Assalamualaikum..
Kita throwback sikit peristiwa 2 hari menjelang
hari raya, Ok? On Friday tu, Shein ikut Abah dia pergi kerja. Sebab Sazli pon
kerja half day… Banyak company yang bagi half day termasuklah office I. I dekat
rumah setelkan kain baju untuk bawak balik ke rumah Bapak – Kampung Jengka –
Rumah Bapak balik sebelum balik rumah sendiri on Sunday the next week pulak.
Khamis Raya Ke-5 tu Bapak ada kerja dekat London and Mexico so kitorang teman
la Mak sebelum masuk kerja makaaaaaaaaaa banyak la nak kena packing pakaian.
Kitorang guna bag sorang 1. I dengan Shein guna bag peti tu. Senang macam tu if
not like last year I campur barang Shein and barang I. Masuk hari kedua takde
der ambik elok-elok dah. Gaul macam rojak je. Kah kah kah. Shein punya bag peti tu I beli on Thursday
dekat Ampang Point . Sebab ada discount so terpaksa beli hahaha. Jenis apa tak
ingat tapi plastic la. I tengok masa dia demo pulas-pulas pijak tak patah so ok
la. Kekadang bag jenis peti ni naik kapalterbang kena campak-campak boleh
pecah tapi yang I beli ni nampak macam kuat. Harga tak sampai RM300.00 pon. Khamis tu
I nak ambik baju dekat Eisya Syakira area Subang sana nun. Dah sampai Bukit
Jalil tetiba Waze tak boleh guna due on high traffic user. Pundek betul. Dah
kalau waze tak boleh guna jawapan dia menganga je la. Sesia la terperap dalam jem 2 jam sudahnya baju
tak dapat nak ambik. Naseb Sazli offer nak tolong ambikkan on Friday tu but
sudahnya baju tu sampai sekarang tak pakai-pakai pon lagi. Kah kah kah. Takper,
open house dah berderet-deret ni. Untuk Open House tahun ni I cuba untuk pakai ‘Baju
Raya’ betul. Saja nak kasik semangat raya sikit. Cecece
Time
ni kening Shein ok lagi. Haha. Seronok la dia dapat toys Abah belikan. Shein
suka character penjahat dari hero. Macam Ultraman dia suka monster. Ultraman
dia kurang sikit. Yang dia pegang rupa telinga gajah tu I tanya Shein, ‘Shein, what is your monster name?’ Dia
jawab ‘Mama. Ni Mamaaaaaaaaaaa’
T____T
Dipilih
Shein, dipilih.
Sazli bawak Shein pergi Toys punya kedai dekat
Amcorp Mall. Dekat sini ada banyak la Monster and Ultraman Series, Iron Man,
Real Steel and segala mala jenis toys dari sekecik-kecik sampai sebesar size
Shein. Shein pon meroyan la sampai sana. Pegang sana lepas, pegang sini lepas.
Hahahaha. Sudahnya dalam banyak-banyak tu, dia ambik Toys yang dekat gambar
atas tu je tadi. Suka la Sazli sebab tak sampai RM100.00. Dia memang dah niat,
mana Shein nak dia akan belikan ajer sebab dia guboy masa hari Jumaat tu.
Mendengar kata. Abah bawak dia pergi office and settle a few kerja pon dia
behave je takde susahkan Abah. Belakang I dekat rumah tengah setelkan kain.
Bukan setakat kain untuk packing tapi kain untuk basuh, lipat and sidai jugak.
I kalau nak tinggalkan rumah memang kena setel semua kerja. Sebelum keluar tu,
rumah kena berbau wangi. Kalau tak, I tak puas hati. Towel senget pon kalau I
lupa nak betulkan, I sanggup je naik atas semula betulkan. Hahahaha.
Ok,
dah siap dah semua bag untuk ‘balik kampung’ dekat Seri Tanjung. 5 minutes away
from home. Hehe. Bag Merah Mama punya paling besar, yang kecik biru tu Shein
punya. Abah punya yang sebelah tu. Shein pegang bag mekap Mama and dalam Vincci
Paperbag tu I letak menda entah. Dah lupa.
