Assalamualaikum
SELAMAT HARI RAYA! Al-hamdulillah selamat dah kita
semua kembali ke habibat asal ye memasing? Ada orang yang harini masih bercuti,
kemain sambung cuti punya lama. Ada yang Khamis dah masuk kerja (Intan). Ada
yang dah put on weight lepas tu gelabah nak puasa enam harini (Sazli) and ada
yang menten berat badan ehem-ehem. Korang raya tahun ni macam mana? Banyak tak
collect duit raya memasing? I kan, tiap kali bagi duit raya dekat kanak-kanak
mesti pesan dekat emak memasing. ‘Duit
raya masuk bank tau? Mulakan dari awal. Nanti tetau banyak je duit dalam bank’.
Sebab Shein, memang dari dia kecik sampai la sekarang dah 5 kali beliau
menyambut hari raya, memang Sazli masukkan semua dalam bank. Now cukup dah nak
beli Chanel Boy sebijik. Tapi ku tahan Jebat. Hahahaha. Shein tu kalau orang
bagi dia duit kekadang dia bagi balik, kekadang dia bagi Abah siap pesan ‘Ni Shein ni…’ (Dia punya duhet) and
kekadang dia buat bunga rampai lambung dengan gembira. Mana tau appreciate.
Shein, kalau tak tau appreciate meh emak kau tolong ‘simpankan’. HAHAHAHAHA. I semalam baru sampai rumah sendiri balik.
Jem sekejap otak sebab dari Jumaat duduk rumah luas dari rumah Bapak ke kampung
ke rumah Bapak balik lepas tu semalam balik rumah sendiri rasa keciknyaaaa.
Shein dah tak boleh lari-lari dah. Haha. Tapi yang paling bagus ialah I dah
siap lipat kain yang segunung Kinabalu tu. Woo hooooooo!!! Packing kain baju
macamkan nak holiday 2 minggu mana tak becinta nak menyusun balik.
Macam
biasa, pagi raya kita dekat rumah Bapak la. Shein takde songkok pon sebab dia
jenis pakai songkok 3 saat je. Susah!
Kitorang macam biasa lah, routine tetiap tahun
memang macam ni. 2 hari sebelum raya ‘Balik Kampung Bapak’ dekat Seri Tanjung
Ampang. Perjalanan memakan masa kurang dari 5 minutes. Al-hamdulillah takde
jem, takde polis and takde kena saman. Hahahahahha. Sehari sebelum raya, Mak
cakap nak makan Burito’s so anakanda pon menunaikan lah impian Mak. Kitorang
jenis rock and roll. Takder der nak masak rendang bagai. Burito’s sudey. Bapak
beli daging untuk buat daging bakar. Sazli nak makan malam nanti masa layan
Shein main bunga api. Petang sebelum raya, sempat jumpa Aliah Ongkaya nak ambik
handbag raya I sebelum pergi ambik Gulai Daging, Kuah Kacang and Ketupat Pulut
dekat rumah Tok Che Amah dekat Teratai. Malam tu sesambil layan Shein main bunga
api, kitorang makan daging bakar cicah air asam pedas yang I buat. Pedas level
nak penerajang je sesapa lalu depan mata. Lepas tu Along ada datang, nak makan
Burito’s, tak tahan dia nampak I share dalam Group. Hahahaha. Along pon raya KL
dulu. Raya pertama baru balik Jengka rumah Atok. Nanti entry sebelum hari raya,
I update later ok?
SUSAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHNYA
nak ambik gambar dengan Shein tahun ni. Dia bedal taknak ambik gambar. I sikit
lagi nak nanges. Dah almost give up. Tapi kata Bapak, bagi Shein time. Jangan
paksa, jangan kejar. Nanti dia nak la tu. Lepas umpan eskrem dapat la snap. Ni
yang terbaik dari 60 juta gambar lain yang goyang la, I tangkap dia la. E!
Selfie
sekeping. Sazli double chin takpe yang penting Mama punya gambar Ok.
Hahahahaha.
Dari rumah Bapak, lepas sessi ambik gambar and
makan-makan kitorang ke rumah Tok Che Amah pulak. I pagi tu punya nervous nak
mandikan Shein sebab dia ni kekadang susah wooo nak tolerate bila bab mandi.
Nak mandi payah, dah siap mandi dah payah nak pakai baju pulak. Kusssssss
semangat. Tapi cun la I punya time arrangement. Elok Bapak, Mak and Sazli balik
Solat Sunat Aidilfitri, I dah siapkan Shein. Hensem dia pakai baju melayu.
Kening dah la tobek. Taktau masa bila dia ambik shaver and cukur kening dia.
Sazli la perasan. Dia cakap pelik nampak muka Shein. Belek punya belek, rupanya
kening dah gondol sikit. Dah macam Abang Jebat dah rupa Si Shein. Dekat rumah
Tok ada family Cik je. Paklang, Pak Njang dengan Pak Su semua turn raya rumah
isteri. Dah mintak gambar dekat Safia, tapi sampai kesudah tak dapat. Hahahah.
Ok dah dapat! TQ Safia. Kebetulan sama pulak tema baju dengan Cik Sekeluarga.
