Assalamualaikum..
Hari raya ni kemain heaven eh makanan memasing?
Time puasa lose 3kg, lepas tu Syawal end naik 5kg. Hahahahaha. Haritu masa Raya
Kedua Kaklong buat Ayam Masak Kicap bapak la sedap. Kaklong tu masak apa jer
yang tak sedap. Last time masa I mintak resepi nak buat rendang ikan tenggiri
dekat Mak Azizah, dia cakap ‘Dik, ko
belajar la masak. Nanti kalau aku takde, raya nanti ko la kena masak’. Dah
jangan nak buat cerita sedih dekat sini. Nanti aku nanges sapa nak pujuk? Actually
kalau Hari Raya, Ayam Masak Kicap memang a must. Sebab tu favorite I. Usually
makan Hari Raya Pertama tapi naseb this year Kaklong buat masa Raya Kedua sebab
masa Raya Pertama dah terlalu banyak makanan. Kat rumah ni kalau masak macam
buat kenduri. Mana yang makan, mana yang frozen. Yang frozen tu biasa I bagi
pada Mak Azizah. Dia sukaaaaaaaaaa makan yang Kaklong masak. Sehari ambik
sesudu je dia panaskan. Punya sayang takot cepat abes. I taktau la nak cakap
macam mana sedap Kaklong masak, Cuma family kitorang je yang tau. Haaa Rish
pernah rasa rendang Kaklong 2 tahun lepas. Tahun ni kata nak datang. Orang dah
siap kaki kambing semua last tetiba Raisa kena chicken pox tak boleh la datang.
Takde rejki. Harini I share gambar makanan yang I makan sepanjang minggu lepas.
Ada banyak lagi, tapi pilih-pilih la. Aku tengok pon seram. Hahahahaha.
Sedapnya
Ayam Masak Kicap. Jangan lupa letak suhun dengan lada sulah. Baru rasa kick.
Kicap pulak guna Kicap Cap Udang Merah. Nothing fancy pon. Tapi maybe air
tangan Kaklong buat Ayam Masak Kicap ni extra sedap.
I
buat Sambal Belacan Limau Kasturi lawan makan dengan Ayam Masak Kicap. Ulam
timun kecik tu. Perrrrrgh!! Sazli makan bertambah-tambah! Sambal belacan ni I
letak lada besar, lada kecik, bawang putih, gula, garam, belacan and limau
kasturi. Sedap!
Ni
Ice-Cream cake Bapak belikan untuk Mak sempena 63th Birthday dia dekat Spectrum
Ampang. Pon sedap!
Yang
ni I tak sure nama apa. Mak Saudara I dekat Singapore bawak dari sana ke
Kampung Kuala Paya, Segamat masa I ziarah Mak Teh I meninggal last week. Dia
macam karipap tapi bentuknya bulat.
Dalam
dia penuh dengan kentang and makannya dengan sambal ni. Sedap! Sapa tau apa
nama kuih ni?
Masa
dekat Kuala Paya, lunch dekat rumah Paksu Endut. Dorang masak Ikan Lampam Masak
Tempoyak. Terliur lettewwwww.
Ni
pulak Dominos Pizza. Usually I order menda yang sama je. This time around,
order yang lain pulak. Yang ni Prawn Sensation extra cheese. Sedap!
Yang
ni pulak Mushroom Pepperoni. Also extra cheese. Korang try ok? Crust dia jangan
ambik yang tebal. Nanti kenyang sangat. I makan 4. Hahahaha banyaknya!
GF
bekalkan I dengan Pisang Embun dari Jengka. Masak ranum! Wangi and sedap rasa dia.
I buat cekodok pisang. Pisang + tepung sikit + gula sesudu + secubit garam.
Takyah letak bicarbonate soda pon. Punya sedap!
Ni
pulak Cucur Kentang. I bedal letak kentang, carrot, bawang besar and ikan bilis
tumbuk. Bancuh dengan air sejuk peti ais + sebiji telur. Pon sedap. Harap Ain
tak bebulu la I tak habes-habes puji masakan sendiri ni. Hahahahaha.
Now weekend memang penuh dengan undangan Open
House. Seronok jugak penuhi undangan Open House. Ada jugak kawan-kawan I tanya,
tak buat Open House ke? Nanti la eh, InsyaAllah ada rezeki bila ada rumah yang
selesa sikit boleh la buat. Sekarang ni I takde mood la berkemas beria. 2 bilik
je dah jadik wardrobe dah. Baju melambak-lambak. Nanti kena la sort out pilih
mana yang boleh pakai, mana yang tak boleh. I agak, satu almari yang dalam
bilik tu SEMUAAAAAAAAAAAAA kena letgo. Taknak dah sayang-sayang sebab bukan
pakai pon. Keep mana yang nak pakai sahaja. Serious dah terlalu banyak baju.
Sama naik Abah Shein, Shein dengan Mama Shein. Tu yang I mintak pada Sazli, I
nak walk in wardrobe. Senang nak letak baju. Untuk semua yang banyak activity
makan-makan, jangan lupa minum banyak air kosong. Nanti perut upset pulak masuk
yang bukan-bukan. Macam anak buah I Along masa Raya Pertama perut terkejut
makan rempah semua sampai diarrhea. Sian dia tak enjoy makan masa BBQ. Oklah bye.
-eNd-
4 comments:
Kuih tu nama roti bawean atau roti boyan. Letak gugel kak su resepi semua adoooo je. Sedappp!!!
tu kuih panggil kuih boyan kak su, my mil singaporean mmg manjang ade je kuih ni
Tu namanya roti boyan sis. I pun dok panggil karipap bulat sejak menjak duduk sg baru la tau nama sebenarnya. Mmg famous kt sini. Tapj karipap pulak diorang panggil epok2.
Roti boyan nama dia...
Post a Comment