Friday, July 14, 2017

Saturday Open Houses

Assalamualaikum…

Minggu lepas hari Sabtu pack sangat activity and I fe-feeling macam YB sekejap. Pagi tu I ke KLCC ada kerja blog. Dalam lunch hour setel. Lepas tu tapau Nasi Ayam Hainan untuk Boipren2 I dekat rumah tu iyaaaaaaan kena tinggal dengan Mama… Siap suap Shein makan, terus mandikan dia and pakaikan baju untuk ke Open House rumah Kak Nana di Bangi. Kitorang gerak dalam 3.30pm dari Ampang and sampai Bangi dalam 4.45pm macam tu. Traffic memang slow la sebab maybe banyak orang keluar untuk Open House. Dari Bangi, kitorang ke Setia Alam pulak untuk Open House RUMAH BARU HUDA. Hahahah. Siap caps lock. Perjalanan dari Bangi ke Setia Alam ada la dekat 2 jam. Dengan jem, ketiak belecak semua I rasa macam huwaaaaaa hazabedah sangat ni kalau nak tunggu sampai Ampang semula. Hujung dunia kot Setia Alam ni. Time tu dah terbayang berendam dalam bathtub bertemankan lilin and lagu Nastia Tajuk Rapuh. Walaupon rumah takde bathtub tapi berangan nak berendam dalam bathtub je yang tak menahan tu. Hahahahaha. Sian aku. Harap rumah sendiri nanti ada la bathtub okbye. Dalam kereta Shein tak tido pon sebab masa otw ke Bangi dia dah tido. Sampai rumah Huda, tengok ramainyaaaa orang macam kenduri kawen! Bila tengok balik gambar, takde satu pon amek suasana open house. Banyak gambar berangan je. Hahahaha. Kat sana jumpa dengan Kaklong sekeluarga, Wana, Rish and Shanom. Lepas tu ada Dyba and Kak Yus sekeluarga serta Kak Kiah korang. Reader’s ada la sorang tegur. Yang lain tegur dalam FB sebab segan nak tegur depan-depan WHYYYYY T____T


Dari Kiri : Kak Yus, Dyba, Huda and Siti Nohaliza. Yang belakang tu Shein nampak separuh je. Suka dia duduk rumah Huda. Banyak toys. Habes semua bakul dia masuk, siap masuk almari kasut. Hahahaha.



Ni dekat tingkat 1, dekat mini office Abang Taufik. Kata Shein, shell ni monster. 


Masa Aurel and Sophie ada, dia sorok Shell ni dalam almari. Mampos la Abang Taufik nak carik balik. Jap lagi I kena call Huda la bagitau Shein dah sorok. Dia sorok tu, macamkan girls tu naaaaaaaak sangat. Hahaha.


Dapat pulak Iron Man dengan Captain America. Suka dia. Sampai nak bawak balik. Padahal dekat rumah ada sebijik macam ni. Takde pulak dia heran. Kalau menan orang ko memang beria Shein. Dah la masa makan, dengan Iron Man Mama nak kena suap.


Ni favorite bakul Shein. Dia suka la masuk dalam ni. Masa Sophie anak Dyba masuk, Si Shein tutup tak bagi bukak (sama macam dia la kononnya) lepas tu nanges la Sophie. Gitulah anak dara main dengan anak teruna. Kena la ganas skek.


Si Aurel ni baru nak dapat kaki… Hahahaha. Mana maunya Mama dia nak pegang. Sebok kehulu kehilir. Pipit u macam apa je tembam.


Kak Kiah korang sekejapan je dengan I. Tak sampai 15 minutes. Jumpa sebab nak ambik gambar ajer. Boleh? Dia dah sampai awal. Tudung dah lencun. Anak-anak dia dah ngamok dalam kereta.


Hi awak. Tak ingat nama apa… Ni readers ni.


Si Dyba tonggek lebih nampak? Intan tak datang sebab dia cakap penat baru abes exam. Tapi kantoi sebab malam tu sebenarnya dia ada je keluar jugak. Orang tengah dilamun chentaaaaaa. Penat macam mana pon sanggup keluar lagi.


Dengan Kak Ayu ex-officemate lama. Kemain bergaya dengan duCk. Kata dia, dia dari pagi sampai kemalam keluar. Penat sangat-sangat dah. Isnin tu tengok husband dia masukkan gambar dia macam baru keluar dari OT. Rupanya go for procedure. I tak sure sakit apa. Get well soon Kak Ayu.


Kaklong, Kakyang, Dyba dan handbag baru beliau.


Boleh lupa nak letak gambar ni. Hahaha. Rish, Shanom, Huda, Nasha Aziz dan Siti Nohaliza.


Kitorang stay lama dekat rumah Huda. Dari orang ramai, sampai la dah tinggal half. Ni dekat tingkat 2 rumah Huda.


Sazli, Dino dengan Joe mesyuarat dekat dining area.


Dari kiri Baim, Sazli, Dino, Alia and Siti Nohaliza.


Alia you punya handphone power la. Muka belemus terus nampak elok.


Ok last, Sophie pon nak bergambar sama.

Borak punya borak, tak sedar jam dah 2.30am! Sazli dah jumpa dengan Dino and Abang Taufik dari satu topic ke satu topic. I pon tak perasan time pon time tu. Last-last dari hall, ke dining, ke tepi kolam ikan sudahnya kitorang semua lepak dekat dapur, mengacau Si Shinta buat kerja. Huda tapaukan macam-macam siap dapat Kek 2 bekas. Dapat Kek Gula Hangus dengan Kek Pisang. Tenkiuuuuuuuuuuu manjaku! Sedih jugak bila Huda dah takde dekat TTDI ni sebab now I rasa macam jauh dengan Huda. Dah tak boleh dah nak manja-manja request macam-macam dekat Huda sebab Setia Alam boleh tahan jauh la dengan KL kan? Dengan Ampang lagilah jauh! Kata Huda, dia memula rasa jugak macam jauh, tapi lama-lama seronok pulak sebab community dekat sini tak sama macam dekat KL and takde pack sangat. Barang pon murah Cuma kata Huda kalau nak beli barang kena keluar jauh sikit. InsyaAllah nanti kalau ada rezeki boleh visit Huda lagi. Tak siap inspect rumah Huda lagi. Hahahahahaha.


Ni masa dekat Bangi rumah Kak Nana. Sebelah kiri tu Kak Nana, and sebelah I tu Kak Sheena. Dia seorang doktor dan founder Dahlia and Rose Shawl. Sapa follow IG I mesti biasa nampak I pakai shawl-shawl Kak Sheena.



Ramai tanya, mana beli baju. Ni from Eisya Syakira. Korang boleh tengok dekat IG dia. Semua cantik-cantik!

-eNd-

2 comments:

sofiana1704 said...

Iollss pun malu nk tegur uollss kat rumah kak huda aritu..huhu...masa suraya smpai kt pintu masuk rumah tu nk tegur tapi maluuuu....hahahah...

norhanaisa said...

Iolss yg tanya k.huda... tu ke suraya sulatin..then k.huda announced tu lah suraya sulatin sapa nak tau...hajat nak amik gmbar tp wow gojes sgt siti norhaliza...segannnn....mmg dah budget jumpe k.su kat rumah k.huda sebab tu beriya pujuk hubby g open house k.huda...hehe