Ni masa malam raya kedua, Bapak buat surprise dekat Mak for birthday dia. Ada family Cik and family Paklang datang (tak semua ada dalam gambar). Tetiba tengok ada Daler Yusuf sekali. Kemain hensem-hensem nak pergi mana tu? Yang baju merah tu Ezzaty cousin Sazli. Dia pelakon. Kawen dengan Azwan Kombos. Pelakon jugak.
Dalam
12.30pm kita gerak la ke Jengka. Slow movement sampai la lepas terowong. Lepas
tu dah ok dah. I agak ramai la kot Chinese naik Genting, tu yang slow and
banyak kereta tu. Nak marah dorang pon tak boleh sebab time CNY pon kita sama
sebok nak ‘beraya’ jugak.
Shein
sebelum terowong dah gone dah. Mama join selang 10 minutes. Sedar-sedar dah
dekat Tol Chenor. Lepas tu sambung tido balik sampai la kat Bandar Pusat. Hehe.
Sampai Jengka lebih kurang dalam 3.45pm macam tu.
Cuaca pon cantik ni. Semua orang dekat Jengka nampaknya bertahan pakai Baju
Melayu and Baju Kurung sampai ke petang. Serious Jengka panas. Panas melekit
punya. Baju kitorang pulak jenis kain tebal (Japanese cotton crepe ke menda
entah), siap ada butterfly 3D memasing yang tak menahan tu. Kata Eddy, ‘Semeter RM100? Mahalnya? Kenapa mahal
sangat? Boleh terbang eh?’ HAHAHAHA. Nak buat baju ni pon bukan senang eh?
Puas memikir mana nak letak rama-rama ni ha. I hantar Kedai Pakistan
kesayangan. Dekat sini kalau bagi baju dia boleh ikut sebijik-sebijik. Untuk
buat baju I, I kena bagi dia 3 jenis baju contoh untuk jadikkan yang macam I
pakai ni. Sehelai tiru lengan, sehelai tiru dari bahagian pinggang keatas and
sehelai kain untuk tiru design kain sahaja. Upah RM120.00 SAHAJA.
Tahun ni kita tema turquoise. Kain semua beli dekat Jakel. Mak dia ketua, tak boleh pakai warna baju sama (degil). Hahahaha.
Tu Kaseh dah besar dah. Darjah 5. Anak bongsu Kaklong. Seronok dia, dah tetua tetiba ada anak kecik, takde la sunyi sangat.
De dan anak-anak. Suami dia tak sampai lagi time ni. Besar dah Aiman tu. Dulu pendiam sangat. Now dah boleh la dengar suara. Kak Sha dah darjah enam. Amsyar sebaya Shein.
Budak Shein ni punyaaaaaaaaaaaaalah seksa nak ajak bergambar. Cuma dengan Amsyar je yang dia nak ambik gambar elok-elok. Memula pakai sandal, nampak Amsyar pakai kasut sebok nak pakai kasut jugak. 'Mama help helpppppppp'. Nampak hensem kan? Try cium. Bau udang!
Tengok la ni. Seksa ok? Sebok dia nak pergi dekat Amsyar. I tengok orang lain elok je gambar raya sekeluarga tapi main dengan Shein ni kussssssssssssssss semangat.
Pengantin baru Eddy and Kakyang. Alang-alang dah raya 20 tahun sesama lepas ni jadik family terus. Setel. Hahahaha.
Perempuan Dewasa Sahaja. Mak ni petite je orangnya. Kitorang semua ikut Arwah Ayah la. Tinggi (naseb baik).
Best Friend Kaseh and Sasha. Dedua rambut raya siap.
Lelaki sahaja. Ambik gambar elok pulak susun dari rendah ke tinggi macam tangga.
Saja je up dua kali sebab Shein tu nampak menggeramkan.
Close up sikit Abah and Mama Shein. Baju I tu ada reben dekat belakang. Rama-rama I letak hujung kaki kain je. Ada balance melambak lagi. Buat tukun.
Selesai ambik gambar seisi keluarga (mana yang ada)
kitorang terus ke Sungai Tekam Getah rumah Si Eddy pulak. Makan Soto. Sedap!
Sementelah perutku jua sedang kelaparan memang selera la makan. Kak Yong bawak
keluar pulak Biskut Cornflakes memang ngadap sebalang makan sorang. Tak lama
lepas tu Along sekeluarga pulak sampai. Si Atin genap 44 hari bersalin masa Raya Pertama
so dah boleh la makan makanan yang sedap-sedap. AL-hamdulillah complete dah
keluarga kami. Bila tengok Hari Raya meriah macam ni, terus berazam at least
nak kena ada 3 orang anak sama macam GF. Kalau Arwah Kak Ngah ada, sure lagi
meriah. Mesti anak dia pon 4-5 orang jugak. Orang jenis lurus ni biasa anak ramai. Haha. Ni kalau anak ada sorang, nanti
raya mesti sunyi. Allahu sedihnya… memintak la umur I panjang and ada rezeki
lebih beranak 3 orang. Taktau la sempat ke tak sebab dah tuweee. Mak dulu masa
ngandungkan I umur dia 34 tahun kot? Kaklong ngandungkan Kaseh masa dia 39
tahun so sempat lagi ni. Haha.
The Sulatin's. Complete. Al-hamdulillah. SELAMAT HARI RAYA!
-eNd-
Haha. Bersabar sungguh mama Shein. Comel je Shein dengan bersamping. Selamat hari raya ya. :)
ReplyDelete