Esoknya I sebok buat Buritos. Keluar pukul 12.00pm
kot ke Giant Ampang Point untuk beli barang-barang nak buat Buritos dengan
Sazli. Sementara I ke Ampang Point, Sazli balik rumah kitorang sekejap ambik
dia punya Kain Samping and collect baju raya dari Kedai Pakistan. Dah siap
semua masak Buritos, I keluar balik dengan Sazli nak hantar alter sikit
pinggang baju I. Naseb la datang siang sebab kedai tu tutup pukul 5.00pm.
Phewwwww kalau tak buruk la baju raya I. Dari Kedai Pakistan kitorang ke rumah
Aliah untuk collect baju Shein yang I kirim pada Aliah beli dekat Primark
London. Senang tahun ni baju raya kirim Aliah je. Bahaya kalau beli sendiri
sebab takot burst budget. I tetiba rasa nak beli handbag raya so paksa Aliah
jual handbag raya dia dekat I. Dapat! Woo hoooooooooooooooo! Hahahahaha.
Gambar
sebelum kejadian Khatiq lenyek kaki Aliah. Hahahaha. Ni one day sebelum raya.
Hikmah kaki kena lenyek, tak pepasal dapat Chanel sebijik. Untunglaaaaa ongkaya
raya handbag nak Chanel jer. Apa barang Prada.
Sampai
sekarang dedua bag raya masih dalam paper bag.
Dari rumah Aliah, kitorang ke rumah Tok nak collect
Ketupat Pulut, Gulai Daging dengan Kuah Kacang. I suka kuah kacang Tok sebab
dia lain dari lain. Kacang dia tok blend hancur sikit lepas tu letak lengkuas,
air asam jawa dengan gula Melaka. Rasa manis, masam semua cukup. Ever since
makan Tok punya kuah kacang, I dah rasa susah Kuah Kacang orang lain nak lawan.
Dari rumah Tok, balik semula ke rumah Bapak and ready for berbuka puasa. Kita
berbuka simple je harini. Teringat last year gigih I buat Soto sorang-sorang
complete dengan bergedil. I ni kalau sampai roh memasak memang gigih. Macam
lipas kudung buat kerja sorang-sorang tatkala Sazli, Bapak and Shein take a
beautiful nap dekat hall bertemankan aircond and Tv. Menyirap jeeeeeee tapi ini
cerita tahun lepas la. Tahun ni buat Buritos je.
Malam
ni Sazli bagi Shein main Bunga Api. Beli yang tak bahaya je. I paling takot
mercun bola. Kuat kot bunyik dia + bahaya. Banyak tangan orang hancur kena
penangan mercun bola. Seram I tengok gambar. Korang jangan la eh main mercun
bola tu. Bahaya.
Baba
pon kena paksa ambik gambar oleh Shein. Hahahaha.
Ada
orang tak tahan tengok gambar Buritos dalam group. Sanggup datang. Hahahaha. Ni
Along, anak buah I yang sulong.
Shein
dah masuk tido semua, Sazli ajak I teman dia cuci kereta, top up touch and go,
isi minyak and makan Maggie Goreng dekat Pelita.
Terjumpa
dekat #teamrayaKL Ms Shariffah and Mr David. Jumpa jugak dengan Liyana
Blogger tapi segan nak ambik gambar. Hehe.
Hello
Mr David! Dapat kitorang beraya bersama on raya eve.
Dekat Pelita ramai orang lepak minum. Masa kitorang
balik around 2.30am tu pon still ramai lagi yang lepak. I wonder, dorang ni tak
mengantuk ke pagi esok? Takkan tak pergi Solat Sunat Aidilfitri kot? Ishk, tak
paham la dengan #teamrayaKL yang
boleh lepak kedai Mamak sampai ke pagi ni. I sampai rumah, salin seluar terus
boooooom berenang atas katil. Kena tido terus sebab esok dah Hari Raya!
Sebenarnya dalam banyak-banyak waktu Ramadhan – Syawal I PALING suka suasana
1-2 hari sebelum raya and jugak raya eve. Rasa macam seronok lain macam susah
nak describe dengan perkataan. Taktaulah tahun depan ada ke umur untuk rasa
nikmat raya macam tahun ni…. Mungkinkah ini Ramadhan yang terakhir dan Syawal
yang terakhir, we never know…. Di kesempatan ini, I nak menyusun sepuluh jari
memohon ampun dan maaf sekiranya selama I menulis, ada menyinggung perasaan
sesiapa secara sengaja atau tak…. Ok? Love you all (tetiba).
-eNd-
No comments:
Post a Comment