Assalamualaikum…
Minggu lepas hari Sabtu pack sangat activity and I
fe-feeling macam YB sekejap. Pagi tu I ke KLCC ada kerja blog. Dalam lunch hour
setel. Lepas tu tapau Nasi Ayam Hainan untuk Boipren2 I dekat rumah tu iyaaaaaaan
kena tinggal dengan Mama… Siap suap Shein makan, terus mandikan dia and
pakaikan baju untuk ke Open House rumah Kak Nana di Bangi. Kitorang gerak dalam
3.30pm dari Ampang and sampai Bangi dalam 4.45pm macam tu. Traffic memang slow
la sebab maybe banyak orang keluar untuk Open House. Dari Bangi, kitorang ke
Setia Alam pulak untuk Open House RUMAH BARU HUDA. Hahahah. Siap caps lock.
Perjalanan dari Bangi ke Setia Alam ada la dekat 2 jam. Dengan jem, ketiak
belecak semua I rasa macam huwaaaaaa hazabedah sangat ni kalau nak tunggu sampai
Ampang semula. Hujung dunia kot Setia Alam ni. Time tu dah terbayang berendam
dalam bathtub bertemankan lilin and lagu Nastia Tajuk Rapuh. Walaupon rumah
takde bathtub tapi berangan nak berendam dalam bathtub je yang tak menahan tu.
Hahahahaha. Sian aku. Harap rumah sendiri nanti ada la bathtub okbye. Dalam
kereta Shein tak tido pon sebab masa otw ke Bangi dia dah tido. Sampai rumah
Huda, tengok ramainyaaaa orang macam kenduri kawen! Bila tengok balik gambar,
takde satu pon amek suasana open house. Banyak gambar berangan je. Hahahaha.
Kat sana jumpa dengan Kaklong sekeluarga, Wana, Rish and Shanom. Lepas tu ada
Dyba and Kak Yus sekeluarga serta Kak Kiah korang. Reader’s ada la sorang
tegur. Yang lain tegur dalam FB sebab segan nak tegur depan-depan WHYYYYY
T____T
Dari
Kiri : Kak Yus, Dyba, Huda and Siti Nohaliza. Yang belakang tu Shein nampak
separuh je. Suka dia duduk rumah Huda. Banyak toys. Habes semua bakul dia
masuk, siap masuk almari kasut. Hahahaha.
Ni
dekat tingkat 1, dekat mini office Abang Taufik. Kata Shein, shell ni monster.
Masa
Aurel and Sophie ada, dia sorok Shell ni dalam almari. Mampos la Abang Taufik
nak carik balik. Jap lagi I kena call Huda la bagitau Shein dah sorok. Dia
sorok tu, macamkan girls tu naaaaaaaak sangat. Hahaha.
Dapat
pulak Iron Man dengan Captain America. Suka dia. Sampai nak bawak balik.
Padahal dekat rumah ada sebijik macam ni. Takde pulak dia heran. Kalau menan
orang ko memang beria Shein. Dah la masa makan, dengan Iron Man Mama nak kena
suap.
Ni
favorite bakul Shein. Dia suka la masuk dalam ni. Masa Sophie anak Dyba masuk,
Si Shein tutup tak bagi bukak (sama macam dia la kononnya) lepas tu nanges la
Sophie. Gitulah anak dara main dengan anak teruna. Kena la ganas skek.
Si
Aurel ni baru nak dapat kaki… Hahahaha. Mana maunya Mama dia nak pegang. Sebok
kehulu kehilir. Pipit u macam apa je tembam.
Kak
Kiah korang sekejapan je dengan I. Tak sampai 15 minutes. Jumpa sebab nak ambik
gambar ajer. Boleh? Dia dah sampai awal. Tudung dah lencun. Anak-anak dia dah
ngamok dalam kereta.
Hi
awak. Tak ingat nama apa… Ni readers ni.
Si
Dyba tonggek lebih nampak? Intan tak datang sebab dia cakap penat baru abes
exam. Tapi kantoi sebab malam tu sebenarnya dia ada je keluar jugak. Orang
tengah dilamun chentaaaaaa. Penat macam mana pon sanggup keluar lagi.
Dengan
Kak Ayu ex-officemate lama. Kemain bergaya dengan duCk. Kata dia, dia dari pagi
sampai kemalam keluar. Penat sangat-sangat dah. Isnin tu tengok husband dia
masukkan gambar dia macam baru keluar dari OT. Rupanya go for procedure. I tak
sure sakit apa. Get well soon Kak Ayu.
Boleh lupa nak letak gambar ni. Hahaha. Rish, Shanom, Huda, Nasha Aziz dan Siti Nohaliza.
Kaklong, Kakyang, Dyba dan handbag baru beliau.
Boleh lupa nak letak gambar ni. Hahaha. Rish, Shanom, Huda, Nasha Aziz dan Siti Nohaliza.
Kitorang
stay lama dekat rumah Huda. Dari orang ramai, sampai la dah tinggal half. Ni
dekat tingkat 2 rumah Huda.
Sazli,
Dino dengan Joe mesyuarat dekat dining area.
Dari
kiri Baim, Sazli, Dino, Alia and Siti Nohaliza.
Alia
you punya handphone power la. Muka belemus terus nampak elok.
Ok
last, Sophie pon nak bergambar sama.
Borak punya borak, tak sedar jam dah 2.30am! Sazli
dah jumpa dengan Dino and Abang Taufik dari satu topic ke satu topic. I pon tak
perasan time pon time tu. Last-last dari hall, ke dining, ke tepi kolam ikan
sudahnya kitorang semua lepak dekat dapur, mengacau Si Shinta buat kerja. Huda
tapaukan macam-macam siap dapat Kek 2 bekas. Dapat Kek Gula Hangus dengan Kek
Pisang. Tenkiuuuuuuuuuuu manjaku! Sedih jugak bila Huda dah takde dekat TTDI ni
sebab now I rasa macam jauh dengan Huda. Dah tak boleh dah nak manja-manja
request macam-macam dekat Huda sebab Setia Alam boleh tahan jauh la dengan KL
kan? Dengan Ampang lagilah jauh! Kata Huda, dia memula rasa jugak macam jauh,
tapi lama-lama seronok pulak sebab community dekat sini tak sama macam dekat KL
and takde pack sangat. Barang pon murah Cuma kata Huda kalau nak beli barang
kena keluar jauh sikit. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki boleh visit Huda
lagi. Tak siap inspect rumah Huda lagi. Hahahahahaha.
Ni
masa dekat Bangi rumah Kak Nana. Sebelah kiri tu Kak Nana, and sebelah I tu Kak
Sheena. Dia seorang doktor dan founder Dahlia and Rose Shawl. Sapa follow IG I
mesti biasa nampak I pakai shawl-shawl Kak Sheena.
Ramai
tanya, mana beli baju. Ni from Eisya Syakira. Korang boleh tengok dekat IG dia.
Semua cantik-cantik!
-eNd-
2 comments:
Iollss pun malu nk tegur uollss kat rumah kak huda aritu..huhu...masa suraya smpai kt pintu masuk rumah tu nk tegur tapi maluuuu....hahahah...
Iolss yg tanya k.huda... tu ke suraya sulatin..then k.huda announced tu lah suraya sulatin sapa nak tau...hajat nak amik gmbar tp wow gojes sgt siti norhaliza...segannnn....mmg dah budget jumpe k.su kat rumah k.huda sebab tu beriya pujuk hubby g open house k.huda...hehe
Post a Comment