi goreng and buat
nasi goreng meletop and manu more. Kalau Eina Azman, dia buat spaghetti pon
letak petai. Tu hardcore level dah tu.
Tengok?
Besar kan mata dia? Biasa yang kat KL ni besar edamame je. Kecik! Nak kasik
besar kena rendam la semalaman dalam air baru dia kembang.
My
Favorite. Sambal Petai cili padi. Senang je masak. Potong bawang merah, cili
padi. Tumis. Masukkan air asam jawa, gula dan garam lepas tu masukkan petai and
ikan bilis goreng. Siap! Makan ni jer mesti bertambah.
I suka jugak petai jeruk. Makan dengan Ikan Patin
Masak Tempoyak punyalah sedap. Petai tu pulak campur dengan cili padi yang
warna merah tu. Sedapnyaaaa!! Sazli pulak tak suka petai jeruk. Dia suka petai
biasa je. Ulam pon ok, or masak sambal cili padi. Yang lain dia kurang. I ingat
esok nak buat la nasik goreng petai. Nak abeskan stock yang 20 papan tu. Nak
kopek pon seksa.. Buruk la kuku Siti Nohaliza. Mak pesan, petai kena belah dua
takot ada ulat dalam dia. So I akan kupas kulit ari dia and belah dua lepas tu
rendam dalam air garam. Sebelum ni pernah makan petai jeruk yang tak buang
kulit ari. Dah berapa ekor ulat la I dah makan. Hahaha. Takper. Bak kata Mr
David, ‘All mineral’. Shein tak suka
petai. Haritu dia makan satu buat-buat nak muntah. Ngada. Dia ingat dia anak
Mat Saleh? Dia jangan ingat nama dia Shein, dia boleh buat-buat muntah makan
petai. Haritu masa bagi durian pon dia nak muntah. Eh, ngada la nko ni Shein.
Kata Shariffah dekat sekolah elok je makan petai. Depan Mama keluar la drama
dia. Pang nak?
-eNd-
No comments:
Post a Comment